Peristiwa paling bersejarah pada Hari Sukan tahun ini menyaksikan 8 orang guru dari setiap rumah sukan berentap untuk mengungguli gelaran johan dan seterusnya menyumbang mata dalam acara 8 x 100m. 

Tahniah buat buat pasukan guru dari rumah biru kerana berjaya menjadi johan dalam acara tersebut. Pasukan rumah Merah ditempat kedua, rumah Hijau ditempat ketiga dan rumah Kuning ditempat keempat.

Pada 27hb Mei yang lalu dalam majlis perhimpunan khas, telah disampaikan medal kemenangan buat semua guru yang telah menyertai acara tersebut. Medal telah disampaikan oleh Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi.


Tahniah buat semua guru yang terlibat. Walaupun pada mulanya ramai yang merasakan kurang keyakinan diri untuk berlumba lari dengan keadaan usia dan berat badan yang meningkat, namun semangat juang yang tinggi serta semangat berpasukan dapat membenteng segala kekurangan yang ada dan dapat dilihat menerusi acara tersebut.

Turut dicadangkan untuk acara khas guru tahun hadapan ialah lumba lari guru "bam bam".

Pada 24 - 26 Mei yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Hari Sukan 2016 SK Mukah. Empat buah rumah sukan iaitu Biru, Merah, Kuning dan Hijau sama-sama akan berentap untuk merebut gelaran juara keseluruhan atau Johan Rumah Sukan. SK Mukah membuka tirai Hari Sukan tahun ini dengan acara senam robik yang dipimpin oleh beberapa orang guru PPKI SK Mukah. Terima kasih kepada pihak Nestle Milo kerana sudi menaja minuman kami pada pagi tersebut. Sepertimana kebiasaannya, semua acara padang dan balapan dipertandingkan namun Hari Sukan pada tahun ini tampak lebih menarik dengan kehadiran beberapa acara baru yang telah diadakan. Antaranya ialah Larian Abang Sado dan Adik Comel serta Larian 8 x 100m.

Menerusi larian Abang Sado dan Adik Comel, setiap rumah dikehendaki menghantar dua orang murid lelaki (Tahap 1 dan Tahap 2) dan dua orang murid perempuan (Tahap 1 dan Tahap 2) dengan syarat murid tersebut mestilah bertubuh besar dan gempal. Pelbagai aksi lucu dan menarik apabila mereka berlumba lari sejauh 100 meter. Tujuan utama diadakan larian khas ini ialah untuk memberi peluang kepada mereka yang bertubuh besar dan gempal ini dapat terlibat sama dalam acara larian yang kebiasaannya dipelopori oleh golongan yang bertubuh kurus dan tinggi sahaja.


Turut mencuri tumpuan dalam acara sukan tahun ini ialah larian baton 8 x 100m di mana setiap rumah sukan diminta untuk menyediakan 8 orang guru atau AKS untuk berlumba lari. Ketika acara tersebut berlangsung, sorakan semua murid memecah keheningan waktu pagi apabila mereka memberikan sokongan kepada guru rumah sukan masing-masing. Tanpa mengira faktor usia, jantina, berat badan, pangkat dan jawatan semua guru dan AKS yang terlibat dalam acara tersebut menunjukkan kesungguhan untuk menjuarai acara yang julung-julung kali diadakan itu.

Selain itu, dua persembahan khas iaitu Senam Robik dan Skipping turut dipertontonkan semasa majlis Penangguhan Hari Sukan di mana ia juga pertama kali diadakan pada tahun ini. Kedua-dua persembahan khas itu merupakan hasil bimbingan Kelab Doktor Muda SK Mukah. Warga SK Mukah mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG En.Khirul Nizzuan bin Hamzah atas kehadiran beliau merasmikan Majlis Penangguhan Hari Sukan pada tahun ini.

Berikut merupakan beberapa keputusan pertandingan yang telah diadakan sepanjang hari Sukan yang telah berlangsung selama 3 hari tersebut :

Olahragawan : Razmir Irfan - 6 Perkasa B (Rumah Merah)
Olahragawati : Wardah Musfirah - 4 Efisien A (Rumah Biru)
Johan Perbarisan : Rumah Biru
Johan Rumah Sukan : Rumah Biru
Naib Johan Rumah Sukan : Rumah Merah
Tempat ketiga Rumah Sukan : Rumah Hijau
Tempat keempat Rumah Sukan : Rumah Kuning

Tahniah buat murid-murid yang berjaya memenangi dan menjuarai acara-acara yang telah dipertandingkan. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Hari Sukan SK Mukah pada tahun ini.

Pada 22hb Mei yang lalu bertempat di Dewan Hotel Kingwood Resort, telah berlangsung dengan gilang gemilangnya Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mukah. Turut diadakan bersama, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  (APC) bagi tahun 2015. 




Tahniah buat Cikgu Burhanuddin bin Kaderi, Guru Besar SK Mukah kerana telah memperoleh APC buat kali ke-4 dalam perkhidmatannya sebagai seorang guru. Selain Cikgu Burhanuddin, turut menerima APC pada tahun ini ialah Cikgu Dayang Rabia'a bt Awg Mohsin dan Cikgu Julita bt Jaapar. Tahniah buat mereka semua.




Selain itu, sekalung tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Zullina binti Ramli kerana telah berjaya dalam pencalonan Tokoh Guru pada tahun ini. Beliau telah dipilih atas pencapaian cemerlangnya dalam bidang akademik dan kokurikulum di pelbagai peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan. SK Mukah merasa bangga dengan pencapaian beliau dan dengan kejayaan beliau mudah-mudahan menjadi pemangkin semangat untuk guru-guru lain mengecapi kejayaan sepertinya.

Majlis bermula seawal jam 2.30 petang dan bersurai pada jam 4.30 petang. Terima kasih kepada semua warga guru dan staf SK Mukah atas kehadiran memeriahkan serta menjayakan majlis pada petang tersebut.

Pada 16 Mei yang lalu, telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertempat di Dataran Arena Modal Insan. Antara tetamu kehormat yang hadir pada hari tersebut ialah YDP PIBG En. Khirul Nizzuan, 2 orang mantan Guru Besar SK Mukah Cikgu Ramlah bt Saberi dan Cikgu Abdul Wahit bin Etli, Guru Besar SK Kg. Tellian Cikgu Bujang, mantan PK HEM SK Mukah Cikgu Fatimah bt Drahman dan mantan PK 1 SK Mukah Cikgu Jasmi bt Sha'rani.

Berikut merupakan tentatif perjalanan majlis pada hari tersebut :

8.00 pagi

Kehadiran tetamu kehomat
Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan Guru Besar SK Mukah
Ucapan Sekapur Sireh YDP PIBG
Ucapan Perasmian oleh Cikgu Ramlah bt Saberi
Gimik Perasmian
Bacaan Perutusan Hari Guru
Ikrar Hari Guru
Koir Hari Guru
Persembahan murid
Penyampaian cenderahati
Jamuan

12.10 tengah hari

Majlis bersurai


Pada sebelah petangnya pula telah diadakan Acara Sukan Sempena Hari Guru yang dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SK Mukah. Antara permainan yang diadakan pada petang tersebut adalah :

1. Bola Baling Ubahsuai
2. Bola Tampar Duduk

Tidak cukup dengan itu, sambutan Hari Guru SK Mukah melengkapkan hatrik dengan Majlis Makan Malam BBQ pada sebelah malamnya. Semua guru dan AKS bersama ahli keluarga masing-masing hadir bagi memeriahkan majlis pada malam tersebut. Majlis dimulai dengan bacaan Doa Selamat dan diisi dengan aktiviti paling dinantikan oleh semua guru dan AKS iaitu Acara Bertukar-tukar Hadiah sempena Hari Guru.

Tahniah buat semua warga SK Mukah dan PIBG SK Mukah atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan. Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak luar seperti Bank Rakyat Cawangan Mukah dan Yayasan Sarawak atas beberapa sumbangan yang telah diberikan kepada kami dalam menjayakan majlis Hari Guru pada tahun ini.

Pada 5 Mei yang lalu, sekolah kita telah menghantar pasukan Eco Band ke Pertandingan Eco Band Peringkat Daerah Mukah anjuran bersama Kelab PALS. Pertandingan tersebut telah diadakan bertempat di SK St.Patrick, Mukah. Mereka semua telah diiringi oleh Cikgu Norzelan selaku jurulatih dan Cikgu Fadzariah selaku Guru Penasihat Kelab PALS SK Mukah.


Tahniah buat semua ahli Eco Band sekolah kita kerana telah memperoleh naib johan dalam pertandingan tersebut. Mereka terdiri daripada :

1. Muhammad Hakimmi - 5MA
2. Muhammad Iman Darwisy - 5MA
3. Dayangku Fatma Illiani - 5MB
4. Muhammad Danish Asyraf - 5MB
5. Nor Diana - 6PB
6. Nurhumaizatul Najwa - 6PB
7. Muhammad Zaki - 6PB
8. Harith Faid - 6PB

Selain daripada pertandingan Eco Band, turut diselitkan pertandingan melukis poster Alam Sekitar. Dua orang murid daripada sekolah kita telah terpilih menyertainya. Mereka ialah Hana Khalila dan Maizatul Zafirah masing-masing dari 6PA. Tahniah buat Hana Khalila kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates