Pada 31hb Oktober baru-baru ini, telah diadakan gotong-royong kecil-kecilan untuk menghadapi Pertandingan 3K (Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan) yang akan dijalankan pada keesokkan harinya. Semua murid tahap 2 dan guru-guru 3K terlibat secara langsung dalam gotong-royong pada petang tersebut. Antara kawasan yang menjadi perhatian dalam gotong-royong tersebut adalah kebersihan dan keceriaan kawasan taman-taman mini SK Mukah dan kebersihan longkang dan tandas.
Dalam pertandingan 3K keesokan harinya, beberapa orang pegawai daripada Majlis Daerah Dalat dan Mukah akan memantau dan menilai kawasan persekitaran sekolah untuk menentukan kelayakan memenangi pertandingan 3K di Peringkat Daerah. Selain itu, rekod dan laporan sekolah berkaitan aktiviti 3K turut dipantau untuk dinilai. Tahun 2013 ini adalah kali pertama SK Mukah menyertai pertandingan 3K. Untuk pengetahuan semua, pada tahun-tahun yang lalu SK Dua Sungai, Mukah pernah menjuarai Pertandingan 3K ini sehingga ke peringkat Negeri Sawarak.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gotong royong tersebut. Mudah-mudahan SK Mukah berjaya dalam pertandingan 3K pada tahun ini.