Pada 22hb Mei yang lalu bertempat di Dewan Hotel Kingwood Resort, telah berlangsung dengan gilang gemilangnya Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mukah. Turut diadakan bersama, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang  (APC) bagi tahun 2015. 




Tahniah buat Cikgu Burhanuddin bin Kaderi, Guru Besar SK Mukah kerana telah memperoleh APC buat kali ke-4 dalam perkhidmatannya sebagai seorang guru. Selain Cikgu Burhanuddin, turut menerima APC pada tahun ini ialah Cikgu Dayang Rabia'a bt Awg Mohsin dan Cikgu Julita bt Jaapar. Tahniah buat mereka semua.




Selain itu, sekalung tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Zullina binti Ramli kerana telah berjaya dalam pencalonan Tokoh Guru pada tahun ini. Beliau telah dipilih atas pencapaian cemerlangnya dalam bidang akademik dan kokurikulum di pelbagai peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan. SK Mukah merasa bangga dengan pencapaian beliau dan dengan kejayaan beliau mudah-mudahan menjadi pemangkin semangat untuk guru-guru lain mengecapi kejayaan sepertinya.

Majlis bermula seawal jam 2.30 petang dan bersurai pada jam 4.30 petang. Terima kasih kepada semua warga guru dan staf SK Mukah atas kehadiran memeriahkan serta menjayakan majlis pada petang tersebut.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates