Al-Fatihah... Seluruh Warga SK Mukah turut bersedih dan mengucapkan Takziah kepada keluarga Adik MOHD KASYFIL AZIMIE BIN MOHD HISYAM Murid Tahun 2 Gemilang B yang telah kembali ke Rahmatullah pada 29hb November 2013 di dalam tragedi ngeri kemalangan maut yang turut mengorbankan nyawa ayahanda & bondanya serta 2 adik Allahyarham.... Semoga roh kalian di tempatkan di kalangan orang yang beriman...

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bercuti buat semua guru dan murid SK Mukah. Jaga keselamatan diri dan lakukanlah perkara yang berfaedah semasa cuti sekolah. Sekolah mula bercuti pada 16hb November 2013 dan akan berakhir pada 1 Januari 2014.



Pada 31 Disember 2013 akan diadakan Hari Pendaftaran Murid bagi sesi tahun 2014. Harap maklum.

Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 15hb November 2013, telah diadakan perhimpunan Akhir Tahun 2013 bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik pada jam 10.10 pagi. Semua guru, staf dan murid terlibat dalam perhimpunan ini. Berikut merupakan perjalanan majlis pada pagi tersebut :

10.10 pagi :
Nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah
10.15 pagi :
Ucapan dan Amanat Guru Besar sempena Cuti Sekolah Akhir Tahun


10.35 pagi :
Penyampaian Hadiah Galakan PIBG kepada murid yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR





10.40 pagi :
Penyampaian Sijil kepada Pelajar Terbaik Ujian Penilaian Kelas KAFA
8A - Nur Atma Farina (5 Mantap A)
7A - Amirah Rasyidah (5 Mantap A), Aqil Rafiqi (5 Mantap B) dan Mohd Aiman (5 Mantap B)




10.45 pagi : 
Persembahan Puisi Istimewa Sempena Persaraan Cikgu Jasmi daripada Cikgu Ahmad dan Cikgu Ali


11.00 pagi : 
Nyanyian Lagu Perpisahan oleh semua warga sekolah
11.15 pagi : 
Acara Bersalam-salaman




Tahniah buat SK Mukah kerana telah berjaya menjadi sekolah terbaik Pencapaian UPSR di Daerah Mukah pada tahun ini. SK Mukah mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.83 meningkat daripada tahun sebelumnya. Mengikuti SK Mukah ialah jiran SK Mukah iaitu SK Kg Tellian dengan GPS 1.99. Ibu bapa murid Tahun 6 hadir seawal jam 9.50 pagi lagi untuk mengetahui keputusan UPSR anak mereka.


4 orang murid SK Mukah berjaya memperoleh keputusan cemerlang 5A dan 6 orang murid berjaya mendapat 4A 1B. Mereka ialah :

Pencapaian 5A

1. CHAZLEY RIJKAARDDA BETTI (6 Perkasa A)
2. AUDREY IMELDA MICHELLE AK ABU (6 Perkasa A)
3. DEAREENA IKA ANAK MATHIEW ALEC (6 Perkasa A)
4. AIN FARZANA BINTI RAMLI (6 Perkasa B)

Pencapaian 4A 1B

1. AKMAL HAZIM BIN MOHAMED KHIRUL NIZZUAN (6 Perkasa A)
2. ARAMI ASYRANI BIN ABDUL RAHMAN (6 Perkasa A)
3. NURAINI SYAHIDAH  BT SUHAIMI (6 Perkasa A)
4. MOHAMAD IEZAM HAZIEQ BIN RAZAK (6 Perkasa B)
5. SAFARAH BINTI MOHAMMAD HASBULLAH (6 Perkasa B)
6. WAN AHMAD FARHAN BIN WAN MOHAMAD AFIFI (Pindah)




Tahniah buat mereka yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, jadikan ini sebagai iktibar dan motivasi untuk menjadikan diri anda cemerlang seperti rakan-rakan yang lain. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam mengajar Tahun 6 secara langsung mahupun tidak langsung. Syukur kepada Tuhan kerana telah memberikan sekolah kita kejayaan sekali lagi dalam UPSR pada tahun ini.


Majlis Graduasi Mini telah diadakan pada pagi ini, 14hb November 2013 bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Majlis ini merupakan rentetan daripada Majlis Pengiktirafan Kualiti Pencapaian Cemerlang yang telah diadakan di Kingwood Resort baru-baru ini. Antara pengiktirafan yang telah disampaikan pada hari tersebut ialah :

1. Sijil Pengawas Sekolah 2013
2. Sijil Ketua dan Penolong Ketua Kelas
3. Hadiah Pertandingan Bola Jaring antara Rumah Sukan
4. Anugerah Pakaian Seragam Sekolah Terbaik Tahap 1 dan 2
5. Anugerah Pakaian Seragam Unit Beruniform Terbaik
6. Anugerah Galakan Murid LINUS
7. Sijil Kokurikulum Tahun 6
8. Hadiah persaraan untuk Cikgu Jasmi.


Turut menghadiri Majlis Graduasi pada pagi tersebut ialah Cikgu Hajjah Fauzidah Binti Huri, Penolong Kanan KPKI yang baru sahaja tiba daripada Tanah Suci Mekah baru-baru ini selepas tamat mengerjakan ibadah Haji. Tahniah buat semua murid yang berjaya.


Majlis makan malam 13hb November tajaan Cikgu Jasmi Binti Sha'rani yang akan bersara pada 22 Disember nanti telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Majlis bermula seawal jam 8.00 malam itu menyaksikan ramai guru dan staf hadir bersama dengan keluarga masing-masing. 



Antara perjalanan majlis pada malam tersebut :

8.00 malam : Ucapan Guru Besar, Cikgu Abdul Wahit
8.15 malam : Ucapan Cikgu Ahmad Mahmud, suami Cikgu Jasmi
8.30 malam : Penyampaian hadiah Buat Cikgu Jasmi dan Ustazah Saodah
8.35 malam : Bacaan Doa Selamat oleh Ustaz Engku Afizan
8.40 malam : Makan malam dan bersurai

Hadiah daripada pihak sekolah kepada Ustazah Saodah

Hadiah daripada Panitia Pendidikan Agama Islam

Terima kasih buat semua yang memeriahkan serta menjayakan majlis makan malam mesra pada malam tersebut.

Pada hari Rabu yang lalu bersamaan 13hb November 2013 telah diadakan Majlis Graduasi Kem Bestari Solat dan Khatam Al-Quran Tahun 6 Peringkat Sekolah bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik SK Mukah. Majlis telah dihadiri oleh YDP PIBG SK Mukah dan para ibu bapa Murid Tahun 6.


Berikut merupakan perjalanan majlis pada hari tersebut :

7.30 pagi
Ketibaan Para Tetamu
8.00 pagi
Nyanyian Lagu Kem Bestari Solat
Bacaan Doa oleh Ustaz Mohamad Radzi
Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6
Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam, Ustaz Engku Afizan
Ucapan Guru Besar, Cikgu Abdul Wahit Bin Mohamad Etli
Ucapan YDP PIBG, Dr. Osman Bin Hj. Rafa'ie
9.30 pagi
Persembahan Kreatif
- Murid Tahun 3
- Murid Tahun 4
- Murid Tahun 5
10.00 pagi
Majlis Graduasi Kem Bestari Solat Tahun 6 2013
Penyampaian hadiah Murid Terbaik Kem Bestari Solat
Penyampaian hadiah galakan Bahasa Arab untuk murid moral
11.00 pagi
Acara bergambar
Majlis bersurai              







Pada petang 13hb November yang lalu, telah diadakan Pameran Sarawak Gemilang 50 Tahun Jubli Emas bertempat di Dewan Suarah Mukah. Semua murid Tahun 6 telah diringi oleh Cikgu Zullina dan Guru Besar, Cikgu Abdul Wahit ke pameran tersebut. Antara yang menarik dalam pameran tersebut ialah barang-barang dan pakaian tradisional masyarakat di Negeri Sarawak, Sejarah Negeri Sarawak dan Pelan Pembangunan Negeri Sarawak terutamanya di Daerah Mukah.


Pameran tersebut dibuka dari 13hb November hingga 16hb November ini. Diharapkan semua warga SK Mukah dapat berkunjung ke pameran tersebut kerana banyak manfaat dapat diperolehi daripada pameran tersebut.

Pada hari ini, 11hb November telah berlangsung Program Gerakan Membaca 1 Malaysia 2013 bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Program anjuran Perpustakaan SK Mukah dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tersebut melibatkan semua murid Tahun Satu hingga Tahun 6. Dalam program tersebut, murid telah dipecahkan mengikut kelas masing-masing dan telah diberikan bahan bacaan secara rawak.


Program ini telah bermula seawal jam 8.50 pagi dan telah berakhir pada jam 9.50 pagi. Untuk pengetahuan semua, segala bahan bacaan murid-murid akan direkod oleh guru kelas masing-masing dalam satu buku rekod khas untuk dinilai dalam program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Tahniah buat semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Pada hari Sabtu semalam, 9hb November 2013 bersamaan 5 Muharram 1435 Hijrah telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Mukah 2013 bertempat di Masjid Setiaraja Mukah yang melibatkan semua sekolah di Daerah Mukah. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, PPD Mukah dibawah pimpinan Ustaz Awang Sarkawi. Semua guru Pendidikan Islam dan j-Qaf di semua sekolah Daerah Mukah terlibat secara langsung dalam majlis pada pagi tersebut. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Wali Kota Daerah Dalat dan Mukah, Haji Ali Bin Suhaili, Penolong Pengarah j-Qaf JPN Sarawak, Ustaz Mohamed Zamri Bin Basri dan semua guru besar sekolah-sekolah di Daerah Mukah.


Sekolah kita telah menghantar seramai 21 orang peserta khatam yang terdiri daripada beberapa orang murid Tahun 5 dan Tahun 6 dalam program tersebut. Tahniah buat semua peserta khatam Al-Quran yang diraikan dalam majlis tersebut. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi tersebut membawa tema Ma'al Hijrah 1435 Hijrah iaitu " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" berakhir pada jam 10.30 pagi.

Informasi tentang Majlis Khatam Al-Quran

1. Majlis yang selalu diadakan oleh para sahabat Nabi
2. Turunnya rahmat Allah dan puluhan ribu Malaikat juga turut berdoa dan mengaminkan doa.
3. Adanya doa mustajab dalam majlis khatam
4. Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa yang menghadiri atau menyaksikan Majlis Khatam al-Quran seumpama menghadiri pembahagian ghanimah (harta rampasan perang). Manfaatnya sama seperti orang yang membacanya"



Pada 7hb November yang lalu, telah diadakan Majlis Pengiktirafan Kualiti Pencapaian Cemerlang kali ke-12 Sekolah Kebangsaan Mukah Tahun 2013 serta Majlis Persaraan Cikgu Jasmi Binti Sha’rani bertempat di Kingwood Resort. Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

2.00 petang : Ketibaan para tetamu

2.30 petang : 
Majlis bermula - Dipengerusikan oleh Cikgu Zullina dan Ustazah Salmy
Bacaan Doa - Ustaz Engku Afizan
Ucapan alu-aluan Guru Besar, Cikgu Wahit Bin Mohamad Etli
Ucapan Tetamu Kehormat - Dr.Osman Hj.Rafa'ie (YDP PIBG)
Penyampaian Sijil Prasekolah dan Tahun 6 dan KPKI
Persembahan Juara Bintang Kecil
Penyampaian Sijil kepada Murid Terbaik mengikut kelas dan Terbaik Mata Pelajaran.
Persembahan Prasekolah dan KPKI
Penyampaian Sijil dan Anugerah Khas SK Mukah
Persembahan Tarian oleh Kelab Tarian SK Mukah
Persembahan khas sempena Persaraan Cikgu Jasmi Binti Hj. Sha'rani
Ucapan Persaraan oleh Cikgu Jasmi Binti Haji Sha'rani
Ucapan Wakil Murid - Safarah Binti Hasbullah
Penyampaian Hadiah Kenang-Kenangan Buat Cikgu Jasmi daripada wakil murid setiap kelas.
Jamuan Ringan
5.30 petang : Majlis bersurai



Tahniah buat semua murid-murid yang berjaya memperoleh sijil pengiktirafan pada hari tersebut. Bagi yang tidak berjaya, jadikan kejayaan rakan-rakan anda sebagai motivasi diri untuk berjaya juga seperti mereka. Tahniah dan terima kasih buat semua guru dan staf SK Mukah serta para hadirin hadirat di atas kerjasama anda semua dalam menjayakan majlis pada petang tersebut.

Pada 6hb November yang lalu, telah diadakan satu acara khas daripada pihak sekolah iaitu Majlis Semekar Budi Sejambak Memori bertempat di Hotel Kingwood, Mukah. Majlis tersebut adalah bertujuan untuk meraikan Cikgu Jasmi Binti Sha'rani, penolong kanan pentadbiran SK Mukah yang akan bersara tidak lama lagi iaitu pada 22 Disember 2013. Majlis makan malam tersebut telah dihadiri oleh semua guru dan staf SK Mukah, jawatankuasa PIBG SK Mukah, wakil daripada PPD Mukah Cikgu Hanita Den dan suami Cikgu Jasmi iaitu Cikgu Ahmad Mahmud (Guru Besar SK Kg. Petanak).

Berikut merupakan tentatif program pada malam tersebut :

7.30 malam     : Ketibaan para tetamu
7.45 malam     : Majlis Bermula
                        Bacaan Doa oleh Ustaz Mohamad Radzi
                        Ucapan Aluan Guru Besar SK Mukah, Cikgu Wahit Bin Mohamad Etli
                        Ucapan YDP PIBG SK Mukah, Dr.Osman Bin Hj. Rafi'ei
                        Ucapan khas Cikgu Jasmi Binti Sha'rani
                        Penyampaian hadiah khas buat Cikgu Jasmi dan upacara memotong kek
                        Majlis makan malam
                        Persembahan guru
                        Acara Bergambar
10.30 malam  :  Bersurai


Majlis pada malam tersebut telah dipengerusikan oleh Cikgu Ahmad Bin Taha. Terima kasih dan tahniah buat semua yang hadir dalam menjayakan majlis pada malam tersebut.

Pada 2 November, Sabtu yang lalu bertempat di Perpustakaan Awam Mukah telah diadakan Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Sekolah Rendah anjuran Majlis Daerah Dalat dan Mukah dengan kerjasama Jawatankuasa Rakan Perpustakaan Mukah. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Wali Kota Daerah Dalat dan Mukah iaitu Tuan Haji Ali Bin Suhaili.



Pertandingan tersebut telah disertai oleh peserta daripada sekolah-sekolah berhampiran di Daerah Mukah. Sekolah kita telah menghantar dua orang wakil peserta iaitu Nurul Damia (5 Mantap A) dan Safarah (6 Perkasa B). Kedua-dua orang peserta sekolah kita telah diiringi oleh Cikgu Fauziah. Berikut merupakan keputusan pertandingan pada hari tersebut :

Tempat Pertama : Peserta SK Kg.Petanak
Tempat Kedua : Peserta SK Kg. Tellian
Tempat Ketiga : Peserta SK Mukah (Nurul Damia)


Tahniah buat Nurul Damia kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Mudah-mudahan tahun hadapan, kita mampu mencapai keputusan yang lebih baik dari sebelumnya. Tahniah juga kepada Panitia Bahasa Melayu kerana telah membuka ruang buat murid sekolah kita untuk mempamerkan bakat mereka dalam pertandingan seperti ini. 


Pada 31hb Oktober baru-baru ini, telah diadakan gotong-royong kecil-kecilan untuk menghadapi Pertandingan 3K (Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan) yang akan dijalankan pada keesokkan harinya. Semua murid tahap 2 dan guru-guru 3K terlibat secara langsung dalam gotong-royong pada petang tersebut. Antara kawasan yang menjadi perhatian dalam gotong-royong tersebut adalah kebersihan dan keceriaan kawasan taman-taman mini SK Mukah dan kebersihan longkang dan tandas. 





Dalam pertandingan 3K keesokan harinya, beberapa orang pegawai daripada Majlis Daerah Dalat dan Mukah akan memantau dan menilai kawasan persekitaran sekolah untuk menentukan kelayakan memenangi pertandingan 3K di Peringkat Daerah. Selain itu, rekod dan laporan sekolah berkaitan aktiviti 3K turut dipantau untuk dinilai. Tahun 2013 ini adalah kali pertama SK Mukah menyertai pertandingan 3K. Untuk pengetahuan semua, pada tahun-tahun yang lalu SK Dua Sungai, Mukah pernah menjuarai Pertandingan 3K ini sehingga ke peringkat Negeri Sawarak. 






Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gotong royong tersebut. Mudah-mudahan SK Mukah berjaya dalam pertandingan 3K pada tahun ini.

Pada 31 Oktober yang lalu, telah diadakan Pertandingan Bola Jaring antara rumah sukan yang berlangsung di Dataran Terbuka SK Mukah. Pertandingan tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para murid khususnya murid dari Tahun 5 dan Tahun 6.






Pertandingan berlangsung seawal jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Melalui pemerhatian, setiap rumah bertungkus-lumus dalam merancang strategi untuk menjuarai pertandingan tersebut. Pengadil bertugas pada petang tersebut ialah Cikgu Ruzaimah Binti Mut. Keputusan pertandingan dan hadiah akan disampaikan dalam perhimpunan yang akan datang.

Pada perhimpunan baru-baru ini,  31hb Oktober telah disampaikan beberapa hadiah kepada guru-guru yang baru sahaja mendapat cahaya mata. Mereka ialah Ustazah Fazariah (Cahaya mata kedua : Lelaki) dan Ustazah Norwani (Cahaya mata keempat : Perempuan). Turut menerima hadiah ialah Cikgu Iryana yang baru sahaja selamat mendirikan rumah tangga selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Hadiah telah disampaikan oleh Cikgu Abdul Wahit Bin Mohamad Etli.


Selain itu, disampaikan juga hadiah buat semua pemenang Pertandingan Bintang Kecil yang diadakan baru-baru ini oleh Cikgu Marzuki Bin Ali Mahmud.

Pada Rabu yang lalu bersamaan 30hb Oktober, telah diadakan Pertandingan Bintang Kecil oleh Panitia Muzik SK Mukah dibawah pimpinan Cikgu Fauziah. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua murid SK Mukah dari tahun 1 hingga tahun 6. Dalam acara saringan yang diadakan pada hari sebelumnya, hanya 5 orang  peserta dari Tahap 1 dan 5 orang peserta dari Tahap 2 yang layak sahaja telah dipilih bertanding dalam acara akhir.


Pada jam 2.30 petang bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik, telah bermulalah pertandingan tersebut yang mana menyaksikan 10 peserta berentap untuk merebut gelaran juara. Hadiah istimewa menanti Juara Pertandingan iaitu mereka akan diberi peluang mempersembahkan nyanyian mereka pada Hari Pengiktirafan Kualiti yang bertempat di Hotel Kingwood Resort.



Hakim Pertandingan Bintang Kecil terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dalam bidang muzik dan persembahan. Antaranya ialah Cikgu Norzelan, Cikgu Ahmad dan Cikgu Jessica. Para penonton dihiburkan dengan beberapa buah lagu nyanyian beberapa orang guru sementara menunggu keputusan pertandingan diumumkan oleh pengacara majlis iaitu Cikgu Iryana. Bagi tahap 1, juaranya ialah Nurdiana Abdullah dari tahun 3 Terbilang B manakala juara bagi Tahap 2, Sara Samanta dari Tahun 5 Mantap B. Tahniah buat mereka berdua. Mereka akan membuat persembahan di Kingwood Resort sempena Hari Pengiktirafan Kualiti. Tahniah buat Panitia Muzik di atas kejayaan menganjurkan aktiviti tersebut dan sama-samalah kita nantikan persembahan kedua-dua johan Bintang Kecil ini pada 7 November nanti.


Pada 14hb hingga 18hb Oktober yang lalu, telah diadakan Minggu Bahasa Inggeris (English Week) oleh Panitia Bahasa Inggeris. Antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Inggeris sempena minggu tersebut ialah :
  1. Story Reading Competition For Pre School, KPKI and Year 1-3
  2. Story Telling Competition For Year 4-6
  3. Art Craft Competition

Maka pada perhimpunan hari ini telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah buat murid-murid yang telah berjaya di dalam pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan. Tahniah buat semua mereka yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya dan tidak mengambil bahagian, boleh mencuba lagi pada tahun hadapan.
Tahniah juga buat semua guru dalam Panitia Bahasa Inggeris kerana telah berjaya melaksanakan "English Week" dengan cemerlang dan lancar.




Pertandingan Memberus Gigi anjuran Hospital Daerah Mukah akan diadakan pada 31 Oktober ini. Oleh yang demikian, Bahagian Kesihatan Sekolah yang dipengerusikan oleh Cikgu Zullina telah mengambil inisiatif untuk membuat persediaan awal dengan melatih murid-murid yang terlibat untuk memberus gigi dengan betul. Pertandingan tersebut akan dinilai oleh beberapa orang pegawai dan jururawat pergigian dari Hospital Daerah Mukah. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.







Cikgu Zullina telah dibantu oleh guru-guru kesihatan yang lain seperti Cikgu Razimah, Cikgu Rosniah, Cikgu Ruzaimah dan Ustazah Saidah. Selain itu, kerjasama beberapa orang Doktor Muda juga amat diperlukan dalam tugasan melatih murid-murid tahap 1 yang terlibat. Mudah-mudahan sekolah kita akan berjaya dalam pertandingan memberus gigi pada hari esok. InsyaAllah.

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates