SK Mukah telah diberikan amanah untuk menjadi tuan rumah Program Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Mukah pada 31 Julai 2013. Panitia Pendidikan Islam SK Mukah telah menubuhkan jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada semua warga guru SK Mukah untuk turut membantu mereka dalam menjayakan program tersebut. Program ini merupakan program tahunan Unit Pendidikan Islam PPD Mukah dibawah pimpinan Ustaz Awang Sarkawi. Semua guru telah bertungkus lumus membuat persiapan awal dan akhirnya program yang dirancang telah berjaya dilaksanakan pada 31 Julai (Rabu) yang lalu. 


Program yang bermula seawal jam 4.30 petang ini telah melibatkan 12 sekolah termasuk SK Mukah di mana setiap sekolah menghantar 3 orang wakil murid yang telah khatam al-Quran ke program tersebut. Berikut merupakan tentatif program pada petang tersebut :

4.00 Ptg   :   Ketibaan Para Jemputan Dan Pelajar
4.30 Ptg   :   Ketibaan Tetamu Kehormat
                    -      Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
                    -      Bacaan Doa
                    -      Majlis Khatam Al-Quran Bermula
                    -      Bacaan Tahtim Dan Doa Khatam Al-Quran
                    -      Ucapan Aluan Guru Besar
                    -      Ucapan Penangguhan Khatam Al-Quran 
                    -      Penyampaian Cenderamata        
6.00 Ptg     :    Persediaan Untuk Berbuka Puasa
                      -    Jamuan Berbuka Puasa
                      -    Solat Maghrib Berjemaah
                      -     Solat Isyak Dan Terawih      
9.30 Mlm  : Majlis Khatam GPI Mukah
                      -      Jamuan Ringan

                      -     Bersurai



Penangguhan majlis pada petang tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Bugin Bin Haji Ragun, Pegawai Pelajaran Daerah Mukah. Pihak SK Mukah mengucapkan jutaan terima kasih buat beliau kerana sudi hadir ke SK Mukah bagi bersama-sama meraikan murid-murid yang khatam al-Quran pada petang tersebut. Turut membanggakan lagi, beliau setia bersama majlis ini sehingga tamatnya solat tarawih.




Pada malamnya pula, telah diadakan Majlis Khatam al-Quran GPI Mukah. Majlis ini melibatkan semua Guru Pendidikan Islam dan j-Qaf di Daerah Mukah. Walaupun kehadiran tidak memberangsangkan, majlis tetap berjalan seperti mana yang telah dirancang. Terima kasih buat semua yang hadir dan membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan bantuan serta sumbangan kalian semua dibalas dengan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin....

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates