Pada hari ini, telah diadakan Majlis Doa Selamat bermula selepas bacaan Yasin pada jam 7.15 pagi bertempat di surau SK Mukah. Majlis tersebut telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Radzi. Semua murid Islam KPKI dan murid Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dalam majlis tersebut.






Terima kasih buat semua guru Islam yang turut serta menjayakan program tersebut.

Pada hari Jumaat yang lalu, 22hb Feb telah diadakan Kem Bestari Solat 1/2013. Kem kali ini melibatkan semua murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kem ini dijalankan bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik.



Semua guru pendidikan Islam dan j-Qaf terlibat secara langsung dalam kem kali ini. Kem bermula seawal jam 2.45 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Kem kali ini memberi tumpuan kepada tatatertib solat yang sah.







Terima kasih buat semua yang menjayakan KBS sulung pada tahun ini.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates