Khamis yang lalu, 30hb Ogos telah diadakan Program Ambang Merdeka dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Turut memeriahkan suasana pada hari tersebut ialah beberapa orang wakil daripada PIBG SK Mukah.

Majlis telah dimulai dengan Program Ambang Merdeka di awal paginya dan telah disusuli dengan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri selepas waktu rehat.

Banyak program sempena Hari Kemerdekaan telah disusun oleh Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Bahasa Melayu dibawah pimpinan Cikgu Zullina. Antaranya ialah :

1. Persembahan Murid Tahun 1
2. Persembahan Sajak
3. Ucapan Guru Besar dan Wakil Murid
4. Kuiz Kemerdekaan
5. Pameran Barang-barang Bersejarah






Selepas waktu rehat, majlis Ramah Tamah Aidilfitri telah diambil alih oleh Panitia Agama Islam. Majlis tersebut telah diadakan bertempat di kantin sekolah. Dalam majlis tersebut, pelbagai juadah Aidilfitri dihidangkan dan telah berjalan lancar sepertimana yang diharapkan.


Tahniah buat semua pihak yang turut serta dalam menjayakan kedua-dua program besar tersebut.


Cuti Sekolah : 18hb Ogos 2012 hingga 26hb Ogos 2012

Pada 13 Ogos yang lalu, telah diadakan Program Munajat Kecemerlangan UPSR dan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik dan kantin SK Mukah.




Program tersebut melibatkan murid-murid Tahun 6 yang beragama Islam dan ibu bapa mereka. Program bermula selepas Asar dengan dimulai dengan pemberian zakat kepada beberapa orang murid yang tergolong dalam kumpulan asnaf. Seterusnya, majlis diteruskan dengan program Khatam al-Quran oleh semua murid Tahun 6 dengan diketuai oleh Ustaz Mohd Radzi.




Seterusnya, semua murid dan ibu bapa bergerak ke kantin sekolah untuk menikmati santapan yang disediakan dalam Majlis Berbuka Puasa sebelum bersama-sama berjemaah menunaikan Solat Maghrib, Solat Hajat, Solat Isyak dan Solat Tarawih yang dipimpin oleh Ustaz Engku Afizan dan Ustaz Mohd Radzi.




Tahniah buat semua kerjasama yang diberikan oleh pihak guru, ibu bapa dan murid-murid dalam menjayakan program pada kali ini. Mudah-mudahan semua hajat yang kita pinta pada malam tersebut dikabulkan oleh Allah S.W.T. Aminn...

Sempena Hari Kibarkan Jalur Gemilang dan bulan Kemerdekaan, beberapa set bendera Malaysia dan Negeri Sarawak telah diagihkan kepada setiap kelas untuk dipasang di kelas masing-masing. Penyerahan bendera tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Mukah iaitu Cikgu Abdul Wahit bin Mohamad Etli. Pengagihan bendera tersebut telah berlangsung semasa perhimpunan pagi hari Khamis kepada Ketua Pengawas dan semua Ketua Kelas termasuk kelas KPKI dan Prasekolah.






Kuiz Ramadhan Siri ke 3 Peringkat Daerah Mukah telah diadakan bertempat di SK Mukah pada 2 Ogos yang lalu. Sebanyak 13 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah di seluruh Daerah Mukah telah mengambil bahagian dalam acara kuiz tersebut. Pada tahun ini, SK Mukah telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menjadi pengelola Kuiz Ramadhan pada kali ini.


Kuiz dijalankan secara bertulis dan lisan bagi sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah, kuiz dijalankan dalam bentuk lisan sahaja. Pertandingan tersebut telah dipengerusikan oleh Ustazah Salmy dan Ustaz Engku Afizan dari SK Mukah serta Ustaz Nik Nur Hafiz dari SK Kg. Jebungan. Taklimat perjalanan kuiz telah disampaikan oleh Penyelaras Program Kuiz Ramadhan iaitu Ustaz Azra dari SK Datuk Awang Udin.



Untuk pengetahuan semua, buat pertama kalinya kuiz Ramadhan ini diadakan untuk sekolah menengah manakala bagi sekolah rendah, kali ini merupakan tahun ke-3 kuiz seperti ini dilaksanakan. Pertandingan kuiz sekolah menengah menyaksikan 3 buah sekolah berentap dalam cabaran ilmu mengenai bulan Ramadhan. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

1. SMK Mukah
2. SMK St. Patrick
3. SMK Three Rivers



Bagi sekolah rendah, ujian bertulis dilaksanakan terlebih dahulu bagi menentukan dua kumpulan yang layak ke pusingan ujian lisan. Ujian bertulis telah berlangsung selama 1 jam.


Tahniah diucapkan buat SK Mukah dan SK St. Patrick kerana telah berjaya melangkahkan kaki ke pusingan akhir iaitu Ujian Lisan. Berikut merupakan keputusan Kuiz Ramadhan bagi sekolah rendah dan menengah :


Sekolah Menengah :
Johan : SMK Three Rivers
N.Johan : SMK Mukah
Tempat ke-3 : SMK St. Patrick

Sekolah Rendah :
Johan : SK Mukah
N.Johan : SK St.Patrick
Tempat ke-3 : SK Datuk Awang Udin

Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Mukah, Cikgu Wahit Bin Mohamad Etli. Tahniah buat SK Mukah dan SMK Three Rivers kerana telah berjaya dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan kuiz tersebut. Tahniah juga buat semua yang terlibat dalam menjayakan program kuiz Ramadhan pada kali ini.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates