Melalui hasil mesyuarat PIBG pada awal tahun yang lalu, semua ahli jawatankuasa telah sebulat suara bersetuju untuk memberikan insentif khas berbentuk wang ringgit kepada murid Tahun 6 yang berjaya memperoleh gred A dalam mata pelajaran teras yang mereka ambil. Pemberian insentif tersebut bertujuan untuk menaikkan semangat murid untuk belajar dan mengejar kejayaan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang bakal berlangsung lebih kurang sebulan sahaja lagi.





Oleh yang demikian, pada perhimpunan hari Khamis yang lalu, beberapa orang murid Tahun 6 yang berjaya memperoleh gred A dalam Peperiksaan Percubaan UPSR yang lepas telah diberi insentif tersebut. Tahniah buat yang berjaya. Bagi yang tidak berhasil mendapatkan insentif tersebut, jadikan kejayaan rakan-rakan anda sebagai pemangkin semangat anda untuk mencapai keputusan yang lebih baik selepas ini.



Berdasarkan makluman daripada Pegawai Pelajaran Daerah semasa ucapannya dalam Program Khatam al-Quran Peringkat Daerah Mukah baru-baru ini, SK Mukah dan SK Kg. Tellian telah berjaya mendapat prestasi Band 2. Oleh yang demikian, semua guru dan murid perlu berusaha untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan dari semasa ke semasa. Sumbangan insentif telah disampaikan oleh Cikgu Abdul Wahit Bin Mohamad Etli, Guru Besar SK Mukah. 

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates