Pada 4 Januari 2016 jam 2.30 petang bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah diadakan Taklimat Program Transisi Tahun 1 2016. Program Transisi ini diadakan bertujuan untuk membantu murid baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah.


Program ini memastikan semua murid tahun 1 yang datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yg berbeza memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama murid dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira. Program ini dijalankan selama 2 minggu dan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan dijalankan. Murid berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif tersedia untuk mereka.

Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

1. Ucapan alu-aluan Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi
2. Taklimat akademik daripada PK1, Cikgu Marzuki 
3. Taklimat kebajikan dan disiplin oleh PK HEM,
    Cikgu Fatimah binti Derahman
4. Taklimat aktiviti kokurikulum oleh PK Kokurikulum,
    Cikgu Dayang Rabia'a binti Awang Mohsin
5. Taklimat Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Ustazah Salmy

Majlis bersurai pada jam 4.30 petang.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates