Alhamdulillah...

Majis Perasmian ZOOMERS KDM & Sambutan Minggu Sihat DM Peringkat Negeri Sarawak 2016 telah selesai sepertimana dirancang. 



Majlis tersebut talah diadakan pada Sabtu, 15 Oktober 2016. Bertempat di SK Mukah. Dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Mukah, SK Datuk Awang Udin, SK Dua Sungai, SK St Patrick, SK Kampung Seberang dan juga SMK Mukah. Guru-guru dan juga murid-murid telah memberi komitmen yang begitu padu bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan Pembentangan I oleh Puan Christy Alexander ( Penolong Pengarah Kanan [Promosi] JKN Sarawak ), Pembentangan II oleh Encik Mohd Iskandar Bin Zain ( Pegawai Unit Kokurikulum, JPN Sarawak ), Sesi Perkongsian Pengalaman Guru Penasihat KDM SK oleh Cikgu Zullina Bt Ramli ( SK Mukah ) dan Sesi Perkongsian Pengalaman Guru Penasihat KDM SMK oleh Cikgu Ajibah Bt Dolhan ( SMK [A] SHAOW, Kuching ).

Puan Zaraina Binti Sahari ( Pegawai Tadbir, Seksyen Sosial Pejabat Residen Mukah ) mewakili Residen Bahagian Mukah telah menyempurnakan majlis tersebut. 




Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan lompat tali dari kumpulan kecergasan KDM SK Mukah. Seramai 9 orang ahli telah menunjukkan bakat masing-masing dalam pelbagai disiplin dan kemahiran lompat tali yang telah dipelajari oleh mereka.

Selain itu, ZOOMERS KDM 2016 juga mengadakan booth pameran hasil aktiviti sepanjang tahun KDM daripada SK Mukah, SK Datuk Awang Udin, SK Dua Sungai, SK St Patrick, SK kampung Seberang dan juga SMK Mukah.

Pada majlis tersebut juga, KDM Pendidikan Khas SK Mukah turut dilancarkan secara rasmi dan merupakan KDM Pendidikan Khas yang kedua di Sarawak dan yang pertama di Bahagian Mukah. Paling membanggakan apabila SK Mukah dan SK Agama Ibnu Khaldun Samarahan telah diumumkan sebagai Pusat Kecemerlangan Kelab Doktor muda (KDM) Negeri Sarawak. Ini bermakna sekolah kita dan SK Agama Ibnu Khaldun akan menjadi pusat rujukan utama bagi semua Kelab Doktor Muda khususnya di Negeri Sarawak ini.





Objektif Umum ZOOMERS
Untuk mempromosikan KDM kepada sekolah rendah dan sekolah menengah yang belum menubuhkan kelab ini.

Objektif Khusus
- Meningkatkan bilangan sekolah DM.
- Meningkatkan keahlian KDM.
- Mengukuhkan kerjasama pintar di antara KKM dan KPM.
- Menarik penglibatan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, swasta, NGO dan PIBG.
- Meningkatkan rasa kepunyaan KPM terhadap program DM.

Terima kasih buat semua warga sekolah yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan kelancaran majlis pada hari tersebut. Tahniah buat semua!

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates