SUKMA XVIII Negeri Sarawak akan dijangka berlangsung pada 22 hingga 31 Julai 2016. Oleh yang demikian, pelbagai persiapan telah dibuat bagi memastikan temasya pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Antara lain, telah diadakan Larian Baton SUKMA XVIII Sarawak bagi tujuan mempromosi acara SUKMA Sarawak yang bakal berlangsung. Larian Baton ini telah berjalan awal bulan ini bermula dari Bahagian Lawas hingga ke Kuching.


Pada 27 Februari yang lalu, Larian Baton ini telah sampai ke Bahagian Mukah. Pelbagai agensi, jabatan, sekolah-sekolah telah dijemput untuk menjayakan larian baton ini. SK Mukah turut tidak ketinggalan menghantar beberapa wakil peserta ke acara tersebut walaupun pada masa yang sama sedang menghadapi Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini.


Beberapa orang murid SK Mukah telah dipilih ke larian baton tersebut. Mereka semua telah diiringi oleh Cikgu Nasir dan Cikgu Hajeri ke venue permulaan larian baton iaitu di Dataran Pehin Setiaraja.

Dari awal 6.30 pagi lagi, ramai orang telah mula membajiri kawasan Dataran Pehin Setiaraja. Larian baton ini telah dirasmikan oleh YB ADUN Balingian Yussibnosh Balo. Larian sejauh 5km ini telah diketuai oleh Bekas Penyerang Skuad Bujang Senang, Peter Kusai sambil ditemani bekas kapten pasukan Sarawak era 80-an, Jamal Wasli dan bekas penjaga gol Sarawak, Aidil Mohamad. Larian baton seterusnya telah diadakan di Dalat pada hari yang sama pada waktu petang.

Tarikh : 18 Februari 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Mukah
Masa : 2.30 petang

Pada 16 Feb yang lalu bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah diadakan Hari Penetapan Target UPSR 2106. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua ibu bapa murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Untuk pengetahuan semua, calon UPSR SK Mukah pada tahun ini adalah seramai 57 orang. Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :




Terima kasih dan tahniah buat semua ibu bapa yang hadir dalam menjayakan Hari Penetapan Target UPSR pada tahun ini. Semoga apa yang kita rancangkan untuk anak-anak kita pada hari tersebut mendapat perkenan daripada Yang Maha Esa. Berdoa dan teruskan berdoa agar semua anak-anak kita berjaya mencapai kecemerlangan dalam UPSR pada tahun ini. Insha Allah...

Pada 5 Februari yang lalu, telah diadakan Ceramah Kesihatan Gigi anjuran Kelab Doktor Muda SK Mukah bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Semua murid Tahap 1 termasuk murid PPKI dan Prasekolah serta murid Tahap 2 terlibat dalam sesi ceramah ini. Ceramah ini telah disampaikan oleh salah seorang Jururawat Bahagian Pergigian Hospital Mukah. Dalam ceramah tersebut, murid telah ditayangkan dengan beberapa slide dan video tentang cara penjagaan gigi yang betul dan akibat tidak menjaga gigi dengan baik.



Sesi ceramah tersebut telah dibahagikan kepada 2 slot iaitu :

1. Slot 1 : Murid PPKI, Prasekolah dan Murid Tahap 1 - 9.15 pagi
2. Slot 2 : Murid Tahap 2 - 10.10 pagi

Pada 4 Februari yang lalu, 6 orang atlet daripada SK Mukah yang telah terpilih mewakili Zon Bandar telah diiringi Cikgu Nasir dan Ustaz Engku Afizan ke Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Mukah yang bertempat di SK Lubuk Bemban. Perjalanan ke sana yang mengambil masa antara 1 jam ke satu jam setengah daripada bandar Mukah merupakan satu cabaran buat semua guru pengiring Zon Bandar apabila terpaksa melalui jalan yang sukar dan berliku untuk sampai ke sana. Untuk pengetahuan semua, SK Lubuk Bemban merupakan salah satu daripada sekolah-sekolah pedalaman di Daerah Mukah.

Jurulatih Zon Bandar
Semua acara olahraga dipertandingkan menerusi kejohanan peringkat Daerah kali ini. Empat Zon berentap merebut gelaran juara keseluruhan. Masing-masing ialah Zon Bandar, Zon Seberang, Zon Balingian dan Zon Ladang. Tahniah buat Zon Balingian kerana telah merangkul johan keseluruhan pada tahun ini. Tempat kedua Zon Ladang, ketiga Zon Bandar dan tempat keempat disandang oleh Zon Seberang. 

Pasukan Zon Bandar
Tahniah juga diucapkan buat dua orang atlet sekolah kita yang telah berjaya menjadi johan dalam acara Lontar Peluru Perempuan iaitu Qiara Amanda dari 6 Perkasa B serta Razmir Irfan juga dari 6 Perkasa B dalam acara Lompat Tinggi Lelaki. Turut mencipta kejayaan ialah Fatin Nurfarahanani dari 6 Perkasa A yang telah memperoleh tempat kedua dalam acara Lompat Tinggi Perempuan dan Ellynie dari 6 Perkasa B yang memperoleh tempat ketiga dalam acara balapan.


Kejohanan Olahraga pada hari tersebut turut dihadiri oleh 2 orang pegawai daripada PPD Mukah iaitu Cikgu Christopher dan Cikgu Kueh daripada Unit Pembangunan Sukan. Qiara dan Irfan akan mara ke peringkat seterusnya di Kejohanan Olahraga Peringkat Bahagian Mukah yang dijadualkan diadakan di Daro pada bulan Mac nanti.

Pada 2 Februari 2016, pemilihan Atlet bagi Zon Bandar telah dilaksanakan di SK Datuk Awang Udin selaku tuan rumah pusat Zon Bandar pada tahun ini. 7 acara telah dipertandingkan iaitu :

1. Lari 100m
2. Lari 200m
3. Lari 4x100m
4. Lari 4x200m
5. Lontar Peluru
6. Lompat Tinggi
7. Lompat Jauh

Antara sekolah yang bertanding dalam Zon Bandar ialah SK Mukah, SK St.Patrick, SK DAU, SK Kg.Petanak, SK Kg.Tellian dan SK Dua Sungai. SK Mukah telah menghantar seramai 21 orang murid terpilih ke pemilihan tersebut. Mereka telah diiringi oleh Cikgu Nasir, Cikgu Izzah, Cikgu Hajeri dan Ustaz Engku Afizan ke tempat pertandingan tersebut.




Tahniah buat SK Mukah kerana 6 orang murid kita telah berjaya terpilih mewakili Zon Bandar untuk ke peringkat seterusnya iaitu Peringkat Daerah Mukah yang akan diadakan bertempat di SK Lubuk Bemban, Mukah. Mereka ialah :

1. Wardah Musfirah (4EA) - Lari 4x100m Perempuan
2. Ellynie (6PB) - Lari 4x200m Perempuan
3. Qiara (6PB) - Lontar Peluru Perempuan
4. Justin (6PA) - Lontar Peluru Lelaki
5. Razmir Irfan (6PB) - Lompat Tinggi Lelaki
6. Fatin Nurfarahanani (6PA) - Lompat Tinggi Perempuan

Untuk pengetahuan semua, tuan rumah bagi pemilihan atlet di Peringkat Daerah Mukah pada tahun ini diserah kepada Zon Ladang.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates