SEJARAH SK MUKAH


Sekolah Kebangsaan Mukah mula dibina pada 16 Ogos 1999. Kos pembinaan bagi projek ini berjumlah RM11,816,648.93. Agensi pelaksana projek ini adalah Triomac Engineering Sdn Bhd dan kontraktor pembinaan adalah Sarahon Construction Sdn Bhd. Sekolah ini berkongsi tapak dengan SMK Mukah merangkumi kawasan seluas 16.19 hektar (40 ekar). Skop projek SK Mukah ini adalah terdiri daripada 1 blok pentadbiran, 24 bilik darjah dan lain-lain kemudahan akademik, 1 kantin, 24 unit rumah guru dan gelanggang serbaguna serta sebuah dataran perhimpunan.

Pada 18hb September 2001 Selasa jam 2.00 petang, pembukaan rasmi SK Mukah oleh YAB Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir bersama ialah YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Majlis Penyerahan Kunci Bangunan SK Mukah kepada En.Bujang Haji Hanafi, Pegawai Pelajaran Daerah Mukah oleh kontraktor pembinaan Sarahon Construction Sdn Bhd. telah berlangsung pada 2hb Mei 2002.

Pada 6hb Mei 2002, Mesyuarat Staf Pertama telah diadakan di SK Mukah. Mesyuarat telah dihadiri oleh Penolong Pegawai Pelajaran Bahagian Sibu dan En.Bujang Haji Hanafi, Pegawai Pelajaran Daerah Mukah. 

Pada 20hb Mei 2002 pula, SK Mukah telah mengadakan hari terbuka bagi memperkenalkan kewujudan sekolah baru ini.

SK Mukah mula beroperasi pada 3hb Jun 2002 dengan keadaan kekurangan staf.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah ditubuhkan pada 27 Januari 2007 dengan dirasmikan oleh Encik Melek Bin Arbi, Ketua Unit Kokurikulum mewakili Pegawai Pelajaran Gabungan Mukah. 

PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah :
Sekolah Kebangsaan Mukah

Tarikh Penubuhan :
16 Ogos 1999

Kod Sekolah :
YBA3400

Alamat :
SK Mukah, Jalan Service Centre, 96400 Mukah, Sarawak.


No. Telefon :
084-871161

No. Fax :
084-873512

E-mail :
skmukah@yahoo.com

SENARAI GURU BESAR

1. Burhanuddin bin Kaderi - Pemangku Guru Besar (Tahun 2002 - 2003)

2. Noromi bin Hashim (Tahun 2003 - 2005)

3. Ramlah binti Saberi (Tahun 2006 - 2011) 

4. Abdul Wahit Bin Mohamad Etli (Tahun 2012 - 2015)

5.  Burhanuddin bin Kaderi  ( Tahun 2016 hingga sekarang)



0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates