Pada 26 Ogos yang lalu bertempat di Dataran Gemilang SK Mukah telah diadakan Hari Kantin PPKI SK Mukah. Pelbagai juadah dan minuman dijual pada hari tersebut bermula pada jam 8.30 pagi hingga 11.40 pagi. 



Sambutan yang amat menggalakkan daripada guru-guru dan murid-murid SK Mukah tanda sokongan terhadap Hari Kantin yang diadakan buat julung-julung kalinya di sini. Turut memberi sokongan, pihak luar seperti ibu bapa murid dan guru-guru SK Kg.Tellian yang turut sama membeli sambil beramal pada hari tersebut.



Untuk pengetahuan semua, beberapa peratus keuntungan hasil jualan pada hari tersebut akan disumbangkan kepada murid-murid PPKI bagi menampung keperluan dan kebajikan mereka sepanjang keberadaan mereka di SK Mukah.   

Pada 18 Ogos yang lalu, PPKI SK Mukah telah mengadakan lawatan ke Pejabat Residen Bahagian Mukah yang terletak di Bangunan Pehin Setiaraja Mukah. Lawatan sambil belajar ini turut diiringi oleh barisan pentadbir SK Mukah termasuk Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin Bin Kaderi.





Pihak sekolah mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas kesudian pihak Pejabat Residen Mukah menerima lawatan serta menjaga kebajikan kami sepanjang keberadaan kami di sana.

Pada 5 Ogos yang lalu, bertempat di Dewan Suarah Mukah telah diadakan Majlis Khatam al-Quran dan Pertandingan Kalam Jama'ie Peringkat Negeri Sarawak. Sebanyak lima bahagian sahaja menghantar wakil berikutan kos dan masa yang tidak mengizinkan bahagian-bahagian lain untuk turut serta. Mereka ialah kontijen dari Kuching, Samarahan, Sibu, Mukah dan Bintulu. Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis tersebut ialah Adun N.58 Balingian YB Encik Abdul Yakub bin Haji Arbi dan Penolong Ketua Pengarah JPNS Ustaz Jaafar bin Bedul.

Untuk pengetahuan semua, Bahagian Mukah telah diberi kepercayaan oleh pihak JPNS pada tahun ini untuk menjadi tuan rumah mengelolakan Majlis Khatam al-Quran dan Pertandingan Kalam Jama'ie Peringkat Negeri pada tahun ini. Sebanyak 28 buah sekolah di Daerah Mukah terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. SK Mukah telah diberi kepercayaan oleh PPD Mukah untuk bertugas di bahagian Jawatankuasa Sambutan. Turut membantu jawatankuasa sambutan ialah ahli-ahli Majlis Guru Besar Daerah Mukah.

Tahniah buat pasukan Kalam Jama'ie SK Mukah kerana telah berjaya menjadi Naib Johan dalam pertandingan tersebut. SK Agama Samarahan telah berjaya dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan tersebut dan akan melangkah ke peringkat seterusnya iaitu Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Pahang Darul Makmur.

Makluman : Gambar akan dimasukkan kemudian.


  


Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates