Pada 16 Mei yang lalu, telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertempat di Dataran Arena Modal Insan. Antara tetamu kehormat yang hadir pada hari tersebut ialah YDP PIBG En. Khirul Nizzuan, 2 orang mantan Guru Besar SK Mukah Cikgu Ramlah bt Saberi dan Cikgu Abdul Wahit bin Etli, Guru Besar SK Kg. Tellian Cikgu Bujang, mantan PK HEM SK Mukah Cikgu Fatimah bt Drahman dan mantan PK 1 SK Mukah Cikgu Jasmi bt Sha'rani.

Berikut merupakan tentatif perjalanan majlis pada hari tersebut :

8.00 pagi

Kehadiran tetamu kehomat
Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
Bacaan Doa
Ucapan alu-aluan Guru Besar SK Mukah
Ucapan Sekapur Sireh YDP PIBG
Ucapan Perasmian oleh Cikgu Ramlah bt Saberi
Gimik Perasmian
Bacaan Perutusan Hari Guru
Ikrar Hari Guru
Koir Hari Guru
Persembahan murid
Penyampaian cenderahati
Jamuan

12.10 tengah hari

Majlis bersurai


Pada sebelah petangnya pula telah diadakan Acara Sukan Sempena Hari Guru yang dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SK Mukah. Antara permainan yang diadakan pada petang tersebut adalah :

1. Bola Baling Ubahsuai
2. Bola Tampar Duduk

Tidak cukup dengan itu, sambutan Hari Guru SK Mukah melengkapkan hatrik dengan Majlis Makan Malam BBQ pada sebelah malamnya. Semua guru dan AKS bersama ahli keluarga masing-masing hadir bagi memeriahkan majlis pada malam tersebut. Majlis dimulai dengan bacaan Doa Selamat dan diisi dengan aktiviti paling dinantikan oleh semua guru dan AKS iaitu Acara Bertukar-tukar Hadiah sempena Hari Guru.

Tahniah buat semua warga SK Mukah dan PIBG SK Mukah atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan. Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak luar seperti Bank Rakyat Cawangan Mukah dan Yayasan Sarawak atas beberapa sumbangan yang telah diberikan kepada kami dalam menjayakan majlis Hari Guru pada tahun ini.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates