Majlis khas telah diadakan semalam sempena perpisahan Cikgu Zainurin atau lebih dikenali dengan panggilan mesra "Cikgu Zai" yang akan berpindah tempat bertugas dari SK Mukah ke SK Merbau Pulas, Kedah. Majlis telah dimulai dengan ucapan Guru Besar dan disusuli dengan ucapan perpisahan oleh Cikgu Zai. Dalam ucapannya, Cikgu Zai telah memohon maaf atas segala kesalahan yang pernah dilakukannya sepanjang berada di SK Mukah. Malah beliau turut rasa terharu meninggalkan SK Mukah yang menyimpan pelbagai kenangan manis dalam hidupnya.



Cikgu Abdul Wahit telah mewakili semua warga SK Mukah memohon ampun dan maaf kepada Cikgu Zai sekiranya guru-guru dan murid-murid di SK Mukah ada tersalah kata mahupun perbuatan dengannya sepanjang berada di sekolah ini. Cikgu Abdul Wahit juga mewakili semua guru mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Zai atas segala sumbangan yang beliau curahkan kepada sekolah ini.


Semoga Cikgu Zai berjaya di sekolah barunya dan diharap beliau tidak lupa dengan semua warga pendidik dan murid-murid di SK Mukah ini. Berikut merupakan link facebook Cikgu Zai untuk anda boleh berhubung dan mengetahui perkembangan semasanya di sekolah barunya nanti :

https://www.facebook.com/zainurinzin?fref=ts

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah buat cikgu-cikgu yang telah dikurniakan cahaya mata pada bulan-bulan yang lalu. Antara mereka yang mendapat cahaya mata ialah Ustaz Engku Afizan dan Cikgu Jaiton. Hadiah telah disampaikan oleh Cikgu Abdul Wahit, Guru Besar SK Mukah.




Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman memohon kemaafan antara guru-guru dengan semua murid SK Mukah.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates