Pada 26hb hingga 28hb September yang lalu bertempat di SK Abang Kadir Gedong, Simunjan telah diadakan Kem Bestari Solat (KBS) Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak. SK Mukah telah menghantar seorang wakil iaitu adik Ismail dari kelas KPKI. Beberapa bahagian lain negeri Sarawak turut menghantar wakil KPKI masing-masing dan sekolah kita merupakan peserta paling jauh datang ke program tersebut.

 

 Plak Penyertaan KBS Pendidikan Khas 




Dengan bertemakan "Kesempurnaan Solat Membina Peribadi Unggul Insan Istimewa", pelbagai aktiviti menarik khasnya dalam aspek kesempurnaan wudhuk dan solat diadakan sepanjang KBS tersebut berlangsung. Bersama Ismail di sana ialah guru pengiringnya iaitu Ustazah Dayang Kamaliah, guru j-Qaf Pendidikan Khas SK Mukah. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah di atas penglibatan aktif kita dalam program seperti ini.




Pada 27hb September Sabtu yang lalu, bertempat di Dataran Arena Modal Insan telah berlangsung Program Alam Sekitar untuk Ahli Kelab Persatuan Alam Sekitar Sekolah (PALS) Peringkat Bahagian Mukah 2014. Beberapa orang ahli kelab termasuk guru kelab PALS daripada pelbagai buah sekolah dalam Daerah Mukah dan Dalat telah terlibat secara langsung dalam program anjuran Natural Resources and Enviroment Board (NREB) Sarawak ini. Antaranya :

1. Sekolah Kebangsaan Mukah, Mukah
2. Sekolah Kebangsaan St.Patrick, Mukah
3. Sekolah Kebangsaan Dua Sungai, Mukah
4. Sekolah Kebangsaan SLDB No.1, Mukah
5. Sekolah Kebangsaan Dato Pangiran Mohamad, Dalat
6. Sekolah Kebangsaan Sg. Ud, Dalat
7. Sekolah Kebangsaan St.Bernard, Dalat
8. Sekolah Kebangsaan St.John Kg.Medong, Dalat

Sekolah kita telah menghantar beberapa orang ahli kelab PALS dibawah pimpinan Cikgu Fadzariah.





Pelbagai bengkel dan aktiviti menarik disediakan dalam program ini bertujuan untuk memupuk rasa kasih dan tanggungjawab kepada penjagaan alam sekitar. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh wakil Controller Kualiti Alam Sekitar, Sarawak pada jam 4.30 petang. Turut hadir dalam majlis penutupan program ialah wakil pegawai daripada PPD Mukah dan PPD Dalat.


Pada 25hb Sept yang lalu, telah berlangsung tiga acara sempena Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian Mukah. Acara tersebut ialah :

1. Poetry Recitation Competition beretempat di SK Sg. Penipah, Mukah
2. Story Telling Competition dan Action Song bertempat di SK Orang Kaya Selair, Matu

Tahniah buat Anisya Munira dari Tahun 4 Efisien A kerana telah mendapat tempat ketiga dalam acara Poetry Recitation. 


Bagi acara Story Telling pula, sekolah kita telah diwakili oleh Ascelyna juga dari Tahun 4 Efisien A telah berjaya memperoleh naib johan. Tahniah dan syabas atas kejayaan mereka. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan tahniah buat guru-guru yang terlibat dalam melatih mereka sehingga berjaya ke tahap ini.


Paling membanggakan SK Mukah apabila Pasukan Action Song sekolah kita berjaya dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Action Song Peringkat Bahagian Mukah. Mereka akan mewakili Bahagian Mukah ke peringkat negeri yang dijadualkan diadakan pada 3 Oktober 2014 bertempat di SMK Methodist, Sibu. Bersama-sama pasukan Action Song di Matu baru-baru ini ialah beberapa orang jurulatih dan guru pengiring. Antaranya ialah Cikgu Winny, Cikgu Anna, Cikgu Nadiah, Cikgu Jessica, Ustazah Dayang Kamaliah dan Cikgu Nasir.


Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris di atas pelbagai pencapaian yang membanggakan ini. Kita sama-sama berdoa mudah-mudahan pasukan Action Song SK Mukah berjaya mendapat johan di peringkat negeri nanti.    

Pada 24 September 2014, bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah berlangsung Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014. Aktiviti ini telah melibatkan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan juga murid-murid KPKI. Untuk pengetahuan semua, aktiviti ini telah dijalankan secara serentak di semua sekolah-sekolah di Malaysia. Acara minum susu ini bermula pada jam 10.30 pagi. Sebelum itu, murid-murid telah diberikan penerangan ringkas cara-cara untuk meminum susu oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu Fatimah Binti Drahman.

Suasana sewaktu majlis sambutan...










Hari Malaysia telah disambut pada 16hb September setiap tahun. Pada tahun ini, Sambutan Hari Malaysia Peringkat Bahagian Mukah telah diadakan bertempat di Boulevard Setia Raja Mukah. Sebanyak 44 kontijen telah mengambil bahagian dalam acara perbarisan. Antara yang menjadi tumpuan ialah kontijen paling ramai ahli iaitu Kontijen Pejabat Pelajaran Daerah Mukah yang telah dianggotai lebih 400 ahli. Bertemakan warna merah, ahli Kontijen Pejabat Pelajaran Daerah Mukah adalah hasil gabungan beberapa orang pegawai dan staf PPD Mukah, guru-guru besar, guru-guru, staf-staf dan murid-murid dari pelbagai sekolah di Daerah Mukah. 





Sambutan penuh bersejarah tersebut telah dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Encik Yussibnosh Balo, Setiausaha Politik Ketua Menteri Kenil Jeraiee, Residen Bahagian Mukah Supaih Hamdan, Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili, Wali Kota Majlis Daerah Dalat dan Mukah Yakub Arbi, Ketua Polis Daerah (KPD) Mukah Omar Bakhtiar Yacoob, Pengarah Hospital Mukah Dr.Osman Hj Rafa'ie, Pegawai Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Mukah Tuan Haji.Bugin Haji Ragun serta tetamu jemputan lain.

Pada 12hb hingga 14hb September yang lalu bertempat di Kem Belia Mukah, telah diadakan Summer Health Camp Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2014 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Dengan bertemakan "Membentuk Generasi Sihat", program ini bertujuan untuk memperkasakan ahli Kelab Doktor Muda sebagai Pembimbing Rakan Sebaya.

Peserta Bahagian Mukah


Program ini telah disertai oleh beberapa orang ahli Kelab Doktor Muda daripada setiap Bahagian Negeri Sarawak. Bahagian Mukah telah diwakili oleh beberapa orang ahli Kelab Doktor Muda daripada SK St.Patrick, SK Dua Sungai dan SK Mukah. Antara ahli Kelab Doktor Muda sekolah kita yang terlibat ialah :

1. Aqil Rafiqi Bin Ramli (6PB)
2. Muhammad Harith Farhan Bin Abdul Taip (6PB)
3. Nur Atma Farina Bt. Jamali (6PA)
4. Nurul Damia Bt. Ramzi (6PA)
5. Sara Samantha iyok ak. Edmund (6PB)





Pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur selama 3 hari 2 malam tersebut. Turut bersama mereka sepanjang kem berlangsung ialah guru penasihat Kelab Doktor Muda SK Mukah iaitu Cikgu Zullina Bt. Ramli. Majlis Penutupan Summer Health Camp Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2014 telah dirasmikan oleh oleh Yang Berhormat Encik Yussibnosh Balo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  N51 Balingian.

Kejohanan Bola Sepak Piala Emas dan Perak Rebutan Yayasan Sarawak 2014 telah bermula pada 11hb September yang lalu. Kejohanan membabitkan dua kategori umur yang berbeza iaitu Piala Emas untuk pemain peringkat sekolah menengah bawah 16 Tahun dan Piala Perak bagi pemain peringkat sekolah rendah bawah 11 Tahun. Adalah menjadi kebanggaan SK Mukah apabila 3 orang murid sekolah kita iaitu Abang Izzul Syahmi (5MB), Izaz Rizqi (5MA) dan Nicholas Nanang (4EB) telah terpilih mewakili pasukan Bahagian Mukah dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Perak yang telah diadakan di Kuching.



Mereka bertiga telah diiringi oleh jurulatih bola sepak SK Mukah iaitu Cikgu Rasyiid merangkap salah seorang jurulatih bola sepak Bahagian Mukah. Sepanjang berada di sana, mereka bertiga telah menjalani pelbagai aktiviti fizikal dan latihan bersama skuad pasukan Bahagian Mukah sebelum berhadapan dengan semua pasukan lawan mengikut jadual perlawanan yang telah ditetapkan.






Majlis Penutupan akan berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya pada hari Ahad dan dijangka akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Kita sama-sama doakan semoga Bahagian Mukah berjaya menjadi juara bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Perak Yayasan Sarawak 2014 Kategori Bawah 11 Tahun. 

Berikutan berita tentang soalan Bahasa Inggeris dan Sains UPSR 2014 bocor, maka peperiksaan yang melibatkan kedua-dua mata pelajaran tersebut akan ditangguhkan buat sementara waktu.



Ujian Bahasa Inggeris dan Sains akan dilaksanakan pada 30hb Sept 2014. Harap Maklum.

Pada hari ini 9 September 2014 akan bermulalah UPSR yang sangat dinanti-nantikan oleh semua murid Tahun 6. Pada awal pagi lagi mereka telah berkumpul di kantin sekolah untuk sarapan bersama-sama. Setelah itu, mereka berkumpul di dalam bilik menunggu yang telah disediakan. Turut bersama mereka ialah Guru Besar SK Mukah, YDP PIBG dan beberapa orang guru mata pelajaran.


Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, mereka telah diberikan kata-kata perangsang dan motivasi oleh Guru Besar SK Mukah, Cikgu Abdul Wahit Bin Mohamad Etli dan YDP PIBG SK Mukah, Dr.Osman bin Hj. Rafa'ie. Seterusnya semua menadah tangan memohon doa agar dipermudahkan urusan pada hari tersebut. Doa telah dibacakan oleh Ustaz Engku Afizan Bin Engku Halim.



Selesai berdoa, semua 66 orang calon UPSR SK Mukah berbaris di luar bilik menunggu. Terpancar pelbagai riak wajah calon-calon UPSR sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Pada pagi tersebut juga, sekolah kita telah dilawati oleh Pn.Mastura, Ponolong Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Semua calon bersalaman dengan semua guru sebelum masuk ke dewan peperiksaan.




Untuk pengetahuan semua, 6 orang guru SK Mukah telah terpilih menjadi pengawas peperiksaan pada tahun ini. Mereka ialah :

1. Cikgu Zubaidah - Pengawas UPSR di SK Dua Sungai.
2. Cikgu Ali Abg Bejuri - Ketua Pengawas di SK Parish, Balingian.
3. Cikgu Ruzaimah - Pengawas di SK Parish, Balingian.
4. Cikgu Winny - Pengawas
5. Cikgu Ahmad - Pengawas
6. Ustaz Mohd Radzi - Pengawas di SK Kg.Sau








Majlis Restu Ilmu UPSR 2014 SK Mukah telah berlangsung semalam 4hb September 2014 bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Para ibu bapa murid Tahun 6 hadir dalam majlis tersebut bagi memberikan semangat kepada anak masing-masing sebelum menjelangnya UPSR pada minggu hadapan.




Berikut merupakan tentatif program pada petang tersebut :

2.30 petang
Bacaan Doa oleh Ustaz Engku Afizan
Ucapan Guru Besar SK Mukah, Cikgu Abdul Wahit Bin Mohamad Etli
Ucapan dan Motivasi Ringkas oleh YDP PIBG, Dr. Osman Bin Hj. Rafaie
Penyampaian Hadiah Galakan UPSR
Persembahan Sajak Tahun 6
Acara memohon restu guru dan ibu bapa




4.30 petang
Bersurai

Untuk pengetahuan semua, UPSR akan berlangsung pada 9hb - 11hb September 2014. 66 orang calon akan menduduki UPSR di SK Mukah termasuk 2 orang calon tumpang. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas kesudian para ibu bapa yang hadir dalam menjayakan majlis pada petang tersebut.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates