Pada hari ini 9 September 2014 akan bermulalah UPSR yang sangat dinanti-nantikan oleh semua murid Tahun 6. Pada awal pagi lagi mereka telah berkumpul di kantin sekolah untuk sarapan bersama-sama. Setelah itu, mereka berkumpul di dalam bilik menunggu yang telah disediakan. Turut bersama mereka ialah Guru Besar SK Mukah, YDP PIBG dan beberapa orang guru mata pelajaran.


Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, mereka telah diberikan kata-kata perangsang dan motivasi oleh Guru Besar SK Mukah, Cikgu Abdul Wahit Bin Mohamad Etli dan YDP PIBG SK Mukah, Dr.Osman bin Hj. Rafa'ie. Seterusnya semua menadah tangan memohon doa agar dipermudahkan urusan pada hari tersebut. Doa telah dibacakan oleh Ustaz Engku Afizan Bin Engku Halim.



Selesai berdoa, semua 66 orang calon UPSR SK Mukah berbaris di luar bilik menunggu. Terpancar pelbagai riak wajah calon-calon UPSR sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Pada pagi tersebut juga, sekolah kita telah dilawati oleh Pn.Mastura, Ponolong Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Semua calon bersalaman dengan semua guru sebelum masuk ke dewan peperiksaan.




Untuk pengetahuan semua, 6 orang guru SK Mukah telah terpilih menjadi pengawas peperiksaan pada tahun ini. Mereka ialah :

1. Cikgu Zubaidah - Pengawas UPSR di SK Dua Sungai.
2. Cikgu Ali Abg Bejuri - Ketua Pengawas di SK Parish, Balingian.
3. Cikgu Ruzaimah - Pengawas di SK Parish, Balingian.
4. Cikgu Winny - Pengawas
5. Cikgu Ahmad - Pengawas
6. Ustaz Mohd Radzi - Pengawas di SK Kg.Sau

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates