Pada 24hb Mei semalam telah berlangsung Pertandingan Lalu Lintas Shell Peringkat Bahagian Mukah bertempat di Dataran Pehin Setia Raja. Pertandingan dimulakan sedikit lewat berikutan hujan rintik membasahi laluan trek. Sepertimana tahun lalu, Pertandingan Lalu Lintas Shell merupakan satu aktiviti tahunan yang disertai oleh AJK Keselamatan Sekolah dibawah pimpinan jurulatih Ustaz Mohd Radzi dan beberapa orang guru dari ajk keselamatan yang lain.


Pertandingan ini merupakan anjuran pihak Shell dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). AJK Keselamatan SK Mukah telah melatih dan menghantar beberapa orang murid untuk menyertai pertandingan tersebut. 3 kategori dipertandingkan iaitu :

1. Kategori Berjalan Kaki
2. Kategori Berbasikal
3. Kategori Berkereta (Kereta Padel)

Tahniah buat peserta-peserta Pertandingan Lalu Lintas Shell kerana telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan peringkat bahagian tersebut. Suatu pencapaian yang terbaik pernah dihasilkan oleh pasukan Lalu Lintas Shell pada tahun ini mengatasi pencapaian tahun-tahun sebelumnya.

Pada 20hb hingga 23hb yang lalu, telah diadakan Perkhemahan Bina Insan 1 Malaysia Murid Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2014 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak (Kem Santubong), Kuching. Seramai 165 orang murid tahap 2 dan 16 orang guru pengiring daripada 8 buah daerah dalam Negeri Sarawak terlibat dalam program ini. Antaranya :

1. Daerah Sibu
2. Daerah Kapit
3. Daerah Bintulu
4. Daerah Mukah
5. Daerah Samarahan
6. Daerah Serian
7. Daerah Simunjan
8. Daerah Matu Daro


Daerah Mukah telah menghantar seramai 13 orang murid dan 2 orang guru pengiring ke perkhemahan tersebut. Sekolah kita telah diwakili oleh Nur Yusma Athirah binti Yusri Amir dari 6 Perkasa A. Sekolah kita juga bertuah kerana salah seorang guru pengiring bagi Daerah Mukah ialah Cikgu Julita Jaapar.

Banyak aktiviti menarik dan berfaedah serta pengalaman yang sangat bernilai dapat diperolehi oleh peserta-peserta kem ini. Antaranya ialah mereka berpeluang melakukan beberapa aktiviti lasak seperti Flying Fox, Kembara Berhalangan dan berenang di laut. Selain itu, mereka turut dibawa melawat ke beberapa tempat menarik dan bersejarah di sekitar Bandaraya Kuching.

Gambar : Cikgu Julita dan Yusma bersama beberapa orang peserta kem

Suatu pengalaman yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain di SK Mukah. Mudah-mudahan ianya memberikan sumber idea dan inspirasi buat kita semua dalam merancang aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat buat semua murid dan guru di SK Mukah.

Pada Mei 28hb April hingga 6hb Mei yang lalu, telah diadakan Pertandingan Mencipta Kad Hari Guru anjuran Panitia Kajian Tempatan. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahun 5 dan 6 sahaja. Hasil kreativiti murid-murid mencipta kad sempena Hari Guru ini telah dinilai oleh guru-guru daripada Panitia Pendidikan Seni dan Panitia Kajian Tempatan.

Berikut merupakan senarai nama pemenang bagi pertandingan tersebut mengikut kelas :

5 Mantap A
Tempat Pertama : Gloria Issobell
Tempat Kedua : Umi Maisarah
Tempat Ketiga : Shahnur Izzaty
Saguhati 1 : Ahmad Bilalhuddin
Saguhati 2 : Nur Athirah



5 Mantap B
Tempat Pertama : Nur Anis Suhaya
Tempat Kedua : Rachel Rayak
Tempat Ketiga : Aqmar Daniel
Saguhati 1 : Mohamad Fazril Fazryzal
Saguhati 2 : Abang Izzul Syahmi

6 Perkasa A
Tempat Pertama : Nurul Damia
Tempat Kedua : Siti Nazliyatul Nasuha
Tempat Ketiga : Francesca Tricia
Saguhati 1 : Petra Nabila
Saguhati 2 : Nuryusma Athirah



6 Perkasa B
Tempat Pertama : Nursyafikah
Tempat Kedua : Nurul Afiqah
Tempat Ketiga : Nur Syamimie Afika
Saguhati 1 : Basitah Amira
Saguhati 2 : Nurul Afifah


Tahniah buat semua peserta yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi pada tahun hadapan.

Bertempat di Kolam Renang Kingwood Resort pada hari Isnin 19hb yang lalu, seramai 60 murid berkeperluan khas daripada tujuh buah sekolah disekitar daerah Mukah, Dalat dan Daro telah menyertai Program Terapi Air Peringkat Bahagian Mukah anjuran SK Mukah. 


Petikan akhbar Borneo Post
Turut hadir pada hari tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng Abu Seman Jahwie, wakil PPD Mukah iaitu En.Ismandi Dillah, YDP PIBG SK Mukah iaitu Dr. Hj. Osman Hj. Rafaie dan YDP PPKI SK Mukah En.Mohd Jahwie Musa serta Penolong Kanan Pentadbiran SK Mukah Cikgu Marzuki Ali Mahamud. Program tersebut turut melibatkan dua fasilitator dari Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching dan sukarelawan (pensyarah) dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Elektrikal Politeknik Mukah.


Pihak sekolah mengucapkan terima kasih tidak terhingga di atas kerjasama semua pihak secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Terapi Air buat julung-julung kalinya ini. 


Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Bahagian Mukah telah diadakan bertempat di SK Kg.Igan pada 20hb Mei yang lalu. Daerah Mukah telah menghantar johan dan naib johan pidato baru-baru ini untuk mewakili daerah ke pertandingan tersebut. Nurul Damia Binti Ramzi, naib johan pidato yang merupakan murid SK Mukah melahirkan rasa syukur kerana telah diberi peluang untuk mara ke peringkat bahagian dan berharap dapat memperbaiki pencapaiannya di peringkat daerah yang lalu.




Taqdir tidak menyebelahi wakil SK Mukah kerana telah kalah tipis dengan beza markah 1.5 daripada johan pertandingan tersebut dan keputusan ini telah menempatkan Nurul Damia sekali lagi di tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha Nurul Damia dan jurulatih pidato sekolah merangkap guru pengiring iaitu Cikgu Zullina Binti Ramli dalam usaha mereka mengharumkan nama sekolah dalam bidang pidato.

Turut bertanding pada hari tersebut di tempat yang sama ialah Ascelyna Avrill. Wakil Pertandingan Bercerita Tahap 2 Peringkat Bahagian Mukah daripada sekolah kita ini telah diiringi oleh jurulatihnya, Cikgu Zubaidah ke tempat pertandingan namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana tidak mendapat tempat tiga teratas dalam pertandingan tersebut. 

Majlis Makan Malam Hari Guru pada tahun ini telah diadakan bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik, SK Mukah. Antara tetamu khas yang dijemput dalam majlis makan malam tersebut ialah semua AJK PIBG SK Mukah bersama keluarga masing-masing. Suasana meriah menyelubungi Dataran Arena Modal Insan Dinamik seawal jam 7.30 malam dengan kehadiran guru-guru serta staf bersama keluarga masing-masing. Majlis telah dipengerusikan oleh Cikgu Norzelan bin Kili. Berikut merupakan aturcara program pada malam tersebut :

20:15
Ucapan Alu-aluan Guru Besar
Ucapan YDP PIBG
Bacaan Doa
Acara makan malam bermula
Pertukaran Hadiah dan Cabutan Bertuah
Acara Karaoke

22:30
Majlis Bersurai



Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan makan malam sempena Hari Guru pada tahun ini.



Hari Guru disambut pada 16hb Mei setiap tahun. Kali ini Hari Guru jatuh pada hari Jumaat. Dengan bertemakan baju melayu dan baju kurung biru, Hari Guru SK Mukah disambut penuh ceria dan gemilang bertempat di Dewan Suarah Mukah. Turut disambut pada hari tersebut ialah Hari Dasar Warga Emas di mana pihak sekolah meraikan beberapa orang guru veteren yang telah bersara. Majlis Hari Guru pada hari tersebut telah dirasmikan oleh Cikgu Abdul Wahab bin Sepawi bekas Pegawai Pelajaran Daerah Mukah yang kini berkhidmat sebagai pegawai SIC+ di PPD Mukah.







Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

7.30 pagi

Ketibaan tetamu dan tetamu kehormat

8.15 pagi

Ucapan selamat datang oleh pengerusi cilik iaitu adik Nesrina dan adik Anisya dari Tahun 4
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan Guru Besar, Cikgu Abdul Wahit bin Mohamad Etli
Ucapan YDP PIBG, Dr.Osman bin Hj.Rafa'ei
Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Cikgu Ahmad bin Taha
Ucapan Perasmian oleh Cikgu Abdul Wahab bin Sepawi
Ikrar Hari Guru diketuai oleh Cikgu Nasir bin Sahari
Nyanyian Koir Hari Guru
Penyampaian Cenderamata kepada guru-guru yang telah bersara
Penyampaian Hadiah sumbangan PIBG kepada semua guru SK Mukah
Penyampaian Cenderamata kepada tetamu kehormat, Cikgu Abdul Wahab bin Sepawi
Persembahan Murid
Jamuan Ringan

11.40 pagi

Majlis bersurai

Tahniah atas kerjasama semua pihak yang telah menjayakan Hari Guru Peringkat Sekolah pada tahun ini. Gambar-gambar lain boleh dilihat di facebook sekolah.

Pada 15hb Mei yang lalu, bertempat di SK Sg.Duan telah diadakan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 Peringkat Daerah Mukah. Sekolah kita telah menghantar Ailin Najwa dari Tahun 3 Terbilang A sebagai peserta. Seramai 18 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Bagi Pertandingan Bercerita Tahap 2 pula telah diadakan di SK Bukit Inkerbai di mana sekolah kita telah menghantar adik Ascelyna Avrill dari Tahun 4 Efisien A.

Berikut merupakan keputusan pertandingan bercerita tersebut :

Tahap 1

Johan : SK Kg.Tellian
Naib Johan : SJK (C) Chung Hua
Tempat ketiga : SK Dua Sungai


Tahap 2

Johan : SK Mukah
Naib Johan : SK Dua Sungai
Tempat ketiga : SK Kg.Tellian


Tahniah buat adik Ascelyna Avrill. Buat adik Ailin, jangan putus asa. Perjuangan kita tidak hanya terputus sampai di sini. Kita cuba lagi pada tahun hadapan. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru yang terlibat dalam membimbing dan melatih mereka sehingga ke tahap yang membanggakan ini. Terima kasih juga kepada guru-guru pengiring yang mengiringi mereka ke tempat pertandingan.

Pada 14hb Mei yang lalu, bertempat di sekolah SLDB 1, telah diadakan Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Mukah. Sekolah kita telah menghantar Nurul Damia binti Ramzi dari 6 Perkasa A sebagai peserta ke pertandingan tersebut. Nurul Damia telah diiringi oleh jurulatihnya iaitu Cikgu Zullina ke tempat pertandingan tersebut. Turut hadir di tempat pertandingan ialah Cikgu Abdul Wahit Bin Mohamad Etli, Guru Besar SK Mukah. Berikut merupakan keputusan pertandingan pidato pada hari tersebut :

Johan : SK Dua Sungai
Naib Johan : SK Mukah
Tempat ke-3 : SK Kg.Tellian





Hadiah telah disampaikan oleh En.Christopher, Pegawai Unit Kokurikulum PPD Mukah. Tahniah buat Nurul Damia kerana telah berjaya dalam pertandingan tersebut. Mudah-mudahan sekolah kita dapat mencari bakat dan melatih beberapa orang pelapis-pelapis peserta pidato lagi pada masa akan datang.

Pada 14hb Mei yang lalu, AJK Disiplin di bawah Unit Hal Ehwal Murid SK Mukah telah mengadakan lawatan kerjaya ke Ibu Pejabat Daerah PDRM Mukah. Lawatan ini telah disertai oleh 5 orang guru AJK Displin dan 35 orang pengawas sekolah. Di sana mereka telah diberikan banyak pendedahan terhadap bidang tugas PDRM terutamanya di Mukah ini. Selain itu, mereka juga diberikan peluang untuk melihat pelbagai model senjata dan kenderaan yang digunakan oleh PDRM dalam menjalankan operasi dan misi mereka setiap hari.










Pihak sekolah mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada anggota-anggota PDRM Daerah Mukah di atas kesudian menerima kunjungan kami pada hari tersebut.

Pada hari sekolah ganti 10hb Mei yang lalu, loceng kecemasan bergema lagi. Kali ini ianya berdering di kawasan SK Kg.Tellian. Asap buatan dilepaskan sebagai simbolik berlakunya kebakaran di sekitar sekolah. Semua murid dan guru di SK Kg.Tellian bergegas berkumpul di tapak perhimpunan kecemasan.


Warga sekolah SK Mukah yang sentiasa berwaspada dengan bunyi isyarat kecemasan tersebut turut tidak ketinggalan bergegas keluar daripada kelas dan bilik masing-masing untuk menyelamatkan diri ke tapak perhimpunan kecemasan.


Melalui pemerhatian guru-guru, perjalanan murid-murid SK Mukah ke tapak perhimpunan kecemasan kali ini lebih tersusun dan lancar. Terbukti bahawa pendedahan latihan Fire Drill kali pertama baru-baru ini menampakkan impak buat semua murid. Tahniah buat semua yang menjayakan latihan Fire Drill kali kedua ini.

Pada 8hb yang lalu, telah diadakan Pertandingan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Antara Zon bertempat di SK Lubok Bemban, Mukah. Pasukan Bola Sepak Zon Bandar terdiri daripada 15 orang murid daripada beberapa buah sekolah dalam zon bandar. 7 orang daripadanya merupakan murid daripada SK Mukah. Mereka ialah :

1. Aqmar Daniel (Tahun 5)
2. Abang Izzul Syahmi (Tahun 5)
3. Izaz Rizky (Tahun 5)
4. Elvin (Tahun 5)
5. Safwan (Tahun 5)
6. Nicholas (Tahun 4)
7. Mohammad Haqimie (Tahun 4)


Dibawah pimpinan jurulatih berpengalaman, Cikgu Rasyiid dan beberapa orang jurulatih bola sepak Zon Bandar yang lain telah berjaya membawa Pasukan Bola Sepak Bawah 11 Tahun Zon Bandar mendapat gelaran johan dalam pertandingan tersebut. 


Menerusi beberapa perlawanan yang telah berlangsung pada hari tersebut, 3 orang murid daripada SK Mukah telah terpilih untuk membarisi kesebelasan utama Pasukan Bola Sepak Daerah Mukah ke peringkat Bahagian. Tahniah diucapkan kepada mereka semua!

Pada 7hb Mei yang lalu, sekolah kita telah dikunjungi oleh beberapa orang guru dan murid daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Jalan Deshon, Sibu. Tujuan mereka ke sini adalah untuk membuat lawatan pengukur aras dan muhibbah bersama PPKI SK Mukah.




Mereka tiba seawal jam 10.00 pagi dan telah disambut mesra oleh beberapa orang guru SK Mukah. Di sini, PPKI SK Mukah sempat berkongsi segala aktiviti yang telah dijalankan oleh mereka sepanjang tahun 2012 hingga sekarang. 



Diharapkan lawatan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara SK Jalan Deshon dengan SK Mukah. Mudah-mudahan banyak maklumat dan perkongsian diperoleh daripada lawatan tersebut. InsyaAllah jika berkelapangan, PPKI SK Mukah pula yang akan berkunjung ke sana. Untuk mengetahui perkembangan PPKI SK Mukah dengan lebih lanjut boleh lawati laman facebook mereka di
https://www.facebook.com/ppki.skmukah 

Hari ini 8hb Mei 2014, telah diadakan pemeriksaan atau spot check besar-besaran terhadap semua murid tahun 1 hingga Tahun 6 sejurus tamat waktu perhimpunan pagi tadi. Operasi ini telah diketuai oleh Cikgu Fatimah Binti Drahman dan Cikgu Julita Ja'apar dengan dibantu oleh guru-guru AJK Disiplin yang lain serta pengawas yang bertugas.




Menerusi operasi ini, 3 kesalahan disiplin diperiksa iaitu :

  1. Rambut panjang
  2. Kuku panjang / simpan kuku
  3. Tidak memakai stokin
Nama-nama mereka yang melakukan kesalahan di atas telah dicatat oleh pengawas bertugas untuk diambil tindakan susulan oleh guru-guru AJK Disiplin SK Mukah. 

Pada 5hb Mei yang lalu, telah diadakan lagi Pertandingan Membina Perkataan Anjuran Perpustakaan Awam Mukah dengan kerjasama Rakan Perpustakaan. Sekolah kita telah menghantar Nur Atma Farina dari Tahun 6 Perkasa A sebagai peserta ke pertandingan tersebut. Nur Atma telah diiringi oleh Cikgu Fauziah ke tempat pertandingan tersebut.




Tahniah buat Nur Atma Farina kerana telah berjaya mengharumkan nama SK Mukah dengan mendapat Johan dalam pertandingan tersebut.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates