Pasukan Action Songs sekolah kita dibawah pimpinan Cikgu Munah, Cikgu Winny dan Cikgu Anna telah bertolak ke Dalat baru-baru ini bagi mewakili Daerah Mukah ke Peringkat Bahagian. SK Kg.Tellian juga turut mewakili Daerah Mukah ke peringkat tersebut yang mana pasukan mereka merupakan naib johan dalam pertandingan Peringkat Daerah baru-baru ini. 

Nasib tidak menyebelahi pasukan Action Songs SK Mukah pada tahun ini. Kita gagal mara ke peringkat seterusnya kerana telah mendapat tempat ketiga. Gelaran Juara yang dipegang kita setiap tahun akhirnya telah diambil alih oleh pasukan lain. SK Kg.Tellian telah berjaya dinobatkan sebagai johan Action Songs pada tahun ini dan akan mewakili Daerah Mukah ke Peringkat Negeri.

Kesedihan jelas terpancar pada wajah pasukan Action Songs SK Mukah kerana setelah sekian lama akhirnya kita tewas juga di tangan sekolah lain. Namun, pada tahun hadapan kita akan cuba untuk merampas kembali kejuaraan Action Songs kerana ini merupakan salah satu bidang kebitaraan sekolah kita. Tahniah buat semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan Action Songs pada tahun ini. 

p/s : Gambar masih dalam proses. Harap bersabar.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates