Pada hari Sabtu semalam, 9hb November 2013 bersamaan 5 Muharram 1435 Hijrah telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Mukah 2013 bertempat di Masjid Setiaraja Mukah yang melibatkan semua sekolah di Daerah Mukah. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, PPD Mukah dibawah pimpinan Ustaz Awang Sarkawi. Semua guru Pendidikan Islam dan j-Qaf di semua sekolah Daerah Mukah terlibat secara langsung dalam majlis pada pagi tersebut. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Wali Kota Daerah Dalat dan Mukah, Haji Ali Bin Suhaili, Penolong Pengarah j-Qaf JPN Sarawak, Ustaz Mohamed Zamri Bin Basri dan semua guru besar sekolah-sekolah di Daerah Mukah.


Sekolah kita telah menghantar seramai 21 orang peserta khatam yang terdiri daripada beberapa orang murid Tahun 5 dan Tahun 6 dalam program tersebut. Tahniah buat semua peserta khatam Al-Quran yang diraikan dalam majlis tersebut. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi tersebut membawa tema Ma'al Hijrah 1435 Hijrah iaitu " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" berakhir pada jam 10.30 pagi.

Informasi tentang Majlis Khatam Al-Quran

1. Majlis yang selalu diadakan oleh para sahabat Nabi
2. Turunnya rahmat Allah dan puluhan ribu Malaikat juga turut berdoa dan mengaminkan doa.
3. Adanya doa mustajab dalam majlis khatam
4. Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa yang menghadiri atau menyaksikan Majlis Khatam al-Quran seumpama menghadiri pembahagian ghanimah (harta rampasan perang). Manfaatnya sama seperti orang yang membacanya"



0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates