Pada 19hb Mei yang lalu, telah diadakan satu ceramah Motivasi Kesedaran yang telah disampaikan oleh En.Roslan, seorang pesara guru yang penuh dengan pengalaman hidup. Beliau berasal dari Bagan Datoh, Perak. SK Mukah amat-amat bertuah kerana En.Roslan atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lang sudi memberikan motivasi ini tanpa bayaran sesen pun. Bagi Pak Lang, kesedaran dan kejayaan anak2 adalah yang paling utama.



Ceramah tersebut bermula seawal jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Ceramah banyak memberi tumpuan terhadap kesedaran murid untuk bersedia dalam menghadapi peperiksaan yang bakal mendatang khususnya bagi Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.


SK Mukah mengucapkan jutaan terima kasih buat Pak Lang atas kesudiannya mengunjungi SK Mukah dan memberikan motivasi yang menarik buat para pelajar di SK Mukah ini. 

Pada Jumaat dan Sabtu yang lalu bersamaan 13hb Mei dan 14hb Mei 2011, telah berlangsung Program Kem Bestari Solat 1 dan 2 yang telah dijalankan secara serentak bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Kem kali ini melibatkan semua murid beragama Islam bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6.





Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan mengikut tahun masing-masing dengan diketuai oleh seorang fasilitator yang telah dilantik dikalangan Panitia Pendidikan Islam SK Mukah dan Guru KAFA.




Antara pengisian dalam Kem Bestari Solat kali ini ialah :

1. Wudhuk
2.  Syarat wajib dan sah solat
3. Rukun Solat
4. Perkara-perkara sunat dalam solat.
5. Azan dan Iqamah
6. Makmum Muafik dan Makmum Masbuk





Tahniah buat semua Fasilitator kerana berjaya melaksanakan KBS Siri 1 dan 2 ini dengan jayanya.

Pada 16 Mei 2011, jam 8.00 pagi telah diadakan Sambutan Hari Guru peringkat SK Mukah bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis ialah beberapa orang guru daripada PPD dan para ibu bapa.



Majlis telah diacarakan oleh Ignatius dan Adilla Nabila dari Tahun 5 Mantap B. Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

Ucapan Guru Besar SK Mukah
Ucapan wakil Pegawai Pelajaran Daerah
Ucapan YDP PIBG
Pembacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia
Pembacaan Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia
Ikrar dan Koir Guru
Persembahan Khas oleh Guru Besar SK Mukah
Persembahan Murid
Pengumuman Guru Paling Popular
Acara Memotong Kek Hari Guru
Jamuan



Begitulah serba sedikit atur cara program pada hari tersebut. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ramlah kerana sudi membuat persembahan khas buat kami semua sempena meraikan Hari Guru pada kali ini. Tahniah buat pasukan nasyid sekolah kerana telah menyampaikan lagu "Engkaulah Guruku Yang Tercinta" dengan baik dan penuh penghayatan.


Buat Cikgu Sarinie Dora, kami semua para guru mengucapkan tahniah kepada anda kerana telah berjaya dinobatkan sebagai Guru Paling Popular pada tahun ini. Pepatah Melayu ada berkata, "Kecil-kecil Cili Api"

Semoga Hari Guru pada kali ini membawa makna buat kita semua sebagai "Penjana Transformasi Pendidikan Negara"


KAMI GURU-GURU DI SK MUKAH MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU BUAT SELURUH WARGA PENDIDIK DI MALAYSIA KHUSUSNYA YANG BERADA DI DAERAH MUKAH YANG TERCINTA INI...

Semoga semangat dan keyakinan kita untuk berjuang menyampaikan ilmu tidak pernah pudar. Ingatlah bahawa kita semua adalah "PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Pada 5 Mei 2011 iaitu Khamis yang lalu, pasukan Action Songs Sekolah Kebangsaan Mukah telah menjadi johan pada pertandingan Action Songs bagi peringkat Bahagian Mukah dan Daerah Dalat. TAHNIAH!!!


Pasukan ini akan meneruskan perjuangan bagi peringkat negeri Sarawak di Betong bertarikh 19 Mei 2011.
SELAMAT BERJUANG!!!

Pada 4hb hingga 6hb Mei yang lalu, Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan bertempat di Politeknik Mukah. Tahniah buat Daerah Mukah kerana telah dipilih menjadi tuan rumah bagi pertandingan MTQ Peringkat Negeri pada kali ini.



Bagi melancarkan majlis tersebut, pihak PPD Mukah telah membahagikan kerja-kerja pengurusan kepada setiap sekolah yang bernaung di bawah PPD Mukah. SK Mukah telah diberi kepercayaan penuh untuk menguruskan bahagian protokol majlis.


Berikut merupakan jadual pertandingan MTQ 2011 yang berlangsung :

Rabu :

Tilawah al-Quran (LELAKI)  - Sekolah Rendah dan Menengah
Hafazan Sekolah Rendah
Bercerita Sekolah Rendah
Nasyid Sekolah Rendah

Khamis :

Tilawah al-Quran (PEREMPUAN) - Sekolah Rendah dan Menengah
Hafazan Sekolah Menengah
Syarahan Sekolah Menengah
Nasyid Sekolah Menengah

Jumaat :

Majlis Penangguhan MTQ 2011 Peringkat Negeri Sarawak oleh YB Fatimah, Wakil Rakyat DUN50 Dalat.


Tahniah buat Pasukan Nasyid SK Datuk Awang Udin yang mewakili Bahagian Mukah kerana satu-satunya wakil Mukah yang berjaya membawa balik pingat kemenangan buat Bahagian Mukah. Mereka telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan nasyid. Tahniah diucapkan.

Bagi peserta-peserta yang mewakili bahagian Mukah yang lainnya, kalah bukan bererti kalah selama-lamanya. Jangan putus asa! Anda semua boleh cuba lagi di masa-masa yang akan datang...

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates