Sambutan Hari Guru di SK Mukah pada tahun ini agak sederhana memandangkan ramai guru bertugas diluar kawasan pada tarikh keramat 16 Mei semalam. Dengan bertemakan Pakaian Tradisional, tiga pakaian tradisional yang dipakai guru dan AKP menjadi tumpuan murid-murid iaitu Pakaian Tradisional Kaum Melanau, Pakaian Suku Kaum Iban dan Pakaian Tradisional Kaum India.

Berikut merupakan tentatif Sambutan Hari Guru yang telah dilaksanakan di SK Mukah : 

0830

Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
Bacaan Doa oleh Asfa Danish bin Syafie dari Tahun 6 Perkasa A
Ucapan Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi
Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia
Lafaz ikrar Hari Guru - Dipimpin oleh Ustaz Mohd Radzi
Persembahan Koir Hari Guru
Acara memotong kek Hari Guru
Persembahan Murid :

  • Persembahan Pasukan Jari Jemari
  • Persembahan Pasukan Pewaris
  • Persembahan Prasekolah Harapan B
Jamuan Hari Guru
  • Ucapan Guru Besar
  • Ucapan Perpisahan Cikgu Fauzidah binti Huri
  • Bacaan Doa
  • Jamuan
  • Majlis Pertukaran Hadiah Hari Guru

1240

Bersurai





Pada 7hb Mei, SK Mukah telah dilawati oleh Pasukan Futsal Australia Bawah 12 Tahun. Turut sama hadir ialah pegawai dan jurulatih futsal dari Nebulae Amateur Futsal Academy of Sarawak (NAFAS).

Pasukan Futsal Australia bersama jurulatih-jurulatih mereka telah disambut dengan paluan kompang oleh Pasukan Kompang Selawat SK Mukah dan telah diiring oleh Guru Besar dan barisan penolong kanan ke Dataran Gemilang SK Mukah.

Berikut merupakan tentatif program lawatan mereka pada hari tesebut :

1000 
Ketibaan Pasukan Futsal Australia
Latihan Futsal bersama Jurulatih NAFAS
Lawatan ke beberapa buah kelas termasuk Prasekolah dan PPKI
Ucapan Alu-aluan Guru Besar, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi
Ucapan oleh pengurus pasukan Futsal Australia
Jamuan
Persembahan Pasukan Jari Jemari SK Mukah
Persembahan Kumpulan Pewaris SK Mukah
Persembahan Bermukun













Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates