Sambutan Ambang Merdeka SK Mukah telah diadakan pada 29hb Ogos bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik. Tema Kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku. Walaupun sambutan kemerdekaan di SK Mukah pada tahun ini dibuat secara sederhana namun sambutan yang ditunjukkan sangat meriah.









Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

07:10 pagi : Murid beratur mengikut kelas
07:20 pagi : Nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan SK Mukah Gemilang
07:30 pagi : Bacaan doa dan ikrar
07:40 pagi : Ucapan Guru Bertugas minggu ini : Cikgu Jessica
07:50 pagi : Ucapan Guru Besar sempena Hari Kemerdekaan
08:00 pagi : Tayangan Slaid Kemerdekaan dan Nyanyian Lagu Kemeredekaan.
08:30 pagi : Majlis bersurai.

Majlis telah dipengerusikan oleh Nurul Damia dari kelas 5 Mantap A. Tahniah buat semua guru dan murid kerana telah menjayakan sambutan Ambang Kemerdekaan pada kali ini dengan penuh semangat patriotilisme. Salam Kemerdekaan daripada warga SK Mukah buat semua!

Karnival Prasekolah 2013 tahun ini telah diadakan pada 28 Ogos bertempat di Kem Belia Mukah. Program tersebut melibatkan beberapa orang guru dan murid prasekolah di Daerah Mukah. Karnival Prasekolah Peringkat Daerah ini telah menyaksikan pelbagai acara dipertandingkan. Antaranya ialah Pertandingan Tarian, Nyanyian, Pertandingan Mewarna, Action Song, Pertandingan Bahasa dan banyak lagi.



Hampir semua sekolah di Daerah Mukah ini telah mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan. Prasekolah SK Mukah juga turut tidak ketinggalan menghantar wakil murid bagi beberapa acara yang dipertandingkan.

Tahniah buat 2 orang murid dari prasekolah kita kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan memenangi Johan Nyanyian Solo dan tempat kedua bagi acara mewarna. Untuk pengetahuan semua, johan nyanyian solo prasekolah tersebut merupakan anak bongsu kepada Cikgu Winny. Christino akan mewakili Daerah Mukah ke Karnival Prasekolah Peringkat Zon yang akan diadakan pada 2 dan 3 September 2013. Tahniah!

Pertandingan mewarna sempena Hari Kemerdekaan telah dianjurkan oleh kelas KPKI dan Unit Beruniform Pengakap SK Mukah. Kedua-dua pertandingan tersebut dijalankan secara berasingan melibatkan murid KPKI dan ahli pengakap sahaja. Pertandingan tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Maka pada perhimpunan bertarikh 28hb Ogos yang lalu, telah diadakan majlis ringkas penyampaian hadiah buat murid yang berjaya memenangi pertandingan tersebut.






Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan KPKI iaitu Cikgu Fauzidah Binti Huri dan Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Marzuki Bin Ali Mahmud. Tahniah buat murid-murid yang berjaya.

Daerah Mukah telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Sarawak pada tahun ini. Oleh yang demikian, PPD Mukah dengan kerjasama JPN Sarawak telah membahagikan pertandingan yang akan dilaksanakan kepada beberapa tempat. SK Mukah dan SK Kg.Tellian telah diamanahkan untuk menyediakan tempat Pertandingan Bercerita Sains. Maka, pada hari Khamis yang lalu, telah diadakan mesyuarat di antara semua guru dan staf SK Mukah dan SK Kg.Tellian yang terlibat bagi sama-sama melantik jawatankuasa pelaksana kerja serta mengatur perjalanan program pada hari tersebut.








Hasil daripada kerjasama tersebut, akhirnya pada 27hb Ogos bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah berlangsung Pertandingan Bercerita Sains Peringkat Negeri Sarawak dengan jayanya. Tahniah buat semua guru dan staf SK Mukah dan SK Kg.Tellian kerana telah bekerjasama memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Pada hari Jumaat yang lalu bertempat di Kelas KPKI SK Mukah, telah diadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kelas Pendidikan Khas Integrasi. Semua guru telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Turut diraikan ialah murid-murid kelas KPKI yang menyambut Hari Lahir mereka pada hari tersebut.







Terima kasih kepada pihak penganjur yang terdiri daripada semua guru KPKI lebih-lebih lagi kepada Penolong Kanan KPKI, Cikgu Fauzidah Huri di atas juadah raya yang disediakan. Semuanya memang sedap dan menyelerakan. Tahniah!

Pada hari Selasa bersamaan 20 Ogos yang lalu, telah diadakan Program Dasar Warga Emas Negara dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik, SK Mukah. Program Dasar Warga Emas Negara merupakan program tahunan anjuran Kelab Doktor Muda. Program ini telah dihadiri oleh ibu bapa murid dan beberapa orang warga emas yang kebanyakannya terdiri daripada jawatankuasa surau, bekas guru dan mantan Guru Besar.












Berikut merupakan aturcara program yang telah berlangsung :

2:45 petang : Bacaan Doa
2:50 petang : Ucapan Aluan Wakil Guru Besar, Cikgu Jasmi (Penolong Kanan 1)
2:15 petang : Tayangan beberapa slaid tentang waga emas
2:40 petang : Ucapan Tetamu Jemputan, Cikgu Ramlah Binti Saberi (Mantan Guru Besar SK Mukah)
3:15 petang : Persembahan Sketsa Doktor Muda
3:30 petang : Persembahan Lagu
3:40 petang : Persembahan "Magic Show" oleh Magican Ki Ku Khairil
3:50 petang : Penyampaian Cenderamata kepada Warga Emas
4:00 petang : Sambutan Hari Raya Aidilfitri
5:00 petang : Bersurai






Tahniah kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam membantu menyiapkan persiapan meraikan kedua-dua majlis gilang-gemilang ini. Pihak SK Mukah juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian ibu bapa dan warga emas menghadirkan diri memeriahkan majlis tersebut.

Pada bulan Jun yang lalu, beberapa orang murid daripada Tahun 5 dan 6 SK Mukah telah menyertai Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013. Pertandingan ini adalah anjuran bersama Pos Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.




Sehubungan dengan itu, Panitia Bahasa Malaysia SK Mukah telah mengambil inisiatif untuk membantu murid-murid tersebut untuk menghasilkan surat tersebut mengikut format dan syarat yang telah ditetapkan. Pertandingan tersebut menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Hadiah dan syarat penyertaan boleh dirujuk pada pautan berikut :



Pada pertengahan bulan Ogos yang lalu, keputusan pertandingan telah diumumkan. Semua murid kita tidak mendapat sebarang hadiah namun penyertaan semua murid SK Mukah tetap dihargai dengan pemberian sijil penyertaan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tahniah buat semua!

Majlis khas telah diadakan semalam sempena perpisahan Cikgu Zainurin atau lebih dikenali dengan panggilan mesra "Cikgu Zai" yang akan berpindah tempat bertugas dari SK Mukah ke SK Merbau Pulas, Kedah. Majlis telah dimulai dengan ucapan Guru Besar dan disusuli dengan ucapan perpisahan oleh Cikgu Zai. Dalam ucapannya, Cikgu Zai telah memohon maaf atas segala kesalahan yang pernah dilakukannya sepanjang berada di SK Mukah. Malah beliau turut rasa terharu meninggalkan SK Mukah yang menyimpan pelbagai kenangan manis dalam hidupnya.



Cikgu Abdul Wahit telah mewakili semua warga SK Mukah memohon ampun dan maaf kepada Cikgu Zai sekiranya guru-guru dan murid-murid di SK Mukah ada tersalah kata mahupun perbuatan dengannya sepanjang berada di sekolah ini. Cikgu Abdul Wahit juga mewakili semua guru mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Zai atas segala sumbangan yang beliau curahkan kepada sekolah ini.


Semoga Cikgu Zai berjaya di sekolah barunya dan diharap beliau tidak lupa dengan semua warga pendidik dan murid-murid di SK Mukah ini. Berikut merupakan link facebook Cikgu Zai untuk anda boleh berhubung dan mengetahui perkembangan semasanya di sekolah barunya nanti :

https://www.facebook.com/zainurinzin?fref=ts

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah buat cikgu-cikgu yang telah dikurniakan cahaya mata pada bulan-bulan yang lalu. Antara mereka yang mendapat cahaya mata ialah Ustaz Engku Afizan dan Cikgu Jaiton. Hadiah telah disampaikan oleh Cikgu Abdul Wahit, Guru Besar SK Mukah.




Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman memohon kemaafan antara guru-guru dengan semua murid SK Mukah.

Melalui hasil mesyuarat PIBG pada awal tahun yang lalu, semua ahli jawatankuasa telah sebulat suara bersetuju untuk memberikan insentif khas berbentuk wang ringgit kepada murid Tahun 6 yang berjaya memperoleh gred A dalam mata pelajaran teras yang mereka ambil. Pemberian insentif tersebut bertujuan untuk menaikkan semangat murid untuk belajar dan mengejar kejayaan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang bakal berlangsung lebih kurang sebulan sahaja lagi.





Oleh yang demikian, pada perhimpunan hari Khamis yang lalu, beberapa orang murid Tahun 6 yang berjaya memperoleh gred A dalam Peperiksaan Percubaan UPSR yang lepas telah diberi insentif tersebut. Tahniah buat yang berjaya. Bagi yang tidak berhasil mendapatkan insentif tersebut, jadikan kejayaan rakan-rakan anda sebagai pemangkin semangat anda untuk mencapai keputusan yang lebih baik selepas ini.



Berdasarkan makluman daripada Pegawai Pelajaran Daerah semasa ucapannya dalam Program Khatam al-Quran Peringkat Daerah Mukah baru-baru ini, SK Mukah dan SK Kg. Tellian telah berjaya mendapat prestasi Band 2. Oleh yang demikian, semua guru dan murid perlu berusaha untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan dari semasa ke semasa. Sumbangan insentif telah disampaikan oleh Cikgu Abdul Wahit Bin Mohamad Etli, Guru Besar SK Mukah. 

Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates