Kejohanan Bola Sepak Piala Emas dan Perak Rebutan Yayasan Sarawak 2014 telah bermula pada 11hb September yang lalu. Kejohanan membabitkan dua kategori umur yang berbeza iaitu Piala Emas untuk pemain peringkat sekolah menengah bawah 16 Tahun dan Piala Perak bagi pemain peringkat sekolah rendah bawah 11 Tahun. Adalah menjadi kebanggaan SK Mukah apabila 3 orang murid sekolah kita iaitu Abang Izzul Syahmi (5MB), Izaz Rizqi (5MA) dan Nicholas Nanang (4EB) telah terpilih mewakili pasukan Bahagian Mukah dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Perak yang telah diadakan di Kuching.



Mereka bertiga telah diiringi oleh jurulatih bola sepak SK Mukah iaitu Cikgu Rasyiid merangkap salah seorang jurulatih bola sepak Bahagian Mukah. Sepanjang berada di sana, mereka bertiga telah menjalani pelbagai aktiviti fizikal dan latihan bersama skuad pasukan Bahagian Mukah sebelum berhadapan dengan semua pasukan lawan mengikut jadual perlawanan yang telah ditetapkan.






Majlis Penutupan akan berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya pada hari Ahad dan dijangka akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Kita sama-sama doakan semoga Bahagian Mukah berjaya menjadi juara bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Perak Yayasan Sarawak 2014 Kategori Bawah 11 Tahun. 

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates