Pada hari Sabtu yang lalu bertempat di Dataran Arena Modal Insan Dinamik jam 2.30 petang telah diadakan Hari Pendaftaran Murid bagi sesi 2016. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari pendaftaran tersebut ialah : 

1. Pendaftaran murid
2. Penyerahan buku teks
3. Pembelian buku tulis


4. Ucapan Alu-aluan Guru Besar SK Mukah, Cikgu Burhanuddin bin Kaderi
4. Taklimat Dual Language Programme (DLP) oleh PK1, Cikgu Marzuki bin Ali Mahamud



Apa Itu Program DLP?
  1. DLP ialah Dual Language Programme.
  2. Program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  3. Pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya. 
  4. Antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi spertikesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa dan sokongan ibubapa.
  5. Program ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.
  6. Sekolah yang terpilih boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula tahun depan. Buat permulaan, program ini ditawarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).
Untuk pengetahuan semua, SK Mukah, SK Dua Sungai dan SK St Patrick telah dipilih oleh PPD Mukah sebagai sekolah perintis bagi program DLP di Daerah Mukah. Terima kasih buat semua ibu bapa yang sudi hadir dalam menjayakan Hari Pendaftaran bagi sesi 2016 ini.

0 Comments:

Post a Comment



Jom Like Page SK Mukah di Facebook

Related Posts with Thumbnails

Template by:
Free Blog Templates