- Pembacaan perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia
- Pembacaan perutusan dari Pengarah Pelajaran Malaysia
- Pembacaan perutusan dari Pengarah Pelajaran Sarawak
- Persembahan Koir oleh guru-guru SK Mukah
- Persembahan Murid (Actions Songs dan Rekoder Ensemble)
- Persembahan Murid (Lagu Terima Kasih Cikgu)
- Penyampaian hadiah kepada guru-guru SK Mukah
- Upacara memotong kek Hari Guru
- Jamuan Hari Guru
Pada 11hb Mei yang lalu, SK Mukah telah menganjurkan pertandingan mencipta kad ucapan sempena Hari Guru. Pertandingan ini telah berlangsung di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Semua murid dari tahun 1 hingga 6 terlibat dalam pertandingan tersebut. Kad ucapan paling cantik dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Selain daripada itu, bancian untuk gelaran "Guru Paling Popular" juga dibuat melalui nama guru paling banyak ditulis pada kad ucapan.
Pada 26 April 2010 yang lalu, SK Mukah telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri Pertama yang melibatkan murid-murid tahap 1 dan 2. Seramai 7 orang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam dan J-QAF SK Mukah serta beberapa orang murid tahun 5 telah terlibat dalam menjayakan kem ini. Mereka ialah Ustaz Radzi, Ustaz Engku Afizan, Ustazah Fadzariah, Ustazah Saodah, Ustazah Norwani, adik Dayang Athirah dan adik Hazirah Watikah. Untuk pengetahuan semua, murid tahun 6 tidak terlibat dalam kem ini. Kem ini berlangsung selama 2 hari yang mana pada hari pertama 26 April 2010 hanya melibatkan tahap 1 sahaja dan pada hari berikutnya 27 April 2010 untuk tahap 2.
Untuk siri pertama kem tahun ini, murid tahap 1 telah didedahkan tentang hal-hal berkaitan ibadat seperti wudhuk, niat solat fardhu dan bacaan-bacaan dalam solat. Untuk tahap 2 pula, mereka telah mempelajari syarat-syarat wajib dan sah solat serta tatacara mengerjakan solat berjema'ah. Pendedahan ilmu kepada murid melibatkan teori dan praktikal. Kem Bestari Solat ini telah bermula seawal jam 2.30 petang dan berakhir pada 5.30 petang.