Kisah Aqash viral di Daerah Mukah khususnya setelah berita tentang kesakitannya tersebar di media sosial. Ramai yang mendoakan kesembuhannya namun Allah lebih menyayangi dirinya. Aqash Adzha, ketua kelas 5 Mantap B, SK Mukah telah jatuh pengsan di kelasnya pada minggu lalu dan telah dibawa segera ke Hospital Mukah kerana tidak sedarkan diri. 


Lantaran masih tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan penuh saluran pernafasan, beliau dirujuk ke Hospital Sibu. Di sana, para doktor mendapati terdapat kompilasi dalam salur darah dibahagian otak. Pembedahan berjaya namun beliau masih tidak sedarkan diri. 


Selang beberapa hari selepas itu, pihak kami dimaklumkan oleh ibunya bahawa Aqash telah kembali ke rahmatullah pada petang 5 September 2016 (Isnin). Jenazah Aqash telah selamat tiba pada malamnya di Masjid Setiaraja Mukah dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukah. Semoga rohnya dicucuri rahmat ditempatkan bersama orang-orang beriman. Salam takziah buat keluarga adik Aqash..Innalillahi Wainna Ilaihi Roji'un...Al-Fatihah...

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates