Pada 15hb April yang lalu bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik, telah diadakan Perhimpunan Kokurikulum. Dalam perhimpunan ini, telah diadakan juga Majlis Pelancaran Kelab Doktor Muda SK Mukah. Hari bersejarah tersebut menyaksikan 18 orang murid SK Mukah dari pelbagai kelas telah dilantik sebagai Doktor Muda sekolah. Mereka ialah :

  1. Syahmi Faiz - 4E
  2. Nur Syahirah - 4E
  3. Abang Izzul - 4E
  4. Mohd Mahyan - 5MA
  5. Atma Farina - 5MA
  6. Damia - 5MA
  7. Aqil Rafiqi - 5MB
  8. Harith Farhan - 5MB
  9. Sara Samantha - 5MB
  10. Sheryl Henry - 5MB
  11. Nadia Natasya - 5MB
  12. Deareena - 6PA
  13. Audrey - 6PA
  14. Balqis - 6PA
  15. Wan Ahmad Farhan - 6PA
  16. Iezam - 6PB
  17. Norasyikin - 6PB
  18. Safarah - 6PB  (Pengerusi)

Kelab ini akan dibimbing oleh Cikgu Razimah, Cikgu Zullina, Cikgu Angela dan Cikgu Marzuki. Doktor Muda merupakan murid sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.




Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah. Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.

Safarah dari Tahun 6 Perkasa B telah mendapat Anugerah Nilam Peringkat Negeri Sarawak baru-baru ini. Cikgu Zullina menerusi majlis perhimpunan pagi baru-baru ini menyarankan agar semua murid konsisten dalam memperbanyakkan bacaan buku terutamanya sewaktu musim cuti sekolah.


"NILAM" atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Bagi sekolah rendah, mereka perlu mencapai tahap pembacaan seperti berikut :

Jumlah Buku                      Pengiktirafan

90 - 179                            Gangsa
180- 269                           Perak
270 - 359                          Emas
360 ke atas                        NILAM

Pasukan Action Songs sekolah kita dibawah pimpinan Cikgu Munah, Cikgu Winny dan Cikgu Anna telah bertolak ke Dalat baru-baru ini bagi mewakili Daerah Mukah ke Peringkat Bahagian. SK Kg.Tellian juga turut mewakili Daerah Mukah ke peringkat tersebut yang mana pasukan mereka merupakan naib johan dalam pertandingan Peringkat Daerah baru-baru ini. 

Nasib tidak menyebelahi pasukan Action Songs SK Mukah pada tahun ini. Kita gagal mara ke peringkat seterusnya kerana telah mendapat tempat ketiga. Gelaran Juara yang dipegang kita setiap tahun akhirnya telah diambil alih oleh pasukan lain. SK Kg.Tellian telah berjaya dinobatkan sebagai johan Action Songs pada tahun ini dan akan mewakili Daerah Mukah ke Peringkat Negeri.

Kesedihan jelas terpancar pada wajah pasukan Action Songs SK Mukah kerana setelah sekian lama akhirnya kita tewas juga di tangan sekolah lain. Namun, pada tahun hadapan kita akan cuba untuk merampas kembali kejuaraan Action Songs kerana ini merupakan salah satu bidang kebitaraan sekolah kita. Tahniah buat semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan Action Songs pada tahun ini. 

p/s : Gambar masih dalam proses. Harap bersabar.

Dua orang murid kita telah terpilih mewakili Daerah Mukah ke Pertandingan MTQ Peringkat Bahagian yang berlangsung di Daro pada 16hb April yang lalu. Wan Ahmad Farhan dan Nuraini Syahidah masing-masing mewakili Daerah Mukah dalam pertandingan hafazan dan bercerita.


Kedua-dua mereka telah memperoleh gelaran naib johan. Nasib tidak menyebelahi Daerah Mukah dalam MTQ pada tahun ini. Walaupun begitu, tahniah di atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka dalam pertandingan kali ini.



Mereka telah diiringi oleh Ustaz Engku dan Ustazah Salmy ke sana. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru pembimbing mereka kerana telah berjaya membawa mereka sehingga ke tahap yang membanggakan.

Pada 15hb April yang lalu, dua orang daripada murid Tahun 6 sekolah kita iaitu Angeline Janam dan Dayang Alia Farhana telah terpilih mewakili pasukan Bola Jaring Zon Mukah bertanding ke peringkat bahagian bertempat di Dewan KPSU Mukah. Tuah menyebelahi pasukan Bola Jaring Zon Mukah apabila berjaya menjadi johan dan akan mara ke peringkat negeri yang dijangka akan diadakan di Mukah pada 13hb Mei 2013.



Pada asalnya 5 orang murid sekolah kita iaitu Alia Zakirah, Gwendoline, Nurul Asyiqin, Angeline Janam dan Dayang Alia Farhana telah terpilih dalam pemilihan Pasukan Bola Jaring Zon Mukah. Dalam pertandingan Peringkat Daerah yang diadakan sebelum itu, mereka dipecahkan kepada dua kumpulan yang mana Dayang Alia Farhana dan Angeline Janam menyertai kumpulan kedua. Kumpulan mereka berjaya mengharungi Peringkat Daerah dan mara ke Peringkat Bahagian manakala pasukan kumpulan pertama tewas.


Untuk pengetahuan semua, ahli pasukan Bola Jaring Sekolah Rendah Zon Mukah ini telah dipilih dan dinilai daripada pelbagai sekolah di Daerah Mukah ini. Antara jurulatih yang terlibat dalam melatih mereka termasuklah guru di sekolah kita iaitu Ustazah Salmy Binti Morshidi.

Tahniah buat mereka yang berjaya. Teruskan kejayaan di Peringkat Negeri untuk melonjak nama Daerah Mukah di Peringkat Kebangsaan.

SK Mukah telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Story Telling Peringkat Daerah Mukah. Dataran Arena Modal Insan Dinamik sekali lagi menjadi lokasi yang paling sesuai dan strategik dalam melaksanakan acara tersebut. Pada 10hb April 2013 telah berlangsung Pertandingan Story Telling yang disertai oleh 13 buah sekolah di Daerah Mukah.



Pertandingan tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Izuan dan Cikgu Angela. Antara yang hadir dalam pertandingan tersebut ialah Wakil PPD Mukah, Cikgu Dayang Rabia'a dan YDP PIBG SK Mukah, Dr.Osman Rafa'ie.



SK Mukah telah menghantar Abang Aiman dari 6PB sebagai wakil Story Telling bagi sekolah kita. Walaubagaimanapun rezeki tidak menyebelahi kita. Berikut merupakan keputusan pertandingan Story Telling Peringkat Daerah Mukah :

1. SKJ (C) Chong Boon
2. SK Datuk Awang Udin
3. SK Kg.Tellian



Bertempat di Dataran Modal Insan Dinamik SK Mukah, telah berlangsung Pertandingan Action Songs Peringkat Daerah Mukah. Pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi dan telah disertai oleh beberapa buah sekolah di Daerah Mukah.



Pertandingan Action Songs pada tahun ini telah dikelolakan oleh SK Kg.Tellian. Pertandingan pada tahun ini secara keseluruhannya bertambah menarik dan baik jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu.






Sekolah kita telah menghantar pasukan Action Songs yang terdiri daripada murid-murid Tahun 3. Hasil tunjuk ajar dan didikan daripada Panitia Bahasa Inggeris, tuah menyebelahi sekolah kita SK Mukah apabila dinobatkan sebagai juara Action Songs. Tempat kedua diungguli oleh SK Kg.Tellian dan tempat ketiga SK Sg.Duan.


Tahniah buat semua yang terlibat dalam menyumbang kejayaan pasukan Action Songs SK Mukah. Mereka semua akan mara ke peringkat Bahagian yang akan diadakan di Daerah Dalat.

Pada 3hb April 2013 yang lalu, telah diadakan MTQ Peringkat Daerah 2013 bertempat di PPD Mukah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan Tilawah, Hafazan, Bercerita dan Nasyid.



Sekolah kita telah menyertai semua acara yang dipertandingkan. Malangnya peserta bercerita lelaki kita iaitu Aqil Rafiqi terpaksa menarik diri di saat-saat akhir kerana kondisi badan yang kurang sihat. Bertemakan tema "Al-Quran Penjana Wasatiyyah Ummah", SK Mukah bersederhana dalam keputusan pertandingan pada kali ini memandangkan hampir semua peserta SK Mukah adalah muka-muka baru dalam MTQ. 

Berikut merupakan nama peserta MTQ dan Festival Nasyid sekolah kita berserta kejayaan yang telah ditempa :

Tilawah 

Fazwan Nirwady (4E) - Tempat ketiga lelaki
Nadia Natasya (5MB) - Tiada tempat


Hafazan 

Wan Ahmad Farhan (6PA) - Johan lelaki
Atma Farina (5MB) - Tiada tempat


Bercerita

Nuraini Syahidah (6PA) - Johan perempuan


Nasyid


Kumpulan Shoutul Islah - Tempat ketiga

- Amirullah (5MB)
- Amir Kifran (5MB)
- Harith Farhan (5MB)
- Aidil (5MB)
- Akmal Ariffin (5MB)
- Abang Izzul (4E)
- Bilalhuddin (4E)
- Aqmar Daniel (4E)

Mereka yang telah mendapat johan akan ke peringkat bahagian yang akan diadakan pada 16 April 2013 bertempat di Daro. Tahniah buat semua yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, cuba lagi di masa hadapan. Jangan putus asa!

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates