Pada 27 Januari yang lalu, SK Mukah telah dilawati oleh pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Cawangan Negeri Sarawak. Turut hadir Pesuruhjaya SUHAKAM Negeri Sarawak iaitu En.Francis Johen Adam. Menurutnya, mereka dalam lawatan kerja ke beberapa sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas integrasi di Sarawak untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran Orang Kurang Upaya (OKU) yang diamal dan dipraktikkan di sekolah.


Kehadiran mereka telah disambut mesra oleh semua barisan pentadbir SK Mukah, wakil-wakil PPD Daerah Mukah dan guru-guru dari kelas PPKI SK Mukah. Guru PPKI SK Mukah telah menyediakan beberapa slot program atas lawatan tersebut. Berikut merupakan program-program yang telah disusun sepanjang lawatan tersebut :

- Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi.
- Perbentangan PdP dan Aktiviti Tahunan Kelas PPKI 
- Ucapan Pesuruhjaya SUHAKAM Sarawak, En.Francis Johen Adam
- Sesi Fotografi
- Lawatan ke Kelas PPKI SK Mukah
- Penyampaian Cenderahati kepada semua pelawat
- Jamuan


Pihak SK Mukah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana sudi meluangkan masa melawati SK Mukah khususnya kelas PPKI SK Mukah. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan slot-slot yang telah dirancang didahului dengan ucapan terima kasih tidak terhingga.

Pada 27 Januari yang lalu bertempat di SJK(C) Chong Boon telah berlangsung Pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah Mukah. 3 buah sekolah telah meyertai pertandingan ini iaitu SJK(C) Chong Boon, SK Mukah dan SLDB No.3. Masing-masing membawa dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan.


Ustaz Mohd Radzi bersama Cikgu Edmund selaku jurulatih telah mengiringi pasukan bola tampar sekolah kita ke sana. Sekolah kita telah diwakili oleh :

Pasukan Lelaki
1. Justin (6PA)
2. Mohd Hakimie (6PA)
3. Nicholas Nanang (6PB)
4. Bennyson Putit (6PB)
5. Muhammad Zaki (6PB)
6. Akmal Salihin (6PB)
7. Firdaus Izwan (6PB)

Pasukan Perempuan
1. Nur Laila Syazwani (6PA)
2. Fatin Farahanani (6PA)
3. Batrisyia (6PA)
4. Qiara (6PB)
5. Cynthia (6PB)
6. Evalynie (6PB)
7. Julita Aisyah (5MA)

Berikut merupakan keputusan pertandingan :

Kategori Lelaki :
Johan - SJK(C) Chong Boon
Naib Johan - SK Mukah
Ketiga - SLDB No.3

Kategori Perempuan :
Johan - SJK(C) Chong Boon
Naib Johan : SLDB No.3
Ketiga : SK Mukah


Tahniah buat jurulatih dan semua peserta atas kejayaan yang dicapai. Fly Kenyalang Fly!

Pada 22 Januari yang lalu bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penangguhan Program Transisi Tahun 1 2016. Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

8.00 pagi    Ketibaan para ibu bapa murid Tahun 1
                   Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
                   Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Radzi bin Mahmood
                   Ucapan Guru Besar, Cikgu Buhanuddin bin Kaderi
                   Tayangan Slide aktiviti Transisi Murid Tahun 1
                   Persembahan khas daripada murid Tahun 1
                   Majlis penyampaian hadiah
                   Jamuan Ringan
11.30          Majlis Bersurai


Dengan bertemakan "Minda Cerdas, Mata Bercahaya" diharapkan semua murid Tahun 1 tahun ini dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran dan pembelajaran di SK Mukah seterusnya dapat menyerlahkan potensi diri dalam menempa kejayaan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang akademik mahupun kokurikulum. Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari tersebut.

Pada pagi 21 Januari 2016 yang lalu bertempat di Dewan KPSU Mukah telah berlangsung Pertandingan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Mukah. Pertandingan ini melibatkan 16 pasukan dari beberapa buah sekolah. Antaranya SK Mukah, SLDB 1, SK Kg.Seberang, SK Datuk Awang Udin, SK Dua Sungai, SK Sg.Duan, SK Kg.Jebungan, SK Sg.Penipah, SK Kg.Tellian dan SK Kg.Petanak.



SK Mukah telah menghantar 2 pasukan iaitu SK Mukah A yang diwakili oleh Harith Faid (6PB), Nicholas Nanang (6PB), Mohd Hakimie (6PA) dan Fardiman (6PA) dan SK Mukah B yang dibarisi oleh Bennyson Putit (6PB), Justin (6PA), Mohd Aizat (5MA) dan Millton Wyane (5MA). Mereka semua telah diiringi oleh Ustaz Mohd Radzi dan Cikgu Hajeri merangkap jurulatih dan guru pengiring ke tempat pertandingan.


Pasukan SK Mukah B kandas ke suku akhir manakala pasukan SK Mukah A berjaya mara ke peringkat akhir menentang SLDB 1 A. Perlawanan sengit di antara kedua-dua pasukan menyebabkan perlawanan diheret ke set ketiga di mana menyaksikan SK Mukah terpaksa akur dengan gelaran naib johan apabila tewas kepada pasukan lawan.

Walaubagaimanapun, kita bersyukur apabila pasukan SK Mukah A turut layak ke peringkat seterusnya (Peringkat Bahagian) bersama-sama johan peringkat daerah. Selain itu, kita juga turut berbangga kerana Harith Faid dari pasukan SK Mukah A telah dinobatkan sebagai pemain terbaik keseluruhan pada aksi peringkat daerah ini. 




Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh En.Kueh daripada Unit Sukan PPD Mukah. Tahniah buat semua yang berjaya.

Pada 20 Januari 2016 bertempat di SK Sg.Liuk telah berlangsung Acara Merentas Desa Peringkat Daerah Mukah. Semua sekolah di Daerah Mukah telah menghantar wakil peserta ke acara tersebut. SK Mukah telah menghantar 6 orang murid ke acara tersebut. Mereka ialah :

1. Fatin Nurfarahanani (6PA)
2. Fadzil Eqim (6PA)
3. Razmir Irfan (6PB)
4. Dayang Najwa Fatiha (6PB)
5. Ellynie (6PB)
6. Mohd Hafiz (PPKI)




Mereka semua telah diiringi oleh Cikgu Nasir dan Cikgu Izzah ke tempat merentas desa. Tahniah buat semua yang terlibat dalam acara merentas desa pada tahun ini. Turut hadir ke majlis penutup acara tersebut ialah Guru Besar SK Mukah sendiri merangkap Pengerusi Majlis Guru-guru Besar Daerah Mukah, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi.


Pada 19 Januari 2016 yang lalu, bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah diadakan Majlis Doa Selamat dan Majlis Jasamu Dikenang sempena perpindahan 3 orang staf SK Mukah iaitu Cikgu Marzuki, Cikgu Haryadi dan Cik Nurul Hijjah. Majlis telah dipengerusikan oleh Ustazah Salmy binti Morshidi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP PIBG SK Mukah iaitu Cikgu Khirul Nizzuan bin Hamzah. Berikut merupakan rentetan perjalanan majlis pada petang tersebut :

3.00 petang :

Ucapan Alu-aluan Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi.

Ucapan daripada mereka yang diraikan.
 - Cikgu Marzuki berpindah ke SK Dua Sungai
 - Cikgu Haryadi berpindah ke SABK Mukah
 - Cik Nurul Hijjah berpindah ke SK Kuala Balingian (Tidak Hadir)

Penyampaian Cenderamata Tanda Ingatan kepada yang diraikan.

Bacaan Doa Selamat oleh Ustaz Mohd Radzi.

Jamuan




4.30 petang :  Majlis bersurai

Terima kasih buat semua guru dan aks yang hadir bagi memeriahkan majlis pada petang tersebut. Terima kasih juga kepada individu-individu yang turut menyumbang makanan serta minuman tambahan dalam jamuan yang telah disediakan. Kami di SK Mukah mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Selamat Bertugas buat semua staf yang berpindah ke stesen baru. Segala yang indah dan baik di SK Mukah jadikanlah ia sebagai kenangan dan panduan. Segala yang buruk dan tidak baik biarlah ia berlalu pergi. 

Pada 4 Januari 2016 jam 2.30 petang bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah diadakan Taklimat Program Transisi Tahun 1 2016. Program Transisi ini diadakan bertujuan untuk membantu murid baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah.


Program ini memastikan semua murid tahun 1 yang datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yg berbeza memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama murid dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira. Program ini dijalankan selama 2 minggu dan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan dijalankan. Murid berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif tersedia untuk mereka.

Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

1. Ucapan alu-aluan Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi
2. Taklimat akademik daripada PK1, Cikgu Marzuki 
3. Taklimat kebajikan dan disiplin oleh PK HEM,
    Cikgu Fatimah binti Derahman
4. Taklimat aktiviti kokurikulum oleh PK Kokurikulum,
    Cikgu Dayang Rabia'a binti Awang Mohsin
5. Taklimat Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Ustazah Salmy

Majlis bersurai pada jam 4.30 petang.

Pada hari Sabtu yang lalu bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik jam 2.30 petang telah diadakan Hari Pendaftaran Murid bagi sesi 2016. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari pendaftaran tersebut ialah : 

1. Pendaftaran murid
2. Penyerahan buku teks
3. Pembelian buku tulis


4. Ucapan Alu-aluan Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi
4. Taklimat Dual Language Programme (DLP) oleh PK1, Cikgu Marzuki bin Ali Mahamud



Apa Itu Program DLP?
  1. DLP ialah Dual Language Programme.
  2. Program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  3. Pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya. 
  4. Antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi spertikesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa dan sokongan ibubapa.
  5. Program ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.
  6. Sekolah yang terpilih boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula tahun depan. Buat permulaan, program ini ditawarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).
Untuk pengetahuan semua, SK Mukah, SK Dua Sungai dan SK St Patrick telah dipilih oleh PPD Mukah sebagai sekolah perintis bagi program DLP di Daerah Mukah. Terima kasih buat semua ibu bapa yang sudi hadir dalam menjayakan Hari Pendaftaran bagi sesi 2016 ini.

Semua guru dan staf SK Mukah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 buat semua. Selamat datang buat Cikgu Burhanuddin bin Kaderi, Guru Besar SK Kg.Jebungan yang telah melapor diri sebagai Guru Besar baharu di SK Mukah berkuatkuasa pada 16 Disember 2015 yang lalu.


Kami di SK Mukah amat mengalu-alukan kedatangan Cikgu Burhanuddin sebagai peneraju utama di SK Mukah. Selain Cikgu Burhanuddin, dua orang guru baru dan seorang juruteknik juga telah melapor diri di SK Mukah. Selamat datang kami ucapkan. Semoga tahun baru ini memberikan lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan buat SK Mukah dalam pelbagai bidang yang disertai. Pada 2 Januari 2016 yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Staf Kali Pertama bagi semua guru dan staf SK Mukah bertempat di Bilik Mesyuarat.




Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates