Bagi memperingati peristiwa Israk Mikraj, Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengadakan program ceramah bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik pada hari Jumaat yang lalu. Antara hadirin yang hadir dalam ceramah tersebut ialah guru-guru Islam dan murid-murid KAFA Tahun 2 hingga Tahun 6. 



Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Engku Afizan dan disusuli dengan soalan kuiz untuk murid yang telah dipengerusikan oleh Ustazah Saudah. Dalam ceramah selama satu jam tersebut, pendedahan tentang akibat meninggalkan solat banyak diketengahkan. Ini kerana solat merupakan tiang agama dan menjadi amalan pertama yang dihitung Allah di akhirat kelak.

Tahniah buat semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program pada petang tersebut.

Tahniah kepada semua guru yang telah menyambut hari lahir masing-masing pada bulan Januari hingga bulan Jun. Majlis penyampaian hadiah kepada guru-guru tersebut telah dijalankan pada hari Khamis yang lalu bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik SK Mukah.



Antara guru-guru yang menerima hadiah pada hari tersebut ialah :

1.   Cikgu Angela
2.   Cikgu Ahmad
3.   Cikgu Fauzidah
4.   Cikgu Cianra
5.   Cikgu Fatimah
6.   Cikgu Zullina
7.   Cikgu Fazariah
8.   Cikgu Hadiah
9.   Ustazah Norwani
10. Ustazah Liyana
11. Cikgu Jaiton
12. Cikgu Winny
13. Cikgu Ruzaimah
14. Ustazah Saidah
15. Cikgu Zainurin
16. Cikgu Azlina

p/s : Bagi nama-nama guru yang tidak dipaparkan di sini, boleh maklumkan diruang chat. Harap maklum.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates