Pada 25 Jun yang lalu, telah berlangsung di sekolah kita Penjurian Anugerah Sekolah Cemerlang Kelab Doktor Muda Kategori Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan kali ke-6 2015. Sekolah kita telah didatangi oleh 2 orang juri hakim penilai iaitu En. Zulkifli Manaf, Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki, KPM dan En. Mohd Razif Bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan Kesihatan KPM merangkap Penyelaras Doktor Muda Kebangsaan. Mereka berdua telah diiringi oleh Puan Christy Alexander, Penolong Pengarah Kanan Promosi Kanan dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga merangkap Penyelaras Kelab Doktor Muda Negeri Sarawak.


Kehadiran tetamu kehormat kita disambut dengan paluan kompang daripada Pasukan Kompang Sekolah dan Persembahan Khas "Martial Art" oleh ahli kelab Taekwando SK Mukah. Mereka telah diiringi oleh Guru Besar dan guru-guru penasihat KDM SK Mukah untuk melawat persekitaran SK Mukah.


Mudah-mudahan KDM sekolah kita dibawah pimpinan Cikgu Zullina, Cikgu Razimah dan Cikgu Nasir berjaya dalam penjurian peringkat kebangsaan ini. Terima kasih buat semua guru yang telah memberikan kerjasama secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu guru-guru KDM dan ahli-ahlinya membuat persiapan bagi menghadapi penjurian ini.

Pada 8 Jun yang lalu, telah berlangsung satu perlawanan persahabatan Futsal bawah 12 Tahun anjuran Nebula Amateur Futsal Academy of Sarawak (NAFAS) di antara Pasukan Pilihan bawah 12 Tahun Daerah Mukah dengan Pasukan Kebangsaan Bawah 12 Tahun Australia bertempat di Dewan KPSU Mukah. Pasukan kebangsaan Australia ini sedang menjalani program jelajah mereka di seluruh bahagian Sarawak. Seramai 15 orang pemain bawah 12 Tahun Australia telah mengikuti siri jelajah ini. Mereka merupakan pemain terpilih daripada beberapa buah sekolah di sana hasil daripada Pertandingan Futsal Peringkat Kebangsaan di Australia sebelum ini.

aus-malaysia

3 orang murid sekolah kita amat bertuah kerana mereka merupakan antara barisan pemain pilihan bawah 12 Tahun Daerah Mukah yang berpeluang untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan tersebut. Mereka ialah Abang Izzul Syahmi (6PB), Izaz Rizki (6PA) dan Nicholas Nanang (5MB). Mereka telah diiringi oleh Jurulatih Bola Sepak SK Mukah yang juga bertugas sebagai Jurulatih Bola Sepak Sekolah Rendah Bahagian Mukah iaitu Cikgu Rasyiid ke tempat perlawanan.


Dalam perlawanan tersebut menyaksikan pasukan Australia ini mendominasi kedua-dua perlawanan secara keseluruhannya dengan kemenangan bergaya 9-1 (Perlawanan 1) dan 11-1 (Perlawanan 2) ke atas pasukan Daerah Mukah. Pengalaman yang amat bermakna buat pemain Daerah Mukah sebagai suntikan motivasi dan pemangkin semangat buat mereka bagi meningkatkan prestasi dalam permainan bola sepak selepas ini. Pasukan bawah 12 Tahun Australia pimpinan jurulatih Vasko Grujenvski ini seterusnya akan ke Sibu dan Kuching bagi meneruskan siri jelajah mereka sebelum menghadapi perlawanan sebenar dalam MPR Junior Futsal Cup of Sport Planet di Kuching pada 17 Jun ini.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates