Pada 14hb April 2011, hari Khamis yang lalu telah diadakan Pertandingan Actions Songs Peringkat Daerah yang bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik SK Mukah. Pertandingan melibatkan 10 pasukan dari sekolah-sekolah dalam daerah Mukah. 


Tahniah buat pasukan Action Song SK Mukah dibawah pimpinan Cikgu Siti Faridah kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut dan seterusnya akan mewakili daerah Mukah ke Peringkat Bahagian di Dalat bersama-sama pasukan Action Song SK St. Patrick yang merupakan pemenang tempat kedua. SK Mukah juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam persiapan props dan pentas pada hari tersebut.

Pada hari Selasa yang lalu bersamaan 12hb April, telah berlangsungnya Pertandingan Rekoder Peringkat Bahagian yang bertempat di SK Mukah. Beberapa sekolah di bahagian Mukah ini telah menyertai pertandingan tersebut. Berikut merupakan keputusan Pertandingan Rekoder Peringkat Bahagian Mukah :

Tempat Pertama : SK Mukah
Tempat Kedua : SK Datuk Awang Udin
Tempat Ketiga : SK Kg. Tellian


Tahniah buat pasukan rekoder SK Mukah, tidak lupa juga kepada jurulatih mereka Cikgu Munah  kerana berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan tersebut. SK Mukah mengucapkan tahniah di atas pencapaian anda semua dan semoga berjaya dalam pertandingan rekoder di peringkat negeri yang akan berlangsung di Kuching tidak lama lagi.
 

Pada 7hb April yang lalu, SK Mukah telah dipilih oleh pihak PPD Mukah sebagai penganjur tempat bagi Pertandingan Hafazan Peringkat Bahagian dan Majlis Penutup MTQ Peringkat Bahagian 2011. Bagi pertandingan lain sepeti Nasyid, Bercerita dan Tilawah al-Quran, tempat pertandingan telah dipertanggungjawabkan kepada pihak SMK Mukah.


Semua pertandingan bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Pertandingan menyaksikan beberapa peserta yang menjadi wakil daerah masing-masing berentap untuk menjadi wakil bahagian ke peringkat negeri.

Antara peserta yang bertanding ialah :

1. Wakil sekolah dari Daerah Mukah
2. Wakil Daerah dari Daerah Dalat
3. Wakil Daerah dari Daerah Matu/Daro

SK Mukah berasa bangga kerana 3 orang murid SK Mukah telah mewakili daerah Mukah dalam pertandingan tersebut. Mereka ialah : 
Pertandingan Tilawah
1. Zainol Ariffin bin Herman (Johan)
2. Siti Humaira binti Yaakop (Johan)

Pertandingan Hafazan
- Ahmad Arsyad  (Tempat ke-3)


Tahniah buat Zainol Ariffin dan Siti Humaira kerana telah berjaya mewakili Bahagian Mukah ke MTQ Peringkat Negeri yang akan diadakan di Politeknik Mukah tidak lama lagi. Hadiah berupa trofi dan wang tunai telah disampaikan kepada pemenang bagi setiap pertandingan pada Majlis Penutupan MTQ Peringkat Bahagian Mukah oleh Puan Mastura binti Mohd Mansur, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Mukah. SK Mukah mengucapkan tahniah kepada peserta yang berjaya mewakili bahagian Mukah ke peringkat negeri. Semoga kalian semua berjaya mengharumkan nama Bahagian Mukah di peringkat negeri nanti.

Pada hari Rabu yang lalu, 6hb April 2011 telah berlangsungnya Program Jerayawara Astronomi yang bertempat di Dataran Arena Modal Insan SK Mukah. Program tersebut merupakan program anjuran Panitia Sains SK Mukah dan melibatkan murid-murid tahap 2 sahaja. Program tersebut telah dilaksanakan oleh para pegawai yang bertugas di Jabatan Planetarium Negeri Sarawak yang bertempat di Kuching. Turut membantu mereka ialah beberapa orang ahli dari Kelab Astronomi Sarawak. Program bermula seawal jam 2.30 pagi dan berakhir pada jam 12.40 tengah hari. Antara aktiviti-aktivi yang dijalankan dalam program tersebut ialah :

1. Ceramah ringkas bertajuk "Kenali Bumi Kita"


2. Mengenali bintang dan bentuk buruj di langit.



3. Penggunaan Teleskop


4. Pelancaran Roket Air


SK Mukah mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pegawai dari Jabatan Planetarium Negeri Sarawak dan ahli Kelab Astronomi Sarawak di atas kesudian mereka semua berkongsi ilmu pengetahuan dengan para pelajar di SK Mukah.


Pada 5hb April 2011 yang lalu, para guru dan staf SK Mukah telah mengadakan satu Majlis Doa Selamat sempena meraikan beberapa orang guru wanita yang telah selamat melahirkan anak baru-baru ini. Mereka ialah :

1. Ustazah Saudah binti Abdul Wahab
2. Ustazah Fadzariah binti Ahmad
3. Cikgu Hanina binti Abdullah
4. Cikgu Hanani binti Razali
5. Ustazah Norwani binti Arsyad

Selain itu, majlis tersebut juga diadakan sempena meraikan beberapa orang guru dan staf yang berjaya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun ini. Nama-nama mereka telah diumumkan oleh Cikgu Ramlah binti Saberi, Guru Besar SK Mukah. Mereka ialah :

1. Cikgu Siti Faridah binti Yahya
2. Ustazah Salmy binti Morshidi
3. Encik Ahmad Fauzie bin Samat
4. Cik Munirah binti Tahir

Pihak sekolah mengucapkan tahniah buat mereka semua yang terpilih untuk menerima APC pada tahun ini.

Pada 30 Mac 2011 yang lalu, Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Daerah Mukah telah berlangsung di Pejabat Pelajaran Mukah. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Antara pertandingan yang berlangsung ialah seperti :
  • Tilawah al-Quran
  • Hafazan
  • Bercerita
  • Nasyid
SK Mukah telah menghantar beberapa orang murid yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam setiap pertandingan yang dianjurkan.



Tahniah buat Zainol Ariffin (Tahun 6 Perkasa B) dan Siti Humaira (Tahun 5 Mantap B) kerana berjaya menjadi johan pertandingan Tilawah al-Quran bagi kategori lelaki dan perempuan.


Tahniah juga buat Ahmad Arsyad (Tahun 6 Perkasa B) kerana berjaya dinobatkan sebagai johan pertandingan Hafazan kategori lelaki. Bagi kategori perempuan pula, wakil SK Mukah iaitu Izyan Uzma (5 Mantap A) sekadar meraih tempat ke-3.


Bagi pertandingan bercerita pula, kedua-dua wakil sekolah iaitu Akmal Hazim dan Izzwa Izwani hanya redha dengan keputusan para hakim yang tidak menempatkan mereka dalam senarai "top 3". Walaupun demikian, pihak jurulatih dan sekolah berasa bangga dengan gaya persembahan mereka yang berjaya menarik minat dan perhatian penonton pada petang tersebut.

Kemenangan yang tidak terduga apabila tempat kedua berjaya disandang oleh kumpulan nasyid sekolah iaitu kumpulan Shoutul Iman dalam pertandingan nasyid yang berlangsung pada sebelah petang.


Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan persiapan Majlis Tilawah al-Quran 2011 pada tahun ini dan tahniah buat semua peserta yang berjaya mengharumkan nama SK Mukah.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates