Banyak aktiviti sempena bulan Ramadhan telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Agama Islam dan j-Qaf. Antara yang mendapat sambutan hangat oleh murid-murid ialah Kuiz Ramadhan. Setiap awal minggu sempena Bulan Ramadhan, Panitia Pendidikan Agama Islam akan mengedarkan satu risalah Ramadhan kepada setiap kelas untuk dibaca.



Pada setiap hari Khamis setiap minggu, 10 soalan kuiz akan diajukan oleh guru bertugas kepada murid-murid semasa waktu perhimpunan. Soalan yang diajukan terbuka bukan sahaja kepada murid beragama Islam malah juga kepada murid yang bukan beragama Islam. Murid yang mengangkat tangan terawal berpeluang untuk menjawab soalan yang diajukan. Soalan yang berjaya dijawab dengan betul, akan diberikan hadiah misteri "on the spot" oleh Guru Besar semasa perhimpunan.


Tahniah buat murid-murid yang telah berjaya menjawab soalan dalam kuiz Ramadhan minggu pertama yang lalu.

Buat pertama kalinya program Santai Ramadhan diadakan di SK Mukah. Program ini telah diadakan pada hari Rabu yang lalu, 18hb Julai 2012. Program tersebut adalah anjuran bersama Panitia Pendidikan Agama Islam dan j-Qaf. 



Program ini telah diadakan bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik bermula jam 2.30 petang. Ceramah Santai Ramadhan ini telah disampaikan oleh Ustaz Engku Afizan. Dinamakan program santai Ramadhan kerana di dalam program ini hampir 70% daripada isinya disampaikan melalui tayangan video dan slaid.



Dalam program tersebut, murid didedahkan tentang perkara-perkara asas puasa seperti pengertian puasa, niat puasa, syarat-syarat wajib puasa dan sebagainya.




Pada akhir ceramah,  murid-murid diajukan soalan kuiz berkaitan dengan ceramah yang disampaikan. Tahniah buat semua yang menjayakan program Santai Ramadhan tersebut.

Pada 17hb Julai yang lalu, telah diadakan Hari Kibarkan Jalur Gemilang bertempat di Dataran Pehin Setiaraja. Program ini berjalan serentak di seluruh negeri di Malaysia. Program tersebut dilaksanakan sempena Kempen Kibarkan Jalur Gemilang bagi menandakan perasaan bangga dan cintakan Malaysia.




Program tersebut bermula seawal jam 7.30 malam dan telah dirasmikan oleh Dato' Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah.



Antara program yang menyerikan Hari Kibarkan Jalur Gemilang tersebut ialah :
1. Nyanyian lagu patriotik
2. Kuiz Kenegaraan
3. Pertandingan bendera terbanyak
4. Pertandingan bendera terpanjang

Untuk pengetahuan semua, SK Mukah telah berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan bendera terpanjang. Tahniah dan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam penghasilan bendera tesebut.




Tahniah juga diucapkan kepada adik Wan Ahmad Naim dan adik Emelda kerana telah berjaya dalam pertandingan kuiz kenegaraan.

Pada 14hb Julai yang lalu, Panitia Pendidikan Islam dan j-Qaf telah mengadakan Kem Bestari Solat bagi siri kedua.



Kem bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Kem kali ini melibatkan semua murid Islam dari Tahun 1 hingga tahun 6.



KBS siri kedua meneruskan objektifnya sama saperti KBS siri pertama iaitu memperkasakan tatacara mengambil wudhuk dan solat dikalangan murid dengan sempurna.





Tahniah buat semua guru PAI dan j-Qaf yang telah melaksanakan KBS Siri Kedua ini dengan jayanya.


Pada 10hb Julai yang lalu, telah diadakan Hari 1 Sukan 1 Murid 1 Malaysia bertempat di gelanggang bola jaring SK Mukah. Acara utama pada hari tersebut ialah senam robik 1 Malaysia. Senam robik tersebut telah disertai oleh semua guru dan staf sokongan serta semua murid-murid SK Mukah.



Acara pada pagi tersebut dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Engku Afizan seterusnya senam robik yang dipimpin oleh Cikgu Azlina Manjeni selaku ketua dan 6 orang pembantu yang lain. Mereka ialah Cikgu Munah, Cikgu Jessica, Cikgu Nasir, Ustaz Engku Afizan, Cik Munirah dan Cik Nurul Hijjah.



Senam robik tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi. Tahniah buat semua yang telah menjayakan acara yang mencatat rekod Malaysia ini.

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah kita telah menerima jemputan SK Dua Sungai ke Hari Sukan sekolah mereka. Antara acara yang dinantikan ialah acara khas untuk sekolah-sekolah jemputan. SK Mukah turut mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.






SK Mukah telah diwakili oleh 10 orang murid yang terdiri daripada Tahun 4 dan 5 ke SK Dua Sungai. Mereka ialah Suhaili, Abang Aiman, Amirul, Safarah, Ainin, Alya Zakirah, Bibiana dan Dayang dari tahun 5 manakala wakil dari tahun 4 ialah Arman dan Harith.

Tahniah buat wakil dari sekolah kita kerana telah membawa balik kejayaan buat SK Mukah dalam acara 4x200m yang mana peserta lelaki mendapat tempat ketiga manakala peserta perempuan memperolehi tempat kedua. Terima kasih buat Cikgu Marzuki, Ustaz Engku dan Cikgu Fahmi yang telah melatih dan mengiringi wakil sekolah kita ke sana.

Ceramah sempena Israk Mi'raj telah diadakan baru-baru ini bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Zulasyraf Bin Zulkapli dari MRSM Mukah.



Semua murid beragama Islam dari Tahun 2 hingga Tahun 6 terlibat secara langsung bagi menjayakan program Israk Mi'raj pada kali ini.



Program Israk Mi'raj telah diakhiri dengan pertandingan kuiz dan pemberian cenderahati kepada penceramah.




Tahniah buat Panitia Pendidikan Agama Islam kerana telah berjaya melaksanakan pengisian sempena peristiwa Israk Mi'raj ini dengan jayanya.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates