Pada 27 Julai yang lalu, bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah diadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Panitia Pendidikan Islam. Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut.

1010   Takbir Raya oleh guru-guru lelaki
           Penyampaian Duit Raya oleh Guru Besar kepada semua murid
           Majlis Ramah Tamah Aidilfitri (Jamuan)
           Persembahan Slaid Persaraan Guru Besar
           Persembahan Lagu Aidilfitri oleh adik Nordiana
           Persembahan Khas oleh Murid Tahun 6



Pelbagai hidangan Aidilfitri disediakan sempena majlis ini. Panitia Pendidikan Islam mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat semua yang menjayakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri pada tahun ini.
                   

SK Mukah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya kepada semua warga SK Mukah yang beragama Islam. Sempena Aidilfitri ini, sekolah akan bercuti bermula pada 15 Julai 2015 hingga 21 Julai 2015. Harap maklum. 

Bermula pada 1 hingga 7 Julai yang lalu, Kelab Doktor Muda SK Mukah telah mengadakan Program Minggu Sihat. Pelbagai aktiviti dan program kesihatan telah dilaksanakan pada minggu tersebut oleh ahli-ahli KDM. Antaranya ialah :

1. Ceramah Pergigian oleh Jururawat Bahagian Pergigian Hospital Mukah.
2. Ceramah Kesihatan dalam Slot Khas Perhimpunan Pagi oleh ahli KDM SK Mukah.
3. Pembinaan Sudut KDM dalam setiap kelas.
4. Pemilihan ahli KDM sesi 2016.
5. Lawatan ahli KDM ke Klinik Pergigian SK Mukah.
6. Kempen 7 Langkah Cuci Tangan ke Tabika Hikmah, Mukah.


Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang oleh Kelab Doktor Muda SK Mukah sepanjang Program Minggu Sihat ini berlangsung.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates