Bersempena dengan Hari Guru 16 Mei yang lalu, telah diadakan jamuan makan malam untuk semua guru dan staf SK Mukah bertempat di Hotel Kingwood, Mukah.

Antara tetamu jemputan yang hadir dalam jamuan tersebut ialah YDP PIBG, Dr.Osman, NYDP PIBG, En.Azman, Ketua Syarikat Tenaga KEMENA Mukah dan Kak Nor selaku pengusaha kantin SK Mukah.



Jamuan tersebut telah diadakan untuk menghargai jasa serta keringat para guru yang bertugas sebagai pendidik.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan aluan Guru Besar, Cikgu Abdul Wahit dan seterusnya diikuti acara kemuncak iaitu acara pertukaran hadiah.



Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang telah menjayakan jamuan pada malam tersebut.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates