Pada hari Jumaat 2 September yang lalu, bertempat di Dataran Gemilang SK Mukah telah diadakan Majlis Izin Ilmu UPSR 2016. Majlis penuh bermakna tersebut telah dihadiri oleh YDP PIBG En.Khirul Nizzuan, NYDP PIBG En.Hamdan, beberapa orang barisan exco PIBG SK Mukah dan para ibu bapa murid-murid Tahun 6. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Radzi seterusnya disusuli ceramah Motivasi Khas UPSR yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Nazri bin Md Nayan dari SK Dua Sungai.


Ceramah yang berdurasi hampir dua jam tersebut diselangi dengan jamuan ringan dan diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi. Turut berucap ialah YDP PIBG selaku wakil bagi pihak ibu bapa. Beliau mewakili semua ibu bapa Tahun 6 mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SK Mukah kerana telah mendidik anak-anak mereka selama ini bermula mereka dari prasekolah hingga ke saat ini. Majlis disusuli dengan penyampaian alat tulis kepada semua calon UPSR.


Majlis bertukar sayu apabila tibanya sesi untuk bersalam-salaman memohon restu dan izin ilmu antara murid dengan guru dan ibu bapa. Kelihatan pada mata mereka sinar keazaman yang tinggi dan kesungguhan untuk menggapai kecemerlangan dalam UPSR pada tahun ini. Mudah-mudahan dengan restu dan izin ilmu kami guru-guru, anak didik UPSR di SK Mukah dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat UPSR pada tahun ini dan seterusnya berjaya dengan cemerlang. Aamiin.. 


Terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari tersebut.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates