CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN

26 November 2016 hingga 2 Januari 2017

HARI PENDAFTARAN SESI 2017

30 Disember 2016 (Jumaat)

Image result for cuti sekolah

Pada 24 November 2016, telah berlangsung Majlis Graduasi Mini kesinambungan daripada Majlis Graduasi 2016 yang telah diadakan baru-baru ini. Pelbagai hadiah, anugerah dan sijil diberikan kepada murid-murid pada hari tersebut. Antaranya sijil Pengawas dan Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas dan hadiah pertandingan-pertandingan anjuran pelbagai panitia.

Paling mencuri perhatian pada hari tersebut ialah Majlis Graduasi j-Qaf di mana semua murid tahun 6 diberikan sijil pencapaian mereka dalam bidang Al-Quran, Amali Solat dan Pelajaran Jawi. Majlis penyerahan sijil tersebut telah disempurnakan oleh Cikgu Burhanuddin Bin Kaderi, Guru Besar SK Mukah diiringi oleh Ustaz Mohd Radzi selaku Penyelaras Program j-Qaf SK Mukah.




Tahniah buat semua yang berjaya mendapat hadiah serta sijil penghargaan dan pencapaian pada hari tersebut.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih buat guru-guru kelas Prasekolah dan Tahun 6 kerana telah menjemput warga SK Mukah ke jamuan akhir tahun kelas mereka.

22 November 2106 : Jamuan Prasekolah Harapan B




23 November 2016 (Pagi) : Jamuan Prasekolah Harapan A



23 November 2016 (petang) : Jamuan Kelas Tahun 6 di KFC






Pada 23 November yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat SK Mukah, telah diadakan sesi taklimat kelas Dual Language Program (DLP) yang melibatkan semua ibu bapa murid tahun 3/2016. Taklimat tersebut telah dipegerusikan oleh Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin Bin Kederi dengan dibantu oleh barisan penolong kanan dan guru kelas tahun 4 bagi sesi 2017 tahun hadapan.


Taklimat tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada ibu bapa pelaksanaan kelas DLP kepada anak-anak mereka pada persekolahan sesi 2017. Selain itu juga, tinjauan kelayakan anak-anak mereka menyertai DLP serta persetujuan ibu bapa turut dijalankan semasa sesi taklimat tersebut.


Untuk pengetahuan semua, DLP merupakan program Kementerian Pendidikan Malaysia dengan peruntukan sebanyak 38.5 juta yang mana telah mula dilaksanakan pada awal tahun 2016 melibatkan murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1. Program ini dilaksanakan sejajar dengan usaha untuk mengukuhkan Bahasa Inggeris dibawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Setakat ini, ia dilakukan secara pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibu bapa dan guru besar serta kesediaan sekolah untuk melaksanakannya.


Program ini melibatkan 2 subjek iaitu Sains dan Matematik. Murid yang terlibat dalam kelas DLP akan diajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya termasuklah apabila menduduki ujian dan sebagainya.

Jam 10.30 pagi menyaksikan ruang legar Dataran Gemilang SK Mukah dipenuhi para ibu bapa, guru dan semua murid Tahun 6. Masing-masing tidak sabar untuk mengetahui keputusan UPSR yang bakal diumumkan Guru Besar. Tepukan gemuruh berkumandang apabila semua murid ternampak kelibat Cikgu Burhanuddin Bin Kaderi, Guru Besar SK Mukah mula menuruni tangga dari pejabat menuju ke pentas utama.




Turut hadir ialah YDP PIBG, En. Khirul Nizzuan Bin Hamzah dan beberapa orang exco PIBG untuk sama-sama melihat kejayaan yang bakal diraih oleh murid Tahun 6 dan SK Mukah.





Tahniah buat Nesrinna Nabihah Fitriah Binti Mohamad Fadeli dan Fatin Nurfarahanani Binti Zulhelmi masing-masing dari Tahun 6 Perkasa A kerana telah memperoleh kejayaan cemerlang dalam UPSR 2016 dengan keputusan 5A 1B. Turut meraikan keputusan cemerlang pada hari tersebut ialah Desmond Sua Anak Tony (6 Perkasa B) dengan kepusan 4A 1B 1C dan Justin Daniels Manuchihr Smith (6 Perkasa A) dengan keputusan 4A 2B. Selain mereka, 4 orang telah mendapat keputusan 3A. Mereka ialah Hana Khalila Binti Hasbi (6 Perkasa A), Nur Laila Syazwani Binti Hamdan (6 Perkasa A), Nurhumaizatul Najwa Binti Ismail (6 Perkasa B) dan Qiara Amanda Brinjah Anak Mathew (6 Perkasa B). Tahniah juga buat Cikgu Cianra atas pencapaian beliau memperoleh 100% murid lulus bagi matapelajaran Sains. 




Bagi murid-murid lain yang kurang berjaya, jangan putus asa. Kejayaan milik setiap insan. Usaha lagi di masa-masa akan datang dalam peperiksaan umum yang bakal menjelang. 

Pada 15 November yang lalu bertempat di Dataran Gemilang SK Mukah telah diadakan Hari Graduasi 2016. Antara tetamu kehormat yang hadir pada hari tersebut ialah Mantan Guru Besar SK Mukah, Cikgu Abdul Wahit Bin Mohamad Etli dan Mantan Penolong Kanan HEM, Cikgu Fatimah Binti Drahman. Ketibaan mereka telah disambut gilang gemilang oleh warga SK Mukah dengan iringan pasukan berpakaian tradisional masyarakat kaum Iban. Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

8.00 pagi

Ketibaan tetamu jemputan
Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
Bacaan Doa oleh Ustaz Engku Afizan Bin Engku Halim
Ucapan Alu-Aluan Guru Besar, Cikgu Burhanuddin Bin Kaderi
Ucapan Tetamu Kehormat, Cikgu Abdul Wahit Bin Mohamad Etli
Penyampaian Sijil Graduasi Prasekolah
Persembahan Khas oleh murid-murid PPKI
Penyampaian Hadiah
- Akademik Terbaik
Persembahan Role Play Memberus Gigi oleh murid-murid Prasekolah
Penyampaian Sijil Graduasi Tahun 6
Persembahan Tarian Ngajat Tampi
Penyampaian Hadiah Khas
- Anugerah Murid Terbaik PPKI
- Anugerah Murid Terbaik Perdana
- Anugerah Murid Terbaik Kokurikulum
Penyampaian Cenderamata kepada tetamu kehormat
Ucapan Wakil Murid oleh Ketua Pengawas SK Mukah, Nesrina Nabihah Fitriah
Majlis Bersurai












Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus membantu dalam menjayakan Hari Graduasi 2016 pada tahun ini.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates