Pada 15hb April yang lalu, dua orang daripada murid Tahun 6 sekolah kita iaitu Angeline Janam dan Dayang Alia Farhana telah terpilih mewakili pasukan Bola Jaring Zon Mukah bertanding ke peringkat bahagian bertempat di Dewan KPSU Mukah. Tuah menyebelahi pasukan Bola Jaring Zon Mukah apabila berjaya menjadi johan dan akan mara ke peringkat negeri yang dijangka akan diadakan di Mukah pada 13hb Mei 2013.



Pada asalnya 5 orang murid sekolah kita iaitu Alia Zakirah, Gwendoline, Nurul Asyiqin, Angeline Janam dan Dayang Alia Farhana telah terpilih dalam pemilihan Pasukan Bola Jaring Zon Mukah. Dalam pertandingan Peringkat Daerah yang diadakan sebelum itu, mereka dipecahkan kepada dua kumpulan yang mana Dayang Alia Farhana dan Angeline Janam menyertai kumpulan kedua. Kumpulan mereka berjaya mengharungi Peringkat Daerah dan mara ke Peringkat Bahagian manakala pasukan kumpulan pertama tewas.


Untuk pengetahuan semua, ahli pasukan Bola Jaring Sekolah Rendah Zon Mukah ini telah dipilih dan dinilai daripada pelbagai sekolah di Daerah Mukah ini. Antara jurulatih yang terlibat dalam melatih mereka termasuklah guru di sekolah kita iaitu Ustazah Salmy Binti Morshidi.

Tahniah buat mereka yang berjaya. Teruskan kejayaan di Peringkat Negeri untuk melonjak nama Daerah Mukah di Peringkat Kebangsaan.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates