Pada 25 Januari (Sabtu) yang lalu, Program English Camp telah diadakan bertempat di Politeknik Mukah. Dalam program tersebut pelbagai aktiviti telah dianjurkan. Antaranya ialah Pertandingan Story Telling. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua murid sekolah di Daerah Mukah. Maka dengan itu, sekolah kita telah menghantar seorang peserta ke pertandingan tersebut.


Tahniah buat Nurul Damia Binti Ramzi dari tahun 6 Perkasa A kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah sebagai naib johan dalam pertandingan tersebut. Dalam pertandingan tersebut, Nurul Damia telah menyampaikan cerita yang bertajuk "The Crow and The Peacock"



Tahniah buat Nurul Damia. Terima kasih dan tahniah juga kepada Cikgu Zullina sebagai jurulatih dan guru pengiring ke pertandingan tersebut. Kemenangan tersebut merupakan kemenangan pertama buat SK Mukah pada tahun ini.

Pada petang 22hb Januari jam 2.30 petang, suasana meriah kedengaran di SK Mukah. Kehadiran ibu bapa dan murid menggamatkan keadaan petang hari Rabu dengan majlis Pemberian Duit BR1M dan Jualan Buku Kerja khas untuk Tahun 5 dan 6.







Mudah-mudahan melalui pemberian BR1M RM100 setiap orang murid tersebut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk keperluan persekolahan anak masing-masing. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua yang hadir pada petang tersebut.

Pada 21hb Januari bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik SK Mukah, telah diadakan Majlis Penangguhan Program Transisi Tahun 1 dan Guru Penyayang. 



Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu telah dihadiri oleh YDP PIBG, Dr.Osman Bin Hj. Rafa'ie serta para ibu bapa murid-murid Tahun 1. Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

8.30 pagi
Ketibaan para tetamu
9.00 pagi
Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar, Cikgu Wahit Bin Mohamad Etli
Ucapan YDP PIBG, Dr. Osman Bin Hj. Rafa'ie
Persembahan murid Tahun 1
Jamuan Ringan
11.30 pagi
Bersurai


Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid Tahun 1 yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan Program Transisi pada tahun 2014 ini.

Pada 14hb Januari yang lalu, telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Dataran Pehin Setiaraja, Mukah. Untuk pengetahuan semua, Daerah Mukah telah dipilih sebagai Tuan Rumah bagi Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Sarawak dengan bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" Sambutan besar-besaran tersebut telah membariskan seramai hampir 175 kontijen termasuk 13 kontijen bukan Islam daripada seluruh jabatan kerajaan dan swasta di Negeri Sarawak. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Menteri Besar Negeri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud serta barisan exco kepimpinan Negeri Sarawak.


Hujan yang lebat tidak menghalang para peserta yang tiba seawal jam 6.30 pagi untuk meneruskan acara perarakan yang telah dirancang. Seperti kebiasaannya, beberapa acara telah dipertandingkan dalam perarakan sempena Maulidur Rasul kali ini. Antaranya ialah Pertandingan Sepanduk dan Perarakan Terbaik. Namun, nasib tidak menyebelahi SK Mukah pada tahun ini kerana tidak mendapat tempat dalam semua acara yang telah dipertandingkan. Kontijen SK Mukah telah diketuai oleh Ustaz Mohd Radzi Bin Mahmood.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah memberikan komitmen untuk hadir menyertai perarakan pada tahun ini. Mudah-mudahan setiap langkah kita berarak memperingati kelahiran junjungan besar Nabi kita mendapat balasan rahmat daripada-Nya. Amin.


Pada Hari Khamis bersamaan 2hb Januari yang lalu, telah diadakan taklimat Transisi Tahun 1 bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik SK Mukah. 


Taklimat tersebut telah dihadiri oleh semua ibu bapa murid-murid Tahun 1 bagi sesi 2014. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Cikgu Zullina Binti Ramli. Berikut merupakan aturcara program pada petang tersebut :

2.30 petang :
Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Radzi
Ucapan Aluan Guru Besar
Perkenalan Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran Tahun 1
Taklimat Program Transisi oleh Cikgu Marzuki
Taklimat KSSR oleh Cikgu Abdul Wahit
Taklimat SPPBS oleh Ustaz Engku Afizan
Taklimat Hal Ehwal Murid oleh Cikgu Fatimah
Taklimat Pengurusan Diri oleh Ustazah Fazariah
Taklimat Program j-Qaf oleh Ustazah Norwani

4.00 petang :
Majlis Bersurai


Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program pada petang tersebut.


Sama-sama kita...
Tingkatkan PRESTASI
Tingkatkan USAHA
Tingkatkan KUALITI
Demi menjayakan MISI dan VISI sekolah

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates