Krew Penggambaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini telah singgah ke SK Mukah untuk menjalankan sesi penggambaran khas bagi memaparkan suasana pengajaran dan pembelajaran beberapa buah sekolah di Malaysia.





SK Mukah sangat berterima kasih dan berbesar hati apabila PPD Mukah telah memilih SK Mukah sebagai lokasi penggambaran di Daerah Mukah. Penggambaran yang telah dijalankan meliputi rakaman suasana persekitaran sekolah, suasana P&P di dalam kelas, bilik-bilik khas dan perjalanan sesi perhimpunan mingguan sekolah. Terima kasih buat semua guru dan murid yang telah bekerjasama dalam menjayakan program penggambaran bersama krew-krew dari KPM tersebut.

Pada 24hb Januari yang lalu bersamaan 12 Rabi'ul Awal 1434 Hijrah, telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Dataran Pehin Setiaraja. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Cawangan Mukah dengan kerjasama Politeknik Mukah. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang sambutan Maulidur Rasul pada kali ini ialah perarakan sejauh 3.7km dan pertandingan sepanduk.






SK Mukah telah menghantar murid-murid Islam dari Tahun 3 hingga 6 untuk bersama-sama berarak sempena Maulidur Rasul. Turut tidak ketinggalan ialah semua guru-guru Islam SK Mukah yang turun padang menjayakan program tersebut. SK Mukah telah menyertai pertandingan sepanduk namun pada tahun ini, rezeki tidak menyebelahi SK Mukah. Walaupun begitu, ucapan penghargaan tidak terhingga diucapkan kepada guru-guru yang menyumbang tenaga dan masa untuk menyiapkan sepanduk SK Mukah pada tahun ini.


Tema Maulidur Rasul bagi tahun ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih buat semua guru dan murid yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.

Pada hari Selasa bersamaan 22hb Januari 2013 jam 2.30 petang, telah bermula pengagihan wang BR1M kepada semua murid SK Mukah. Sejak awal lagi murid telah datang bersama ibu bapa untuk memperoleh wang pemberian kerajaan tersebut.





Wang-wang tersebut telah diagihkan oleh guru kelas masing bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Semua sedia maklum bahawa pada Bajet 2012 yang lepas, Perdana Menteri telah memberi kembali hak-hak rakyat Malaysia melalui pemberian wang tunai RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, RM500 untuk isi rumah dibawah RM3000 dan RM200 (Baucer Buku) untuk golongan mahasiswa.

Tarikh : 2hb Januari 2013
Masa : 3.00 petang
Hari : Rabu
Tempat : Dataran Arena Modal Insan Dinamik

Aturcara program :

1. Ucapan Aluan Guru Besar SK Mukah
2. Taklimat KSSR daripada Guru Penolong Kanan 1
3. Taklimat ringkas daripada guru-guru KSSR Tahun 1
4. Sesi perkenalan bersama tenaga pengajar KSSR Tahun 1 2013.




Majlis bersurai pada jam 5.00 petang. Terima kasih buat semua ibu bapa yang hadir dan tahniah buat semua guru yang turut serta dalam menjayakan taklimat tersebut.

Tarikh : 31hb Disember 2012
Hari : Isnin
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dataran Arena Modal Insan Dinamik









Sesi pengajaran dan pembelajaran di SK Mukah akan bermula pada 2hb Januari 2013 (Rabu). Selamat kembali ke sekolah buat semua murid dan guru di SK Mukah. Semoga tahun ini sekolah kita akan mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang berbanding tahun yang lalu.



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates