Daerah Mukah telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Sarawak pada tahun ini. Oleh yang demikian, PPD Mukah dengan kerjasama JPN Sarawak telah membahagikan pertandingan yang akan dilaksanakan kepada beberapa tempat. SK Mukah dan SK Kg.Tellian telah diamanahkan untuk menyediakan tempat Pertandingan Bercerita Sains. Maka, pada hari Khamis yang lalu, telah diadakan mesyuarat di antara semua guru dan staf SK Mukah dan SK Kg.Tellian yang terlibat bagi sama-sama melantik jawatankuasa pelaksana kerja serta mengatur perjalanan program pada hari tersebut.








Hasil daripada kerjasama tersebut, akhirnya pada 27hb Ogos bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik telah berlangsung Pertandingan Bercerita Sains Peringkat Negeri Sarawak dengan jayanya. Tahniah buat semua guru dan staf SK Mukah dan SK Kg.Tellian kerana telah bekerjasama memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates