Pada 14hb Januari yang lalu, telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Dataran Pehin Setiaraja, Mukah. Untuk pengetahuan semua, Daerah Mukah telah dipilih sebagai Tuan Rumah bagi Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Sarawak dengan bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" Sambutan besar-besaran tersebut telah membariskan seramai hampir 175 kontijen termasuk 13 kontijen bukan Islam daripada seluruh jabatan kerajaan dan swasta di Negeri Sarawak. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Menteri Besar Negeri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud serta barisan exco kepimpinan Negeri Sarawak.


Hujan yang lebat tidak menghalang para peserta yang tiba seawal jam 6.30 pagi untuk meneruskan acara perarakan yang telah dirancang. Seperti kebiasaannya, beberapa acara telah dipertandingkan dalam perarakan sempena Maulidur Rasul kali ini. Antaranya ialah Pertandingan Sepanduk dan Perarakan Terbaik. Namun, nasib tidak menyebelahi SK Mukah pada tahun ini kerana tidak mendapat tempat dalam semua acara yang telah dipertandingkan. Kontijen SK Mukah telah diketuai oleh Ustaz Mohd Radzi Bin Mahmood.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah memberikan komitmen untuk hadir menyertai perarakan pada tahun ini. Mudah-mudahan setiap langkah kita berarak memperingati kelahiran junjungan besar Nabi kita mendapat balasan rahmat daripada-Nya. Amin.


0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates