Pada 29 April yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna SK St.Patrick telah berlangsung Pertandingan Eureka Peringkat Daerah Mukah. Pertandingan ini adalah di bawah mata pelajaran Sains di mana setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah yang mempunyai ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum. Setiap pasukan hendaklah diwakili oleh empat orang murid yang dipilih dari kalangan murid Tahun 4 atau 5. Setiap pasukan juga mestilah terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

Pasukan Eureka SK Mukah telah diwakili oleh : 

1. Justin Daniels (5MA)
2. Razmir Irfan (5MB)
3. Anisya Munira (5MA)
4, Nur Haziqah Maulad (5MB)


Oleh kerana guru pembimbing mereka Cikgu Cianra sedang berkursus di PPD Mukah, maka Cikgu Haryadi telah menggantikan Cikgu Cianra sebagai guru pengiring mereka di sana. Tahniah buat mereka semua kerana telah berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut. 

Pada 22 - 23 April yang lalu, telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ), Festival Nasyid, Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Bahagian Sarikei. Sekolah kita telah mewakili Bahagian Mukah dalam Pertandingan Kompang Selawat. Peserta kompang sekolah kita telah diiringi oleh Ustaz Mohd Radzi dan Ustazah Salmy ke tempat pertandingan. 


Kontijen Bahagian Mukah


Sebanyak 11 bahagian berentap dalam pertandingan Kompang Selawat untuk merebut gelaran juara bagi melayakkan pasukan masing-masing mara ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Perlis pada bulan Mei kelak. Turut bersama mereka di sana ialah Ustaz Engku Afizan yang bertugas sebagai Hakim Nasyid Sekolah Rendah dan Menengah. Mudah-mudahan sekolah kita dapat memperbaiki mutu dan kualiti persembahan nasyid hasil daripada pengalaman beliau bersama dengan hakim-hakim berpengalaman dalam menghakimi pertandingan tersebut.

Pasukan Kompang Selawat SK Mukah bersama Ustaz Radzi dan Ustazah Salmy
Ustaz Engku (Kiri)
Pada 23 April bertempat di Dewan Suarah Sarikei, telah berlangsung Majlis Penangguhan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ), Festival Nasyid, Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Sarawak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Abang Mat Ali bin Abang Mat Sagus, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 


Walaupun kita tidak berjaya di Peringkat Negeri ini, namun banyak yang telah kita pelajari sepanjang berada di sana. Dari segi pakaian, alatan dan mutu persembahan banyak yang perlu kita perbaiki. Kita percaya bahawa setiap kejayaan dan kegagalan itu adalah ujian daripada Allah. Kejayaan lebih manis jika datang bersamanya kegagalan. Dari situlah kita akan mengorak langkah mencapai kejayaan bukan sahaja dalam acara Kompang Selawat, malah semua pertandingan dalam MTQ pada tahun hadapan. InsyaAllah.

Pada petang 23 April yang lalu, Dataran Arena Modal Insan Dinamik SK Mukah telah dipilih sebagai lokasi Uji Bakat Pencarian Bintang Kecil RTM 2015 bagi Bahagian Mukah. Pada tahun lalu menyaksikan murid sekolah kita Nordiana dari Tahun  5 Mantap B telah berjaya dalam uji bakat tersebut dan telah mewakili Bahagian Mukah ke Pertandingan Bintang Kecil Peringkat Negeri Sarawak.



Pada petang tersebut, ramai peserta daripada sekitar Bahagian Mukah telah datang untuk mencuba nasib mereka dalam pencarian bakat ini. Bersama-sama mereka ialah ibu bapa yang menyokong penglibatan mereka dalam bidang nyanyian ini. Murid sekolah kita juga tidak ketinggalan. Antaranya ialah Christiano Varo (2GA) dan Willy Sadat (Kelas PPKI). Tahniah buat mereka-mereka yang terpilih. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa, boleh cuba lagi pada tahun hadapan.

Pada 22 April bertempat di SK St. Patrick, telah berlangsung Konvensyen Mini Kelab Doktor Muda Peringkat Bahagian Mukah. Antara sekolah dibahagian Mukah yang menyertai konvensyen ini ialah SK St.Patrick, SK Dua Sungai, SK Datuk Awang Udin dan sekolah kita SK Mukah.

9 jenis pertandingan telah diadakan serentak pada hari tersebut dan sekolah kita telah mengambil bahagian dalam 8 daripada 9 pertandingan yang dianjurkan. Berikut merupakan pertandingan-pertandingan yang telah kita sertai dan keputusan pertandingan :

1. Tokoh Doktor Muda

Diwakili oleh Syahmi Faiz bin Arman (6PA) - Johan


2. Projek Komuniti Kelab Doktor Muda

Diwakili oleh Ailin Yasmin (6PA) dan Issobelle Donald (6PA) - Johan


3. Anugerah Sekolah Cemerlang

Kelab Doktor Muda SK Mukah - Johan


4. Projek Inovasi Bahan Bantu Mengajar 

Diwakili oleh Anisya Munira (5MA) dan Muhammad Zaki (5MB) - Naib Johan


5. Projek Intervensi Pendidikan Kesihatan Rakan Sebaya

Diwakili oleh Ammar Daniel (6PB) dan Aqmar Daniel (6PB) - Tempat Ke-3


6. Bicara Spontan (BM)

Diwakili oleh Nur Syahirah bt Salleh (6PB) - Tempat Ke-3


7. Kuiz Doktor Muda

Diwakili oleh Rachel Rayak (6PB), Nur Atma Najihah (6PA), Fatin Nurfarahanani (5MA) dan Ameera Alesha Saidatulnissa - Tempat ke-3


8. Pameran Aktiviti Projek Intervensi 

Diwakili oleh Shahnur Izzati (6PA) dan Ailin Najwa (4EA) - Naib Johan


9. Bicara Spontan (BI)

Tiada penyertaan


Pelbagai cabaran dan detik yang sukar telah dilalui oleh Kelab Doktor Muda sekolah kita pada tahun-tahun sebelumnya terutamanya bila berhadapan dengan pertandingan besar seperti ini. Berkat usaha, kesabaran dan keazaman yang tinggi hasil kerja keras ahli KDM bersama guru-guru penasihatnya iaitu Cikgu Zullina, Cikgu Razimah dan Cikgu Nasir, akhirnya membuahkan hasil yang baik dan cemerlang pada tahun ini.


KDM SK Mukah merakamkan ucapan terima kasih buat semua guru-guru lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu mereka menghadapi konvensyen pada tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah atas kejayaan besar Kelab Doktor Muda pada tahun ini dan semoga kita berjaya di Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri yang akan diadakan di UITM Kota Samarahan pada 9 Mei nanti.


Pada 18 April yang lalu , bertempat di Dewan Suarah Mukah telah berlangsung Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Bahagian Mukah anjuran Hospital Mukah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Yussibnosh Balo ADUN N51 Balingian. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya ceramah kesihatan, pameran, pertandingan kuiz dan pertandingan mewarna. Beberapa orang murid sekolah kita telah mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Antaranya ialah :

Pertandingan Mewarna
1. Faizyatul Syamimie bt Arman (3TA)
2. Nur Farihin binti Nasir (3TA)

Kuiz
Syahmi Faiz bin Arman (6PA)







Mereka telah diiringi oleh ibu bapa masing-masing ke tempat pertandingan. Tahniah buat mereka semua kerana telah berjaya membawa pulang hadiah dalam setiap kategori yang telah disertai.

Pada 18hb April yang lalu, bertempat di Dewan Tugau, SMK Matu Daro telah berlangsung Pertandingan Tarian dan Nyanyian Solo Peringkat Bahagian Mukah. Murid sekolah kita, Nordiana bt Abdullah dari Kelas 5 Mantap B telah mewakili Daerah Mukah dalam Pertandingan Nyanyian Solo tersebut. Cikgu Norzelan selaku guru pembimbing Nordiana telah mengiringinya ke tempat pertandingan.

Daerah Mukah Johan Keseluruhan


Nordiana bersama Cikgu Norzelan dan Johan Tarian dari SK Kuala Balingian, Mukah.
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Sekali lagi pada tahun ini, Nordiana berjaya dinobatkan sebagai juara Nyanyian Sola dan akan ke Peringkat Negeri yang dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan Mei di Balaga, Kapit.



Pada 16 April 2015 yang lalu, telah diadakan Karnival Bahasa Malaysia Peringkat Bahagian Mukah. Pelbagai acara telah dipertandingkan pada hari ini bertempat di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan seperti berikut :

1. Pertandingan Bercerita Tahap 1 : Dewan Suarah Mukah 
2. Pidato Piala Diraja : Dewan Suarah Mukah
2. Pertandingan Bercerita Tahap 2 : SK Parish Balingian

Untuk makluman semua, semua wakil peserta daripada sekolah kita telah berjaya mara ke peringkat bahagian ini. Mereka ialah :

1. Faizyatul Syamimie : Bercerita Tahap 1
2. Syahmi Faiz : Pidato Piala Diraja
3. Ailin Najwa : Bercerita Tahap 2

Peserta bercerita Tahap 2 sekolah kita telah diiringi oleh Cikgu Zubaidah dan Cikgu Julita manakala bagi peserta Bercerita Tahap 1 dan pidato telah diiringi oleh Cikgu Zullina dan Cikgu Fauziah ke tempat pertandingan. Berikut merupakan keputusan pertandingan bagi sekolah kita pada hari tersebut :

1. Bercerita Tahap 1 : Naib Johan
2. Bercerita Tahap 2 : Tempat Ketiga
3. Pidato Piala Diraja : Penyertaan




Tahniah buat semua murid yang telah mewakili sekolah dan berjaya dalam pertandingan tersebut.

Pada 15 April 2015, bertempat di SK Kg. Igan telah diadakan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Peringkat Bahagian Mukah. Cikgu Rasyiid yang merupakan salah seorang jurulatih pasukan bola sepak sekolah rendah Daerah Mukah telah mengiringi 3 orang pemain daripada sekolah kita yang telah terpilih dalam kesebelasan pemain utama pasukan Daerah Mukah ke tempat pertandingan. Mereka ialah :

1. Abang Izzul Syahmi (6PB )
2. Izaz Rizqy (6PA)
3. Nicholas Nanang (5MB )


Untuk pengetahuan semua, Daerah Dalat merupakan tuan rumah bagi Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Peringkat Bahagian Mukah pada tahun ini. SK Kg.Igan telah dipilih sebagai tempat perlawanan. Tahniah buat pasukan Daerah Mukah kerana telah menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Seterusnya, mereka akan berangkat ke Sri Aman untuk menghadapi saingan di Peringkat Negeri yang dijangka akan berlangsung pada minggu hadapan.

Pada 8 April yang lalu, bertempat di Dewan KPSU Mukah telah diadakan Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah Peringkat Bahagian Mukah. Sekolah kita telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. 8 orang pemain telah dipilih hasil bimbingan Cikgu Edmund dan Ustaz Mohd Radzi. Mereka ialah :

1. Kennedy (6PA)
2. Abang Izzul Syahmi (6PA)
3. Aqmar Daniel (6PB )
4. Elvin Rosli (6PA)
5. Izaz Rizqi (6PA)
6. Harryson Bandang (6PB )
7. Shazwan (6PB )
8. Harith Faid (5MB )





Hasil usaha dan semangat para pemain, pasukan sekolah kita telah berjaya mara sehingga ke peringkat akhir. Pihak sekolah mengucapkan tahniah buat Pasukan Bola Tampar SK Mukah kerana berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut. 

Selain Pertandingan Pidato Diraja, SK SLDB No.1 turut menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah. Nurdiana Abdullah daripada Tahun 5 Mantap B telah mewakili SK Mukah sekali lagi pada tahun ini dalam pertandingan tersebut. Untuk pengetahuan semua, Nurdiana pernah mewakili bahagian Mukah dalam pertandingan Bintang Kecil RTM Peringkat Negeri Sarawak pada tahun lepas.



Nurdiana telah diiringi oleh Cikgu Julita dan jurulatihnya Cikgu Norzelan ke tempat pertandingan. Tahniah buat Nurdiana kerana berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Selain itu, Nordiana turut memenangi hadiah bagi kategori Busana Terbaik dan Persembahan Terbaik. Turut bersama mereka ialah adik Dayangku Fatma daripada Tahun 4 Efisien B yang telah diberi peluang membuat persembahan khas dalam pertandingan tersebut.

Semalam 2 April 2015 telah berlangsung beberapa pertandingan sempena Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian Mukah yang telah diadakan di Dewan Suarah Mukah. Sekolah kita telah terlibat dalam dua penyertaan iaitu Story Telling dan Action Song. 



Shasha dengan pakaian bertema "Sunflower"
Dayangko Bestari atau lebih dikenali dengan nama "Shasha" di SK Mukah telah mewakili sekolah kita dalam Pertandingan Story Telling Peringkat Bahagian ini. Tahniah buat Shasha kerana telah menjadi juara sekali lagi pada tahun ini menewaskan 4 peserta yang lain. Shasha akan mewakili Bahagian Mukah ke Peringkat Negeri.

Cikgu Haryadi dan Cikgu Edmund sebagai Pengacara Majlis


Dalam acara yang menjadi Kebitaraan SK Mukah iaitu Pertandingan Action Song pula, kita terpaksa akur dengan keputusan muktamad juri di mana kita kalah tipis pada pasukan Daerah Dalat dengan memperoleh naib johan dalam pertandingan tersebut.




Pasukan Action Song SK Mukah


Untuk pengetahuan semua, SK Mukah merupakan tuan rumah dalam Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian pada tahun ini. Terima kasih buat semua yang terlibat membantu Panitia Bahasa Inggeris dalam menjayakan Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian pada tahun ini. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan jurulatih yang telah bersungguh-sungguh membuat persediaan dan latihan sebelum menjelangnya hari pertandingan. 

Pada 2 April bertempat di SK Parish, Balingian telah berlangsung Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia Tahap 2 Peringkat Daerah Mukah. Ailin Najwa dari Tahun 4 Efisien A telah mewakili sekolah kita dalam pertandingan tersebut.




Ailin telah diiringi oleh Cikgu Hajeri dan jurulatihnya Cikgu Zubaidah ke tempat pertandingan. Tahniah buat Ailin Najwa kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Untuk pengetahuan semua, peserta yang mendapat tempat tiga teratas akan mewakili Daerah Mukah ke peringkat Bahagian yang akan diadakan di Dewan Suarah pada pertengahan bulan April nanti.

Pada 1 April yang lalu, SK Mukah telah menghantar satu penyertaan dalam Pertandingan Pidato Diraja Sekolah Rendah Peringkat Daerah Mukah bertempat di SK SLDB No.1. Syahmi Faiz daripada Tahun 6 Perkasa A telah mewakili SK Mukah dalam pertandingan tersebut. Syahmi telah diiringi oleh jurulatihnya Cikgu Zullina bt Ramli ke tempat pertandingan.





Tahniah buat Syahmi kerana telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan tersebut. Syahmi akan mewakili Daerah Mukah ke Pertandingan Pidato Diraja Sekolah Rendah Peringkat Bahagian Mukah.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates