Pada 31hb Mac 2014, telah diadakan satu sesi ceramah bersempena Majlis Penangguhan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Mukah.


Program pada petang tersebut merupakan anjuran Kelab Anti Dadah SK Mukah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kauseling SK Mukah. Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

2.45 petang : Ketibaan tetamu dan penceramah jemputan.
                  : Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
                  : Ceramah Anti Dadah oleh tetamu jemputan
                  : Ucapan Penangguhan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat 
                    Sekolah Kebangsaan Mukah oleh Cikgu Abdul Wahit, Guru Besar
                    SK Mukah
                  : Acara Simbolik Menandatangani banner Majlis Penangguhan Bulan
                    Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Mukah



                  : Acara penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mewarna dan Melukis 
                    Poster Anti Dadah
4.30 petang : Bersurai

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua warga sekolah dalam menjayakan majlis pada petang tersebut. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya dalam pertandingan yang telah dianjurkan.

Pada cuti sekolah 23 Mac 2014 yang lalu, bertempat di Padang Mesra Mukah telah berlangsung Sukaneka Sempena Karnival Mesra Belia 2014 anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Mukah serta Dayak Bidayuh National Association (DBNA) Mukah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Mukah.


Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam acara tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin. Beliau hadir ke Mukah dalam sesi lawatannya bersama rakyat disini sempena Pilihanraya kecil N51 DUN Balingian.


Sukaneka tersebut terbuka kepada semua sekolah di Daerah Mukah. SK Mukah tidak ketinggalan untuk menghantar beberapa orang peserta dalam 2 kategori iaitu kategori Tahap 1 dan Tahap 2. Pelbagai acara sukaneka telah dipertandingkan pada hari tersebut. Berikut adalah keputusan pertandingan sukaneka bagi peserta SK Mukah pada hari tersebut :

Tempat Kedua : Tahap 1 SK Mukah
Tempat Ketiga : Tahap 2 SK Mukah
Tempat Ketiga : Keseluruhan





Semua peserta sekolah kita telah diiringi oleh Cikgu Nasir, Cikgu Razimah dan Cikgu Ruzaimah dalam pertandingan tersebut. Tahniah buat semua yang terlibat dan berjaya pada hari tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh YB Khairy Jamaluddin. 

Sempena Pilihan Raya Kecil DUN N51 Balingian baru-baru ini, telah diadakan satu Kejohanan Terbuka Bola Sepak Bawah 12 Tahun bertempat di Padang Mesra Mukah. Pasukan bola SK Mukah dibawah pimpinan jurulatih Cikgu Rasyiid tidak ketinggalan untuk menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan tersebut berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada hari Isnin 24hb Mac dan berakhir pada petang Selasa 25hb Mac. 


Kejohanan tersebut telah disertai oleh beberapa buah sekolah rendah di Daerah Mukah ini. Tahniah buat Pasukan Bola SK Mukah Bawah 12 Tahun kerana telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Pada 20hb Mac yang lalu, sekolah kita telah menjadi tuan rumah Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Mukah 2014. Sebanyak 5 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. Antaranya ialah SK Datuk Awang Udin, SK Kg.Petanak, SK Kg.Seberang, SK St.Patrick dan SK Mukah.


 SK Kg.Seberang

 SK Kg.Petanak

 SK Mukah

 SK St.Patrick

SK Datuk Awang Udin

Turut hadir menyaksikan pertandingan tersebut ialah Tuan Haji Mustafa, Kaunselor daripada PPD Mukah. Pertandingan nasyid tahun ini bertemakan Al-Quran Penjana Tranformasi Ummah Wasatiyyah. Berikut merupakan keputusan pertandingan nasyid tersebut :

Johan : SK Mukah
Naib Johan : SK St. Patrick
Ketiga : SK Datuk Awang Udin

Tahniah buat pasukan nasyid sekolah kita iaitu kumpulan Shoutul Hijjazi kerana telah berjaya mara ke peringkat bahagian pada 4hb April nanti di SMK Agama Igan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan pasukan nasyid sekolah kita.

Turut berlangsung pada hari yang sama di SK St.Patrick ialah Pertandingan Hafazan. Sekolah kita telah menghantar 2 orang peserta iaitu adik Alif (4EA) dan adik Atma Najihah (5MA). Nasib tidak menyebelahi SK Mukah paa tahun ini, sekolah kita tidak berjaya memperoleh sebarang nombor dalam pertandingan tersebut.

Pada 19hb Mac yang lalu bertempat di SK Pengkalan Lobang, telah diadakan Pertandingan Nyanyian Solo Irama Malaysia Peringkat Daerah Mukah. Sekolah kita telah menghantar seorang wakil bagi peserta kategori perempuan iaitu adik Nur Diana Binti Abdullah daripada kelas 4 Efisien B. Nur Diana telah diiringi oleh Cikgu Norzelan dan Cikgu Ali ke tempat pertandingan. Turut bersama Nur Diana adalah ibunya yang sentiasa memberikan sokongan moral di atas setiap persembahannya.



Seramai 31 peserta daripada pelbagai sekolah di Daerah Mukah telah menyertai pertandingan tersebut. Bakat dan potensi besar yang ada pada Nur Diana telah melayakkan dirinya dinobatkan sebagai Johan bagi kategori perempuan selain turut menerima Anugerah Terbaik Vokal.




Nur Diana akan mewakili Daerah Mukah ke peringkat Bahagian yang akan diadakan di Daro pada bulan Mei nanti. Disamping itu, Cikgu Norzelan selaku hakim bertugas pada pertandingan itu telah telah dimaklumkan oleh En.Patrick Phillip Moss, Pegawai Unit Kokurikulum PPD Mukah bahawa SK Mukah telah dipilih sebagai lokasi ujibakat Bintang Kecil anjuran RTM pada bulan April ini. 

Kepada murid-murid sekolah kita yang berminat boleh berlatih daripada sekarang untuk menyertai ujibakat tersebut. Mudah-mudahan dengan kejayaan anda dapat menaikkan nama sekolah kita ke peringkat yang lebih tinggi bak kata pepatah "Tuah Ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu."

Pada 18hb Mac yang lalu bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah diadakan Pertandingan Melukis Poster Kempen Anti Dadah bagi Tahap 2. Pertandingan ini merupakan anjuran Kelab Anti Dadah dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Mukah. Semua murid tahap 2 terlibat dalam pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan akan diumumkan dalam Majlis Penangguhan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Mukah pada 31hb Mac kelak.

Pada 15hb Mac yang lalu juga, sekolah kita telah menghantar beberapa orang peserta ke Pertandingan Mendeklamasi Sajak dan Pertandingan Membina Perkataan anjuran Perpustakaan Awam dan Rakan Perpustakaan. Semua peserta sekolah kita telah diiringi oleh Cikgu Fauziah.


Alhamdulillah, banyak kejayaan yang telah kita perolehi melalui kedua-dua pertandingan tersebut. berikut merupakan nama peserta sekolah kita dan kejayaan yang telah mereka kecapi pada hari tersebut :

Pertandingan Mendeklamasi Sajak

1. Sara Samantha Yok - Johan
2. Nurul Damia Binti Ramzi - Naib Johan

Pertandingan Membina Perkataan

1. Dayang Natasha Binti Awang Gapar - Naib Johan dan Hadiah Misteri
2. Nur Yusma Athirah - Tempat ke-3





Tahniah kita ucapkan buat semua peserta dan jurulatih peserta-peserta kita daripada Panitia Bahasa Malaysia kerana telah menaikkan nama sekolah kita dengan membawa banyak kejayaan dalam pelbagai pertandingan anjuran Perpustakaan Awam dan Rakan Perpustakaan. 

Pada 15hb Mac yang lalu, bertempat di Padang Mesra Mukah telah berlangsung Pertandingan Bola Sepak Terbuka Bawah 12 Tahun anjuran Press Metal Sarawak. Pasukan sekolah kita yang terdiri daripada 12 orang pemain telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. 




Tahniah buat jurulatih pasukan sekolah kita iaitu Cikgu Rasyiid dan Cikgu Fahmi kerana telah bertungkus lumus dalam membentuk dan melatih pasukan bola sepak sekolah kita sebelum menjelangnya hari pertandingan tersebut. Turut hadir pada hari pertandingan tersebut ialah Cikgu Patrick, pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Mukah.

Pada 13hb yang lalu telah berlangsung dua pertandingan sempena MTQ Peringkat Daerah Mukah. Pertandingan Tilawah Al-Quran telah diadakan bertempat di SK Kg. Seberang manakala Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Nabi telah diadakan bertempat di SK Datuk Awang Udin. Sekolah kita telah diwakili oleh :

Fazwan Nirwady bin Zulherdi - Tilawah Lelaki
Sofea Nazeehah binti Sofian - Tilawah Perempuan
Muhammad Danish bin Zamri - Bercerita Lelaki
Nurhaziqah Maulad binti Mohamad Nadzar - Bercerita Perempuan





Berikut merupakan keputusan pertandingan bagi wakil sekolah kita pada hari tersebut :

Tilawah lelaki - Naib Johan
Tilawah Perempuan - Naib Johan
Bercerita Lelaki - Tempat ke-6
Bercerita Perempuan - Tempat ke-4


Tahniah buat semua yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, kita cuba lagi pada tahun hadapan. Wakil tilawah kita telah diiringi oleh Ustaz Mohd Radzi dan Ustazah Siti Fatimah manakala wakil bercerita telah diiringi oleh Ustazah Salmy dan Ustazah Dayang Kamaliah.

Pada 8hb Mac yang lalu, dua orang atlet sekolah kita iaitu Abang Izzul Syahmi (5 Mantap B) dan Ailton (6 Perkasa B) telah mewakili Daerah Mukah ke peringkat Bahagian Kejohanan Olahraga MSSR yang telah diadakan di Sibu. Abang Izzul Syahmi telah mendapat johan dalam acara larian 4x200 meter manakala Ailton telah berjaya mendapat johan dalam acara 80 meter lompat pagar dan larian 4x100 meter.



Dalam peringkat bahagian ini, semua peserta telah dipantau oleh beberapa orang jurulatih bagi memilih mereka ke MSSR Peringkat Negeri. Tahniah buat Ailton kerana terpilih menjadi salah seorang atlet yang akan mewakili Bahagian Mukah ke MSSR Peringkat Negeri. MSSR Peringkat Negeri pada tahun ini akan diadakan di Kuching.

Pada 24 Februari dan 1 Mac yang lalu, telah diadakan beberapa pertandingan anjuran Perpustakaan Awam dan Rakan Perpustakaan Mukah. 3 acara telah dipertandingkan iaitu :

1. Pertandingan Teka Silang Kata
2. Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
3. Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia



Sekolah kita telah diwakili oleh Nur Yusma Athirah binti Yusri Amir daripada kelas 6 Perkasa A (Pertandingan Teka Silang Kata) , Nurul Damia binti Ramzi juga daripada kelas 6 Perkasa A (Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris) dan Nessrina Nabihah Fitriah binti Mohamad Fadeli daripada kelas 4 Efisien A (Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia).

Alhamdulillah berkat latihan yang bersungguh-sungguh daripada guru-guru daripada Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, semua mereka berjaya mendapat kejayaan dalam pertandingan tersebut.

1. Pertandingan Teka Silang Kata - Tempat ke-3
2. Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris - Tempat ke-2
3. Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia - Tempat ke-3

Tahniah buat semua.

Pada 5hb Mac yang lalu bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik, telah diadakan Pertandingan Mewarna Poster Anti Dadah anjuran Kelab Anti Dadah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Mukah. Penyertaan hanya terbuka kepada murid tahap 1 sahaja.


Pertandingan tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid tahap 1. Pengumuman pemenang pertandingan akan disampaikan dalam perhimpunan hari Khamis yang akan datang. Harap maklum.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates