Pada pagi 21 Januari 2016 yang lalu bertempat di Dewan KPSU Mukah telah berlangsung Pertandingan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Mukah. Pertandingan ini melibatkan 16 pasukan dari beberapa buah sekolah. Antaranya SK Mukah, SLDB 1, SK Kg.Seberang, SK Datuk Awang Udin, SK Dua Sungai, SK Sg.Duan, SK Kg.Jebungan, SK Sg.Penipah, SK Kg.Tellian dan SK Kg.Petanak.



SK Mukah telah menghantar 2 pasukan iaitu SK Mukah A yang diwakili oleh Harith Faid (6PB), Nicholas Nanang (6PB), Mohd Hakimie (6PA) dan Fardiman (6PA) dan SK Mukah B yang dibarisi oleh Bennyson Putit (6PB), Justin (6PA), Mohd Aizat (5MA) dan Millton Wyane (5MA). Mereka semua telah diiringi oleh Ustaz Mohd Radzi dan Cikgu Hajeri merangkap jurulatih dan guru pengiring ke tempat pertandingan.


Pasukan SK Mukah B kandas ke suku akhir manakala pasukan SK Mukah A berjaya mara ke peringkat akhir menentang SLDB 1 A. Perlawanan sengit di antara kedua-dua pasukan menyebabkan perlawanan diheret ke set ketiga di mana menyaksikan SK Mukah terpaksa akur dengan gelaran naib johan apabila tewas kepada pasukan lawan.

Walaubagaimanapun, kita bersyukur apabila pasukan SK Mukah A turut layak ke peringkat seterusnya (Peringkat Bahagian) bersama-sama johan peringkat daerah. Selain itu, kita juga turut berbangga kerana Harith Faid dari pasukan SK Mukah A telah dinobatkan sebagai pemain terbaik keseluruhan pada aksi peringkat daerah ini. 




Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh En.Kueh daripada Unit Sukan PPD Mukah. Tahniah buat semua yang berjaya.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates