Kisah Aqash viral di Daerah Mukah khususnya setelah berita tentang kesakitannya tersebar di media sosial. Ramai yang mendoakan kesembuhannya namun Allah lebih menyayangi dirinya. Aqash Adzha, ketua kelas 5 Mantap B, SK Mukah telah jatuh pengsan di kelasnya pada minggu lalu dan telah dibawa segera ke Hospital Mukah kerana tidak sedarkan diri. 


Lantaran masih tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan penuh saluran pernafasan, beliau dirujuk ke Hospital Sibu. Di sana, para doktor mendapati terdapat kompilasi dalam salur darah dibahagian otak. Pembedahan berjaya namun beliau masih tidak sedarkan diri. 


Selang beberapa hari selepas itu, pihak kami dimaklumkan oleh ibunya bahawa Aqash telah kembali ke rahmatullah pada petang 5 September 2016 (Isnin). Jenazah Aqash telah selamat tiba pada malamnya di Masjid Setiaraja Mukah dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukah. Semoga rohnya dicucuri rahmat ditempatkan bersama orang-orang beriman. Salam takziah buat keluarga adik Aqash..Innalillahi Wainna Ilaihi Roji'un...Al-Fatihah...

Pada 3 September yang lalu, SK Mukah telah didatangi oleh pihak Lion Club Cawangan Kuching. Tujuan mereka ke SK Mukah adalah untuk memberi sumbangan berbentuk printer dan jaket keselamatan untuk kegunaan murid-murid PPKI SK Mukah. 




Turut hadir menyaksikan sumbangan tersebut ialah Cawangan Lion Club Sibu, Miri, Bintulu dan Mukah. Sumbangan tersebut telah diterima oleh Guru Besar SK Mukah bertempat di kelas PPKI disaksikan warga PPKI SK Mukah dan ahli-ahli Lion Club.




Terima kasih tidak terhingga buat pihak Lion Club atas sumbangan tersebut kepada kelas PPKI sekolah kami.


Pada hari Jumaat 2 September yang lalu, bertempat di Dataran Gemilang SK Mukah telah diadakan Majlis Izin Ilmu UPSR 2016. Majlis penuh bermakna tersebut telah dihadiri oleh YDP PIBG En.Khirul Nizzuan, NYDP PIBG En.Hamdan, beberapa orang barisan exco PIBG SK Mukah dan para ibu bapa murid-murid Tahun 6. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Radzi seterusnya disusuli ceramah Motivasi Khas UPSR yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Nazri bin Md Nayan dari SK Dua Sungai.


Ceramah yang berdurasi hampir dua jam tersebut diselangi dengan jamuan ringan dan diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi. Turut berucap ialah YDP PIBG selaku wakil bagi pihak ibu bapa. Beliau mewakili semua ibu bapa Tahun 6 mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SK Mukah kerana telah mendidik anak-anak mereka selama ini bermula mereka dari prasekolah hingga ke saat ini. Majlis disusuli dengan penyampaian alat tulis kepada semua calon UPSR.


Majlis bertukar sayu apabila tibanya sesi untuk bersalam-salaman memohon restu dan izin ilmu antara murid dengan guru dan ibu bapa. Kelihatan pada mata mereka sinar keazaman yang tinggi dan kesungguhan untuk menggapai kecemerlangan dalam UPSR pada tahun ini. Mudah-mudahan dengan restu dan izin ilmu kami guru-guru, anak didik UPSR di SK Mukah dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat UPSR pada tahun ini dan seterusnya berjaya dengan cemerlang. Aamiin.. 


Terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari tersebut.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates