Pada 22 hingga 23 Oktober yang lalu bertempat di SK Mukah telah diadakan Karnival Bahasa Inggeris 2015 anjuran Panitia Bahasa Inggeris SK Mukah. Pelbagai aktiviti telah dipertandingkan dalam karnival tersebut. Antaranya :

1. Pertandingan Scrable
2. Pertandingan Story Telling
3. Pertandingan Poem Recitation
4. Pertandingan Public Speaking
5. Pertandingan Language Games
6. Pertandingan The Voice

Karnival Bahasa Inggeris pada tahun ini berkonsepkan aktiviti "santai-santai" berobjektif mencungkil bakat murid, membina ketrampilan serta keyakinan murid untuk ke pentas pertandingan disamping meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris kepada murid-murid. Paling mendapat perhatian ialah Pertandingan The Voice di mana ianya mendapat respon dan sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Pertandingan The Voice mirip kepada Pertandingan Karaoke di mana para peserta dikehendaki menyampaikan lagu bahasa Inggeris sahaja.

Terima kasih atas sokongan padu pihak pentadbir dan guru-guru serta murid-murid SK Mukah dalam menjayakan "SK Mukah English Language Carnival" pada tahun ini.

Makluman : Gambar akan dimasukkan kemudian. Harap maklum.

Pada 17hb Oktober yang lalu bertempat di SK Mukah telah diadakan Kursus Masakan Rimba dan Pertandingan Chef DeRimba 2015 anjuran Unit Beruniform SK Mukah. Semua murid Tahap 2 terlibat dalam kursus dan pertandingan tersebut. Dalam kursus kali ini, semua ahli dalam unit beruniform didedahkan dengan jenis-jenis dan cara-cara masakan yang sesuai semasa berada di dalam hutan terutamanya apabila melibatkan aktiviti perkhemahan. Dalam pertandingan Chef DeRimba pula, setiap unit beruniform dikehendaki menyediakan masakan rimba bertemakan makanan tengah hari yang meliputi makanan karbohidrat, protein dan pencuci mulut. Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

0800     Pendaftaran Peserta
0830     Ceramah Kursus Masakan Rimba oleh Cikgu Norzelan Kili
1000     Rehat
1030     Pertandingan Chef DeRimba
1200     Penghakiman
1300     Majlis Penangguhan Kursus dan Pertandingan Chef DeRimba
-          Ucapan Alu-Aluan oleh Penyelaras Unit Beruniform,
Ustaz Engku Afizan bin Engku Halim
-          Ucapan Penangguhan oleh Penolong Kanan Kokurikulum,
Cikgu Dayang Rabia’a binti Awang Mohsin
-          Pengumuman Pertandingan Chef DeRimba oleh Ketua Juri,
      Ustaz Mohd Radzi bin Mahmood


Tahniah buat pasukan Puteri Islam kerana telah menjuarai pertandingan Chef DeRimba. Tahniah juga buat semua pasukan yang lain. Suatu pengalaman bermakna dan pembelajaran yang menarik dapat dipelajari melalui kursus dan pertandingan kali ini. Terima kasih atas kerjasama semua pihak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam  menjayakan semua aktiviti unit beruniform pada tahun ini. 

Pada 12 hingga 16 Oktober yang lalu, bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik SK Mukah telah berlangsung gilang gemilang Karnival Bahasa Malaysia anjuran Panitia Bahasa Malaysia SK Mukah dengan tema "Bahasa Memartabatkan Bangsa". Pelbagai pertandingan telah dipertandingkan dalam minggu tersebut. Antaranya ialah :

1. Pertandingan Bercerita
2. Pertandingan Mendeklamasi Sajak
3. Pertandingan Syarahan

Tahun ini menyaksikan penglibatan yang aktif daripada semua kelas berbanding tahun yang lalu di mana setiap kelas telah menghantar beberapa orang wakil dalam semua aktiviti yang dipertandingkan.





Tahniah buat Panitia Bahasa Malaysia atas kejayaan melaksanakan Karnival Bahasa Malaysia pada tahun ini. Terima kasih tidak terhingga atas kerjasama semua guru dan murid dalam menjayakan karnival tersebut. Semua hadiah kepada para pemenang telah disampaikan pada 22 Oktober 2015 dalam perhimpunan pagi oleh Cikgu Marzuki bin Ali Mahamud, Pemangku Guru Besar SK Mukah merangkap PK Pentadbiran SK Mukah. Tahniah buat semua pemenang!



Pada 10 Oktober 2015, bertempat di Dataran Pehin Setiaraja Mukah, telah diadakan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Mukah. Semua guru dan murid SK Mukah telah hadir pada hari tersebut bagi memeriahkan Hari Sukan tersebut bersama dengan pertubuhan-pertubuhan serta jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang lain.

Kejohanan Hari Sukan SK Mukah 2015 telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 6 Oktober hingga 8 Oktober yang lalu. Pelbagai acara telah dipertandingkan. Berikut merupakan tentatif hari sukan pada tahun ini :

6 Oktober Hari Selasa :

Acara Sukaneka Prasekolah
Acara Sukaneka Tahap 1 dan Tahap 2
Acara Lompat Jauh Tahap 1 dan Tahap 2
Acara Lontar Peluru Tahap 1 dan Tahap 2
Acara Lompat Tinggi Tahap 1 dan Tahap 2

7 Oktober Hari Rabu :

Lari 100 meter Tahap 1 dan Tahap 2
Lari 200 meter Tahap 1 dan Tahap 2
Lari 4x100 meter Tahap 1 dan Tahap 2
Lari 4x200 meter Tahap 2
Lari berpagar Tahap 2

8 Oktober Hari Khamis :

Raptai Perbarisan Rumah Sukan
Acara lari 100 meter Sekolah Jemputan
Lari 50 meter Prasekolah
Majlis Penangguhan Hari Sukan

Paling mendapat perhatian murid ialah acara lompat tinggi. Kemeriahannya dirasai apabila semua murid dan guru bertumpu kepada satu-satunya acara ini. Persaingan antara Rumah Sukan dalam acara ini dihangatkan lagi dengan sorakan para penyokong rumah masing-masing. 


Majlis Penangguhan Hari Sukan telah disempurnakan oleh YDP SK Mukah iaitu En.Mohamed Khirul Nizzuan. Saat yang sangat dinantikan oleh semua guru dan murid iaitu pengumuman Juara Rumah Sukan, Olahragawan dan Olahragawati serta Johan Perbarisan Rumah Sukan. Berikut merupakan keputusan pada hari tersebut :

Johan Rumah Sukan : Rumah Hijau
Naib Johan : Rumah Merah
Tempat ke-3 : Rumah Kuning
Tempat ke-4 : Rumah Biru

Olahragawan : Abang Izzul Syahmi bin Abang Djohan (6 Perkasa B)
Olahragawati : Manisa Augustine Lalong (6 Perkasa B)

Johan Perbarisan : Rumah Biru

Ternyata Rumah Hijau masih berbisa dan berjaya mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki pada tahun yang lalu. Paling mengejutkan ialah kebangkitan Rumah Merah yang berjaya melonjak naik ke tempat kedua daripada tempat terakhir pada tahun yang lalu. Terima kasih buat semua yang telah menyumbang masa, tenaga, wang ringgit dan idea dalam menjayakan Kejohanan Hari Sukan pada tahun ini. Kerjasama anda semua kami hargai dengan setinggi ucapan terima kasih. 

Makluman : Gambar-gambar lain akan dimasukkan kemudian. Harap maklum.

Bermula pada hari Rabu hingga Jumaat 30 Sept - 2 Oktober yang lalu, telah berlangsung pelbagai latihan sempena Hari Sukan. Murid-murid SK Mukah dibahagikan kepada 4 rumah sukan iaitu Rumah Hijau, Biru, Kuning dan Merah. Setiap rumah mengadakan latihan berpusat di kawasan-kawasan latihan yang telah disediakan.


Latihan bermula seawal jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Antara latihan yang berlangsung selama 3 hari tersebut ialah latihan lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lari berpagar dan lari 100 meter.



Untuk pengetahuan semua, Kejohanan Hari Sukan Sekolah akan berlangsung pada 6 Oktober hingga 8 Oktober bertempat di Padang SK Mukah. Sama-samalah kita semua memeriahkan hari sukan di SK Mukah pada tahun ini.  

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates