Tarikh : 30 Januari 2015
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Arena Modal Insan Dinamik
Tetamu Jemputan : AJK PIBG dan para ibu bapa murid Tahun 1

Tentatif program :

Nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku
Bacaan doa
Ucapan aluan oleh Guru Besar SK Mukah, Cikgu Abdul Wahit bin Mohamad Etli
Laporan Minggu Transisi oleh PK 1, Cikgu Marzuki bin Ali Mahamud
Ucapan YDP PIBG, Dr.Osman bin Hj.Rafi'ei
Persembahan Murid Tahun 1
Penyampaian hadiah
Jamuan Ringan
Bersurai.







Pada 27hb Januari malam semalam, telah mula berlangsung Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Mukah 2015 anjuran Pejabat Daerah Mukah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bertempat di Surau Darul Huda, Kg.Kuala Lama, Mukah. Pada malam tersebut, 8 orang peserta tilawah daripada semua bahagian Mukah telah memperdengarkan bacaan masing-masing. 



Acara selingan pada malam tersebut ialah persembahan nasyid daripada Kumpulan Shoutul Hijjazi SK Mukah. Terima kasih buat PPD Mukah kerana telah memberi sepenuh kepercayaan buat kumpulan nasyid sekolah kita untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Pasukan Nasyid SK Mukah telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Al-Quran Pedoman Hidup dan Israk Mikraj. Turut hadir menyaksikan persembahan mereka ialah Guru Besar SK Mukah, Cikgu Abdul Wahit bin Mohd Etli. Mereka telah diiringi oleh jurulatih Nasyid SK Mukah, Ustaz Engku Afizan dan Ustaz Mohd Radzi ke tempat persembahan.


Tahniah buat pasukan nasyid SK Mukah. Suatu permulaan yang baik pada tahun 2015. Mudah-mudahan mereka berjaya sekali lagi di MTQ Peringkat Daerah dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM pada tahun ini.

Tarikh : 22 Januari 2015
Hari : Khamis
Tempat : Dataran Arena Modal Insan Dinamik

Ceramah Pergigian telah disampaikan oleh dua orang Jururawat Pergigian daripada Hospital Mukah. Ceramah tersebut diadakan sebanyak 2 sesi.

Sesi 1 : Tahap 1 (Sebelum Rehat)
Sesi 2 : Tahap 2 (Selepas Rehat)




Terima kasih buat semua guru yang terlibat dalam tugas pengawalan murid semasa sesi ceramah sedang berlangsung.

Tahniah buat Pasukan Sepak Takraw SK Mukah yang telah muncul sebagai naib johan dalam Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah Mukah pada 22hb Januari yang lalu. 



Pertandingan berlangsung di Dewan KPSU Mukah dengan menyaksikan beberapa buah sekolah di Daerah Mukah mengambil bahagian. Pasukan Sepak Takraw SK Mukah telah diwakili oleh :

1. Izaz Rizqi - 6PA
2. Abang Izzul Syahmi - 6PB
3. Nicholas - 5MB
4. Harith Faiq - 5MB



Mereka telah diiringi oleh jurulatih sepak takraw SK Mukah iaitu Ustaz Mohd Radzi dan Cikgu Hajeri ke tempat pertandingan. Tahniah buat mereka semua yang telah berjaya membawa kemenangan pertama buat SK Mukah dalam lembaran baru 2015 ini.

Pada hari Selasa yang lalu, 20hb Januari 2015 telah berlangsung Majlis Perpisahan dan Menyambut Guru Baru 2015 bertempat di Bilik Jamuan Kelas 4 Efisien A. 3 orang bakal meninggalkan SK Mukah dan akan berpindah. Mereka ialah :

Cikgu Nadiah - Berpindah ke Johor
Cikgu Yatima - Berpindah ke Negeri Sembilan
Cik Munirah - Berpindah ke SMK Oya




Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa selamat dan diikuti oleh ucapan Guru Besar dan seterusnya ucapan daripada guru-guru yang diraikan. Kami semua warga SK Mukah mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu buat kalian yang berpindah.

Pada tengah hari itu juga, turut diraikan guru-guru yang baru di SK Mukah. Untuk pengetahuan semua, SK Mukah telah menerima kemasukan guru baru seramai 4 orang. Mereka ialah :

1. Cikgu Salina (Matematik) - Daripada sekolah di Daerah Dalat
2. Cikgu Haryadi (Bahasa Inggeris) - Daripada sekolah di Daerah Dalat
3. Cikgu Hajeri (Pendidikan Jasmani) - Daripada SK Ladang 3, Mukah
4. Cikgu Christina (Bahasa Inggeris)- Daripada SK St.Patrick, Mukah

Kami warga SK Mukah mengucapkan Selamat Datang dan selamat bertugas di SK Mukah.

Hari : Selasa
Tarikh : 13hb Januari 2015
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dataran Arena Modal Insan Dinamik
Kehadiran : Semua Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 1
Aktiviti :

1. Taklimat PPPM/KSSR
    oleh Cikgu Abdul Wahit Bin Mohamad Etli (Guru Besar)
2. Taklimat Program Transisi / PBS / LINUS
    oleh Cikgu Marzuki Ali Mahmud (PK Pentadbiran)
3. Taklimat Khas - Kebajikan dan Peraturan Sekolah
    oleh Cikgu Fatimah Bt Drahman (PK Hal Ehwal Murid)
4. Taklimat Khas - Kokurikulum dan Pendidikan Jasmani
    oleh Cikgu Dayang Rabia'a Bt Awg Mohsin (PK Kokurikulum)
5. Sesi Soal Jawab



Hari : Jumaat
Tarikh : 2hb Januari 2015
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat : Dataran Arena Modal Insan Dinamik
Aktiviti :

  1. Pendaftaran Murid 2015
  2. Pembayaran Yuran PIBG
  3. Penyerahan Buku Teks
  4. Pembelian Buku Aktiviti dan Buku Tulis









Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates