Pada 3hb yang lalu, telah diadakan Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Daerah Mukah bertempat di SK Datuk Awang Udin, Mukah. Beberapa sekolah rendah di sekitar Daerah Mukah telah mengambil bahagian dalam pertandingan dibawah program j-Qaf tersebut. SK Mukah telah menghantar sebuah pasukan seramai 25 orang dibawah pimpinan jurulatih Ustaz Mohd Radzi.





Rezeki tidak menyebelahi sekolah kita di mana pasukan Kalam Jamaie SK Mukah sekadar mendapat hadiah saguhati sahaja. Walau bagaimanapun kita tetap berbangga kerana seramai 4 orang murid sekolah kita telah terpilih mewakili pasukan Kalam Jamaie Bahagian Mukah untuk bersaing di peringkat negeri. Mereka ialah :

- NESRINA NABIHAH FITRIAH (4EA)
- DAYANG NAJWA FATIHA (4EB)
- NUR HAZIQAH MAULAD (4EB)
- NUR SAFARINA SYAFIKA (4EB)

Untuk pengetahuan semua, peserta yang akan mewakili Pasukan Kalam Jamaie Bahagian Mukah ke Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Negeri dipilih daripada kalangan peserta setiap sekolah yang bertanding. Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan di Sibu.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates