Pada hari Jumaat yang lalu, 31hb Oktober 2014 telah berlangsung Kejohanan Sukan Tahunan SK Dua Sungai. Sekolah kita telah dijemput dalam acara jemputan lari 100m dan 4x100m. Bahagian Kokurikulum Sekolah yang diterajui oleh Cikgu Dayang Rabiaa, Penolong Kanan Kokurikulum telah memilih beberapa wakil peserta untuk beraksi di dalam acara jemputan tersebut. Antara mereka yang terpilih ialah :

Peserta Lelaki
1. Abang Izzul Syahmi (5MB)
2. Nicholas (6PB)
3. Ikhmal Nizam (6PA)
4. Arendse (6PB)
5. Raihan (6PA)

Peserta Perempuan
1. Christine (6PB)
2. Sheryl (6PB)
3. Petra Nabila (6PA)
4. Samantha Letitia (6PA)




Dalam pertandingan jemputan tersebut, Abang Izzul Syahmi telah berjaya memenangi naib johan dalam acara 100m lelaki. Semua peserta sekolah kita telah diiringi oleh Cikgu Nasir dan Ustaz Radzi.

Pada 27hb hingga 31hb Oktober yang lalu, bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah diadakan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Karnival Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah Kebangsaan Mukah. Pelbagai pertandingan telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia yang dipimpin oleh Cikgu Zubaidah. Semua pertandingan tersebut terbuka kepada murid-murid dari prasekolah hingga Tahun 6. Semua pertandingan diadakan pada waktu petang dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.




Antara pertandingan yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang minggu tersebut ialah :
  • Pertandingan Bercerita
  • Pertandingan Pidato
  • Pertandingan Mewarna
  • Kuiz Bahasa Malaysia
  • Pertandingan Tulisan "Tercantik"
Turut hadir menyaksikan pertandingan setiap petang ialah para ibu bapa murid-murid yang mengambil bahagian. Keputusan untuk para pemenang pertandingan akan diumumkan dalam perhimpunan pada minggu hadapan. Tahniah buat semua guru yang terlibat khususnya guru-guru daripada Panitia Bahasa Malaysia kerana telah melaksanakan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Karnival Bahasa Malaysia dengan jayanya.

Pada 27hb Oktober 2014 bertempat di Padang SK Kg.Seberang telah diadakan Klinik Asas Bola Sepak anjuran SK Kg. Seberang dengan kerjasama sosio-kemasyarakatan Tugau Armada. Seawal jam 9.30 pagi lagi, peserta-peserta bola sepak dari sekolah-sekolah yang terlibat telah berkumpul di padang SK Kg. Seberang. Sekolah kita tidak ketinggalan untuk menghantar beberapa orang peserta untuk mengikuti klinik asas bola sepak tersebut. Antara mereka yang mengikuti program tersebut ialah :








1. Ailton (6PB)
2. Arendse (6PB)
3. Asyraf (6PB)
4. Amir Kifran (6PB)
5. Raihan (6PA)
6. Amirullah (6PB)
7. Hazli (6PA)
8. Nicholas (6PB)
9. Alexander (6PB)
10. Arman (6PB)
11. Fedelis (6PB)


Mereka semua telah diiringi oleh Cikgu Nasir dan Cikgu Rasyiid ke sana. Di sana, mereka telah diajar teknik-teknik asas permainan bola sepak. Antara yang menjadi tumpuan di sana ialah kehadiran Penjaga Gol Pasukan Negeri Sarawak, Aidil Mohammad yang turut menjadi salah seorang jurulatih dalam klinik asas bola sepak tersebut.

Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 25hb Oktober 2014, telah diadakan satu lawatan sambil belajar bagi semua murid Tahun 6 ke Bintulu. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah beberapa orang guru dan staf SK Mukah. Perjalanan mereka ke sana menggunakan perkhidmatan 2 buah bas dan beberapa kenderaan persendirian.

Seawal jam 6.30 pagi lagi, mereka semua telah berkumpul di sekolah. Turut hadir pada pagi tersebut ialah Guru Besar, Cikgu Wahit Bin Mohamad Etli. Doa selamat perjalanan telah dibacakan oleh Ustaz Mohd Radzi. Antara tempat-tempat yang telah dilawati oleh mereka semasa di Bintulu adalah seperti Gua Niah, Pantai Tanjung Batu dan beberapa pasar raya besar di Bintulu.











Mereka telah menginap di Bintulu selama 2 hari 1 malam. Pada 26hb Oktober, mereka telah selamat berangkat pulang ke Mukah dan tiba di SK Mukah sekitar jam 7.00 petang dengan disambut oleh para ibu bapa murid-murid yang terlibat.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan sambil belajar ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan keselamatan dan kesejahteraan buat semua murid dan guru yang terlibat dalam perjalanan pergi dan pulang.

Pada 21-23hb Oktober yang lalu bertempat di Dataran Terbuka SK Mukah, telah diadakan Pertandingan Sepak Takraw dan Bola Jaring antara Rumah Sukan. Pertandingan ini disertai oleh murid-murid Tahap 2 sahaja. Semua guru rumah sukan telah menyediakan pasukan masing-masing untuk berentap dalam pertandingan tersebut.





















Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan Pertandingan Sepak Takraw dan Bola Jaring antara Rumah Sukan tersebut. Keputusan dan hadiah kepada para pemenang akan diumum dan disampaikan dalam majlis perhimpunan minggu hadapan. Harap maklum.

Pada 20hb Oktober yang lalu bertempat di SK Kg.Petanak, sekolah kita telah menghantar beberapa orang wakil sekolah untuk menyertai acara jemputan sempena Hari Sukan SK Kg.Petanak. Mereka ialah :

Lelaki :
1. Ailton Lagon - 6PB
2. Nicholas - 6PB
3. Ikhmal - 6PA
4. Abang Izzul - 5MB
5. Raihan - 6PA 

Perempuan :
1. Petra Nabila - 6PA
2. Rasyiqah - 6PA
3. Samanta Letitia - 6PA
4. Ailin Yasmin - 5MA
5. Manisa -5MB






Mereka telah diiringi oleh Ustaz Engku dan Cikgu Dayang Rabiaa (PK Kokurikulum) ke tempat pertandingan. Beberapa buah sekolah lain juga turut menyertai acara jemputan ini seperti SK Chong Boon, SK St.Patrick, SK Dua Sungai, SK Kg.Tellian dan SK Datuk Awang Udin. Tahniah buat Ailton kerana telah berjaya menjadi johan acara 100meter Lelaki manakala Petra Nabila telah berjaya mendapat tempat kedua dalam acara 100meter Perempuan. 



Nasib tidak menyebelahi sekolah kita dalam acara 4x100 meter lelaki dan perempuan kerana faktor padang yang agak basah menyukarkan para pelari sekolah kita untuk mencapai kemenangan. Walaubagaimanapun, pihak sekolah berbangga di atas semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para pelari sekolah kita. 

SK Mukah telah terpilih sebagai pusat Ujian Kemasukan murid Tahun 1 ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Mukah yang dijangka akan dibuka pada awal tahun depan. Pada 18hb Oktober yang lalu, telah berlangsung ujian tersebut di mana lebih 100 orang murid berusia 6 tahun daripada pelbagai sekolah di Daerah Mukah telah mendaftar untuk menduduki ujian kelayakan pada hari tersebut. Dataran Arena Modal Insan agak sesak sedikit pada pagi tersebut dengan kehadiran murid-murid bersama ibu bapa dan guru masing-masing untuk tujuan pendaftaran. 




3 buah kelas digunakan untuk menampung semua bilangan calon ujian. Setiap bilik menempatkan 3 atau 4 orang pengawas peperiksaan. Beberapa orang guru daripada SK Mukah telah dilantik menjadi pengawas peperiksaan dan pemeriksa kertas jawapan pada hari tersebut. Antara mereka yang terlibat ialah :

1. Cikgu Fatimah (Ketua Pengawas)
2. Ustaz Mohd Razdi
3. Ustaz Engku Afizan
4. Cikgu Razimah
5. Cikgu Anna
6. Ustazah Salmy
7. Cikgu Rosniah
8. Cikgu Ruzaimah
9. Cikgu Fauziah

Turut hadir pada pagi tersebut ialah Penyelia Pendidikan Islam PPD Mukah, Ustaz Su'ut. Peperiksaan berlangsung hampir 1 jam setengah. Kemudian, semua kertas jawapan calon dikumpul dan ditanda pada hari yang sama di bilik khas yang disediakan. Keputusan kemasukan ke SABK akan dihantar ke sekolah masing-masing pada tarikh yang akan ditetapkan.

Pada 15hb hingga 17hb Oktober yang lalu telah berlangsung Hari Sukan Sekolah dengan jayanya bertempat di Padang SK Mukah. Walaupun Daerah Mukah dilanda musim hujan, ditambah dengan keadaan padang yang berbecak namun semua itu tidak melemahkan semangat kesukanan murid-murid dan menjejaskan aktiviti yang telah dirancang. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti sempena Hari Sukan Sekolah yang telah diadakan sepanjang 3 hari yang lalu :

15hb Oktober :

  1. Sukaneka Prasekolah dan Tahap 1
  2. Lompat Jauh
  3. Lompat Tinggi
  4. Lontar Peluru
  5. Acara Balapan
16hb Oktober : 
  1. Acara Perasmian Sukaneka PPKI
  2. Sukaneka PPKI
  3. Senam Robik
  4. Acara Balapan
  5. Acara Khas Pemilihan Atlet Sekolah ke acara jemputan 
  6. Raptai Majlis Penangguhan Hari Sukan


17hb Oktober :
  1. Acara Perbarisan dan Lintas Hormat Kontijen Rumah Sukan
  2. Nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan 1 Murid 1 Sukan
  3. Bacaan Doa 
  4. Ucapan YDP PIBG dan Ucapan Perasmian Penangguhan Hari Sukan oleh En.Samsu, Penolong Pegawai Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Mukah.
  5. Ikrar Hari Sukan
  6. Acara  Jemputan : Lari 100meter dan 4x100meter
  7. Penyampaian Hadiah dan Medal


Antara sekolah yang menerima jemputan kita ke acara yang dipertandingkan ialah :
  • SK Kg.Tellian
  • SK Dua Sungai
  • SKJ(C) Chong Boon
  • SK St. Patrick
Olahragawan SK Mukah 2014 telah disandang oleh Abang Izzul Syahmi dari Tahun 5MB (Rumah Kuning) manakala gelaran Olahragawati SK Mukah dimenangi oleh Petra Nabila dari Tahun 6PA (Rumah Hijau). Secara keseluruhannya kedudukan rumah sukan adalah seperti berikut :

Johan : Rumah Hijau
Naib Johan : Rumah Kuning
Tempat ketiga : Rumah Biru
Tempat keempat : Rumah Merah

Acara khas iaitu acara perbarisan terbaik telah dimenangi oleh Kontijen Rumah Biru.
 




Pihak sekolah dan pihak PIBG SK Mukah mengucapkan tahniah buat semua guru-guru dan staf sekolah yang terlibat dalam menjayakan Hari Sukan Sekolah 2014.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates